BR1M 2019: Semakan eBRIM (sekarang BSH) status dan kemaskini

Apakah itu BR1M?

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan satu bantuan kewangan yang diwujudkan oleh Dato’ Sri Najib Tun Abdul RazakPerdana Menteri Malaysia dalam pembentangan Belanjawan Malaysia 2012 dengan pengagihan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari sehingga Mac 2012 dalam bentuk baucer. Bantuan khas sebanyak RM500 telah diagihkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN). BR1M dilancarkan sebagai sebahagian daripada inisiatif 1Malaysia.

Kewujudan BR1M merupakan buah fikiran Bank Negara Malaysia. Pada 25 Ogos 2018, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan BR1M akan dikurangkan sedikit demi sedikit sebelum dihapuskan dalam masa terdekat untuk menghapuskan fikiran bahawa rakyat tetap boleh mendapatkan wang tanpa bekerja.

BR1M mansuh dan digantikan dengan BSH

Selepas sidang media Perdana Menteri pada 30 Mei 2018, kabinet bersetuju untuk meneruskan skim bantuan kewangan kepada golongan berpendapatan rendah. Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah digantikan namanya dengan Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH)

Walaupun namanya berubah, pemberian bantuan kewangan kepada rakyat ini akan diteruskan dengan jumlah yang sama. Syarat kelayakan untuk mendapatkan Bantuan Sara Hidup akan dikaji semula dan dimaklumkan kemudian.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang LAYAK menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019

Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia) atau Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan atau warga emas sebatang kara.

Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang TIDAK LAYAK menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019

Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia atau bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan atau bujang yang mempunyai tanggungan.

Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.

Syarat kelayakan permohonan BSH 2019

-Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja.

-Lelaki atau wanita yang menjadu ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM4, 000 dan ke bawah.

-Pasangan Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki pegenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)

-Pasangan bukan warganegara Malaysia dan mempunyai anak warganegara Malaysia (MyKad/ MyKid)

-Hubungan anak mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN, warganegara Malaysia (mempunyai Mykad / Mykid), tiada punca pendapatan / tidak bekerja, 19 tahun ke atas yang masih belajar di Universiti Awam, OKU.

Tidak layak BSH 2019

Berikut adalah senarai mereka yang tidak layak untuk memohon skim bantuan sara hidup rakyat tahun ini.

-Pendapatan melebihi RM4,000 sebulan

-Menetap di luar negara

-Bujang berumur 59 tahun ke bawah

-Pasangan bukan warganegara / ibu bapa tunggal / janda / duda yang tidak mempunyai anak

-Gagal mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan

-Memiliki dua atau lebih perniagaan milikan tunggal

-Memilik Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)

-Pemegang saham / pengarah syarikat

-Memiliki kenderaan dalam negara melebihi 2,000Mtcc

-Memiliki kenderaan luar negara melebihi 1,400cc

-Memiliki motosikal melebihi 500cc

-Transaksi milikan hartanah melebihi RM500,000

Kategori penerima Bantuan Sara Hidup 2019 (BSH)

Kategori 1 – Isi rumah berpendapatan bulanan RM2000 ke bawah = Bantuan RM1000

Kategori 2 – Isi rumah berpendapatan bulanan RM2001-RM3000 = Bantuan RM750

Kategori 3 – Isi rumah berpendapatan bulanan RM3001 – RM4000 = Bantuan RM500

Kategori baharu yan gdiumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ialah seperti di bawah:

Bantuan RM120 – Untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah (terhad kepada 4 orang) kecuali anak OKU yang tidak di hadkan umur 

Maklumat terkini.

Tarikh pendaftaran permohonan atau kemas kini adalah bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019.

Talian bebas tol BSH telah ditukar daripada 1-800-88-2716 (BR1M) kepada 1-800-88-2747 (BSH) pada 27 Disember 2018.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.

MyBSH telah dibuka bagi tujuan Semakan Status oleh pemohon yang layak menerima Fasa Pertama BSH 2019.

(Pastikan pemohon telah mendaftarkan Nombor Telefon Bimbit semasa Permohonan BSH 2018 supaya Nombor TAC dapat dihantar ke Nombor Telefon Bimbit berkenaan bagi membolehkan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status.)

Tindakan mengemas kini / mendaftar Nombor Telefon Bimbit bagi tujuan Log Masuk Menu MyBSH > Semakan Status (bagi penerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019) boleh dibuat oleh pemohon sahaja dengan hadir ke LHDNM dan mengisi Borang Kemas Kini Nombor Telefon Bimbit (BK-21) mulai 15 Januari 2019.

Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibuat bermula 28/1/2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata wang itu akan dimasukkan terus menerusi akaun bank penerima.

Beliau juga menyatakan bahawapem penerima bagi BSH fasa pertama ini dibuat mengikut pangkalan data dan kaedah lama. Walau bagaimanapun, kemaskini perlu dibuat pada masa hadapan dan proses pendaftaran semula akan turut dilakukan bagi memastikan hanya yang layak sahaja menerima BSH.

Pembayaran BSH 2019 dijangka akan memanfaatkan kira-kira 4.1 juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah. Jumlah itu akan melibatkan peruntukan lebih RM1.2 bilion dengan pembayaran dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima.

Kaedah membuat permohonan baharu dan kemaskini BSH 2019

Pemohon baru ialah mereka yang tidak pernah menerima bantuan kewangan dan ingin mendapatkannya. Pemohon baru juga merupakan mereka yang gagal mendapat bantuan BR1M sebelum ini atau pasangan yang telah menerima BR1M 2018 tetapi bercerai atau kematian suami/isteri.

Pautan khusus untuk permohonan baru akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan. Buat masa ini pemohon boleh mengakses portal rasmi BSH untuk tujuan mendapatkan info yang lebih lanjut.

Pautan: https://bsh.hasil.gov.my/

BR1M 1

Selepas borang permohonan baru dibuka, klik pada butang yang bertulis ‘permohonan baru’

Pemohon disarankan untuk mencetak salinan permohonan dan simpan untuk rujukan masa depan.

Kemaskini BSH 2019

Kepada penerima BSH 2018, anda wajib kemaskini permohonan BSH masing-masing di portal LHDNM.

Proses kemaskini wajib dibuat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Kegagalan memberikan butiran peribadi terkini yang tepat boleh menyebabkan permohonan anda ditolak serta merta.

Semakan status BR1M boleh dibuat dengan tiga cara:

Cara pertama: Online

Cara kedua: Telefon

Pemohon boleh menelefon nombor hotline BSH Kementerian Kewangan Malaysia

03-88824565/ 03-88824566 atau talian bebas tol BSH Lembaga Hasil Dalam Negeri

1-800-88-2747. Semakan boleh dibuat setiap hari bekerja dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Cara ketiga: Aplikasi mobile BSH

Aplikasi Semakan Bantuan Sara Hidup Rakyat boleh imuat turun di Google Play Store (untuk Android) dan app store (untuk iOS) pada telefon pintar.

Kemaskini maklumat dan semakan status BR1M boleh dilakukan secara online iaitu melalui laman sesawang Bantuan Sara Hidup (BSH) di pautan https://bsh.hasil.gov.my/

Pada laman web di atas, klik pada butang menu yang kelihatan sebagai 3 garisan pendek melintang di penjuru kanan skrin computer anda.

BR1M 2

Kemudian klik butang log masuk MyBSH.

BR1M 3

Paparan di bawah akan dilihat. Isikan nombor MyKad (12 digit sahaja). Klik semak setelah selesai masukkan nombor MyKad.

BR1M 4

Soalan keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud. Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke laman MyBSH. Soalan dan jawapan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon. Pemohon diberi 3 peluang sahaja untuk menjawab setiap soalan.

Kemudian skrin komputer akan kelihatan seperti di bawah. Sila pilih sama ada semakan atau kemaskini.

BR1M 5

Tekan butang cetak untuk cetakan semakan atau kemaskini.

Maklumat penting yang wajib dikemaskini:

-Status perkahwinan: Status cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh penceraian/ kematian pasangan)

-Alamat surat menyurat terkini dan e-mel

-Nombor telefon bimbit dan rumah

-Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)

-Maklumat pasangan dan tanggungan: Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti MyKad, myPR, MyKAS, MyKID, Passport dan Visa serta sijil lahir diisi dengan tepat dan jelas.

-Waris: Waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia. Bagi membolehkan waris membuat tuntutan SKK dan baki BR1M

Semakan keputusan permohonan BSH 

Semakan keputusan permohonan BSH  boleh dilakukan dengan dua cara:

-pos

Notis atau surat makluman lulus atau gagal permohonan BSH akan diposkan kepada pemohon. Jika berjaya surat itu juga akan menyatakan tarikh dan juga tempat maklis penyerahan baucar BSH (bagi yang tiada akaun bank)

-e-mel

Makluman keputusan BSH juga boleh dibuat menerusi e-mel (dengan menggunakan alamat e-mel yang didaftarkan semasa permohonan dibuat

Kaedah pembayaran fasa pertama

-Dikreditkan ke akaun penerima.

Antara bank yang terlibat dalam proses pembayaran ini termasuklah:

-AFFIN BANK

-AGRO BANK

-ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD

-AM BANK BERHAD

-AL RAJHI BANK

-BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

-BANK RAKYAT

-MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

-BANK SIMPANAN NASIONAL

-CIMB BANK BERHAD

-CITIBANK BERHAD

-HONG LEONG BANK

-HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD

-MAYBANK

-OCBC BANK

-PUBLIC BANK BERHAD

-RHB BANK BERHAD

-STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

-UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Bagi yang tiada akaun, surat maklumanan penunaian akan diposkan ke alamat masing-masing.

Anda kemudian boleh membawa surat tersebut untuk ditunaikan di mana-mana cawangan BSN berhampiran.

Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda juga akan menerima surat makluman memandangkan surat baucar sudah tidak digunakan bermula tahun ini.

Jika anda merupakan penerima yang berstatus “muflis” anda perlu merujuk ke Jabatan Insolvensi Malaysia untuk mendapatkan kebenaran khas bagi pengeluaran BSH 2019.

Pembayaran fasa kedua dan fasa ketiga akan dibuat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini yang kemungkinan juga diawalkan atas faktor cuti umum dan sebagainya.

Proses verifikasi BSH

Mengikut maklumat terkini dari portal rasmi BSH 2019, setiap permohonan akan melalui proses verifikasi bagi menentukan sama ada anda layak atau tidak.

Data-data yang anda berikan akan disemak melalui agensi-agensi berikut:

Pengenalan Diri

-Jabatan Pendaftran Negara (JPN)

Pendapatan

-Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

-Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

– Pertubuuhan Keelamatan Sosial (PERKESO)

– Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) termasuk PDRM

-Bendahari Negeri-negeri di Malaysia

-Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

-Kumpulan Wang Persaraan (KWAP)

Status Perkahwinan

-Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

-Jabatan Kemajuan Islam Negara (JAKIM)

Orang Kurang Upaya

-Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pendaftaran Perniagaan, Pemerbadanan Syarikat dan Pendaftaran Perkongsian Liabiliti

-Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Pemilikan Kenderaan

-Jabatan Pengangkutan Jalam (JPJ)

Bekerja / Menetap Di Luar Negara

-Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)

-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

-Kementerian Luar Negeri (KLN)

Anak Yang Masih Belajar

-Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

-Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Jadi setiap pemohon diminta untuk jujur dan amanah ketika mengisi borang permohonan online (atas talian). Kegagalan anda berbuat demikian boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak serta merta. 

Hubungi jabatan BSH

Untuk maklumat lanjut klik butang menu kemudian klik butang FAQ atau hubungi

Sekreteriat BSH,

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Mlaysia (MoF)

Presint 2, 65292 Putrajaya

Hotline BSH

1-800-88-2747 (BSH)

Hotline MoF

03-8882 4566

Faksimili MOF

03-8882 3933

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments