Select Page

CCRIS: Sistem Semakan Online Di Sini (Portal eCCRIS 2019)

Glosari kata

CCRIS- Central Credit Referance Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat

DSR- Debt Servicing Ratio. (Menunjukkan jumlah pendapatan seseorang yang digunakan untuk membayar ansuran hutang, dan diwakili dalam peratusan % pendapatan)

Pengenalan

Central Credit Referance Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) merupakan sistem pangkalan data berkomputer yang berfungsi untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit seseorang.

Semua rekod kredit/pinjaman anda dengan pihak bank, broker insurans dan syarikat swasta yang menyediakan servis utility seperti telekomunikasi akan keluar dalam satu penyata ringkas sebagai satu laporan.

CCRIS diuruskan atau dengan kata lain dikawal selia oleh Biro Kredit bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Maklumat pinjaman seseorang individu atau syarikat tidak kira dari mana-mana bank dalam negara kita akan dikutip oleh Biro Kredit dan dimasukkan ke dalam laporan CCRIS.

3 bahagian utama dalam laporan CCRIS ialah:

a) Laporan Ringkas Kredit

3 bahagian Laporan Ringkas Kredit:

  • Permohonan kredit yang dipohon, tidak kira yang telah diluluskan dalam tempoh 12 bulan sebelumnya atau yang masih dalam pertimbangan pihak bank.
  • Liabiliti semasa yang ditanggung, meliputi jumlah baki pinjaman dan jumlah had yang diberikan (untuk peminjam dan juga pinjaman)
  • Tindakan undang-undang yang pernah dan sedang dikenakan

b) Laporan Kredit Terperinci

c) Laporan Kredit Tambahan

Namun begitu, bercanggahan dengan perspektif orang ramai, CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang individu, malah ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif.

Ramai masyarakat Malaysia mempunyai tanggapan bahawa CCRIS boleh menyenarai hitam nama seseorang individu yang memiliki corak pembayaran semula hutang yang buruk.

Pernyataan ini sememangnya tidak benar. CCRIS tidak berkuasa untuk menyenarai hitam mana-mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan.

Proses CCRIS

Setiap institusi kewangan dalam negara kita bertanggungjawab untuk menghantar laporan bulanan peminjam kepada Credit Bureau (Jabatan Kredit) di Bank Negara Malaysia.

Data-data yang dihantar ini akan disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dipanggil CCRIS.

Data yang diterima dari institusi kewangan oleh Bank Negara akan diproses oleh CCRIS kepada format laporan kredit.

Ini dilakukan untuk memberi akses kepada semua institusi kewangan dalam negara kita apabila laporan ini bila-nila masa ia diminta oleh mereka.

Laporan CCRIS:

  • Menjelaskan jumlah pinjaman (Pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi, overdraft dan lain-lain)
  • Menjelaskan kadar faedah (interest) dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda yang merangkumi pinjaman perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan juga overdraft.
  • Memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk tempoh satu tahun (12 bulan).
  • Rekod jumlah permohonan pinjaman yang diluluskan/tidak diluluskan

Institusi kewangan selalunya akan menilai tahap kredit anda dengan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman dan rekod bayaran pinjaman anda.

Institusi kewangan akan membuat keputusan untuk meluluskan pinjaman seterusnya atau tidak berdasarkan rekod CCRIS. Hal ini kerana melalui CCRIS, cara seseorang mengurus hal-hal kewangan mereka dapat diketahui.

Setiap institusi kewangan mempunyai peratusan DSR tersendiri untuk menentukan kelulusan pinjaman dan nilainya.

Bayar lewat

Jika anda sering membayar pada masa yang telah ditetapkan iaitu sebelum tarikh akhir, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘0’ setiap bulan. Angka ini menunjukkan bahawa anda tidak pernah lewat bayar kepada pihak bank.

Namun, jika anda bayar lewat pula, rekod anda akan tertulis dengan nombor ‘1’ jika lewat sebulan, ‘2’ jika lewat dua bulan dan seterusnya.

Jika laporan CCRIS anda tertulis nombor besar seperti ‘5’ iaitu lewat membuat bayaran selama 5 bulan, permohonan pinjaman seterusnya akan menjadi lebih sukar. Hal ini kerana, pihak bank sudah pasti tidak ingin memberi pinjaman kepada pihak yang mempunyai rekod pembayaran balik yang buruk memandangkan ia hanya akan membawa kerugian.

Apa Itu CTOS?

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit. CTOS turut digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon sebagai satu alternatif kepada penggunaan laporan CCRIS.

Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon sebelum membuat keputusan meluluskan atau menolak permohonan pinjaman dari rakyat.

CTOS mengumpul maklumat dalam laporan melalui sumber-sumber awam seperti:

  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.

Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS:

  • Status muflis individu
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan perniagaan

Seumpama dengan CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu.

Apakah perbezaan antara CCRIS dan CTOS?

Kedua-dua CCRIS dan CTOS menyediakan laporan kredit. Beza antara mereka ialah CCRIS di bawah naungan Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta.

Selain itu, salah satu perbezaan ketara ialah cara maklumat dikumpulkan.

CCRIS memperoleh maklumat daripada institusi kewangan, manakala CTOS mendapatkan maklumat berkaitan kredit daripada sumber awam seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

Kepentingan Laporan CCRIS dan CTOS

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman dari bank, permohonan anda akan melalui proses kelulusan kredit sebelum bank memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut.

Laporan CCRIS dan CTOS akan digunakan dalam proses ini.

Jika laporan anda menunjukkan status kredit yang positif, bank akan memutuskan untuk meluluskan permohonan anda.

Sekiranya situasi sebaliknya berlaku dan laporan kredit tersebut menunjukkan rekod kegagalan membayar hutang tepat pada masanya secara kerap, maka kemungkinan bank untuk meluluskan permohonan anda akan menjadi lebih besar.

Pihak bank juga akan melihat laporan kredit untuk menentukan Nisbah Khidmat Hutang (DSR) seseorang individu sebelum menentukan kelulusan permohonan seperti yang dinyatakan tadi.

Pihak bank secara tidak langsung mengambil risiko apabila meluluskan permohonan anda. Jadi, CCRIS dan CTOS merupakan alat yang digunakan untuk mengurangkan risiko kerugian tersebut.

Maka, sudah jelas bahawa pentingnya anda kerap memastikan laporan kredit anda positif dan dikemaskini.

Faedah semakan CCRIS atas talian (online) melalui eCCRIS 

Dahulu jika ingin mendapatkan laporan CCRIS, anda wajib ke Bank Negara Malaysia (BNM) bersama kad pengenalan anda. Kiosk wajib digunakan untuk ‘print’ penyata CCRIS.

Sekarang lebih mudah dengan adanya eCCRIS.

Kita tidak perlu lagi berpeluh, membayar tol, petrol dan tempat parking atau pun naik LRT, KTM, MRT di samping menghabiskan masa sehari untuk membuat semakan CCRIS.

eCCRIS merupakan satu platform atas talian yang disediakan oleh BNM supaya rakyat Malaysia boleh mengakses laporan CCRIS masing-masing secara online.

Dengan eCCRIS, laporan CCRIS boleh dicapai dengan lebih cepat dan mudah.

Perkhidmatan eCCRIS adalah percuma.

Namun untuk pengguna perkhidmatan eCCRIS yang baharu anda masih perlu ke Bank Negara Malaysia untuk membuat pendaftaran. Setelah anda mendaftar, semakan kali kedua anda boleh dilakukan di mana-mana sahaja hanya dengan menggunakan computer dan jari jemari anda.

Pendaftaran CCRIS

Untuk mendaftar, anda perlu:

  • Hadir ke Bank Negara Malaysia atau cawangan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bersama Mykad untuk membuat pendaftaran.

Jabatan LINK & Pejabat Wilayah

Tingkat Bawah, Blok D

Bank Negara Malaysia

Jalan Dato’ Onn,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia

ccris 1

  • Cari kiosk CCRIS untuk mendaftar

ccris 2

  • Pilih Bahasa yang ingin digunakan sama ada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
  • Klik eCCRIS

ccris 3

  • Klik daftar pengguna.

ccris 4

  • Masukkan kad pengenalan dan apabila lampu merah menyala, sila letak ibu jari anda tidak kira kiri atau kanan di atas pengimbas cap jari.

ccris 5

  • Daftar nombor telefon bimbit yang sah. Kemudian klik teruskan’

ccris 6

  • Semak semula maklumat yang telah anda berikan. Klik sahkan setelah anda yakin semuanya betul.

ccris 7

  • Surat kebenaran dan sijil pendaftaran syarikat diperlukan.
  • Pin 6 digit akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang anda daftar sebentar tadi.

ccris 8

  • Layari laman web eCCRIS

https://eccris.bnm.gov.my/

ccris 9

Pilih bahasa yang ingin digunakan sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepanjang melayari laman web ini pada penjuru kanan skrin komputer anda.

  • Klik log masuk kali pertama/ first time login.
  • Pilih kewarganegaraan/nationality anda.
  • Isikan nombor kad pengenalan anda tanpa “-” pada ruangan nombor ID/ ID number.
  • Isikan pin yang anda dapat melalui SMS sebentar tadi pada ruangan PIN
  • Kemudian anda perlu mendaftar user ID, kata laluan, soalan keselamatan dan gambar keselamatan.

Ingat dan catatkan segala maklumat yang diisi termasuk gambar yang dipilih kerana akan diperlukan untuk log masuk.

  • Setelah selesai, buka semula laman web https://eccris.bnm.gov.my/ dan masukkan user ID dengan kata laluan.
  • Pada laman utama Eccris, Klik menu “Enquiry/ Carian”. Pilih sub menu “Self-Enquiry/ Carian sendiri- Individu”
  • Baca disclaimer yang dipaparkan. Tick pada kotak “I agree/ saya setuju” dan klik “Report Enquiry/ carian laporan”

Laporan CCRIS akan dilihat.

Muat turun salinan laporan CCRIS

  • Semasa laporan CCRIS dipaparkan pada skrin komputer anda, klik butang “Muat turun”
  • Suatu kotak mesej akan dipaparkan. Klik butang “Muat turun” untuk memuat turun laporan tersebut.Klik “Open” untuk melihat laporan CCRIS, klik “Save” untuk menyimpan salinan laporan tersebut.
  • Laporan yang dimuat turun akan disimpan dalam format PDF dan dilindungi oleh kata laluan berdasarkan tarikh carian laporan dan 3 aksara pertama ID pengguna anda.

Contoh:

  1. Tarikh laporan: 30 Oktober 2018
  2. ID pengguna: Ahmad
  3. Maka, kata laluan ialah: 30Oct2018Ahm
  • Masukkan kata laluan dan klik butang “OK” untuk membuka laporan.
  • Bagaimana untuk memastikan rekod kewangan kita baik?

Hutang seperti kereta, kad kredit, rumah, PTPTN, pinjaman persendirian dan lain-lain akan dilihat dalam rekod ccris anda.

Kini kegagalan membayar bil telekomunikasi seperti Maxis, Digi, Celcom, P1 dan lain-lain secara berlarutan dan berturut-turut juga akan mengakibatkan laporan CCRIS & CTOS anda menunjukkan rekod tidak baik.

Misalnya, kini setelah anda telah berjaya mengumpul wang yang melayakkan pinjaman terhadap bank untuk pembelian rumah baharu, namun nama anda sangkut pula ketika ingin membuat pinjaman terhadap bank disebabkan rekod CCRIS dan CTOS yang buruk.

Selagi kedua-dua rekod ini tidak diuruskan dengan sempurna, anda tidak akan layak mendapat pinjaman baharu.

Anda perlu bersihkan rekod-rekod buruk CCRIS & CTOS dan menunggu berbulan sehingga rekod kewangan anda menjadi bersih.

Tip-tip memperbaiki laporan CCRIS

  • Jika anda mempunyai tunggakan bayaran yang banyak, anda dinasihati untuk menjelaskan beberapa bayaran tersebut sebelum mengemukakan permohonan pinjaman.
  • Jika anda telah dikenal pasti mempunyai rekod pembayaran lewat, tunggu 12 bulan dari tarikh anda dikenalpasti lewat sebelum mengemukakan permohonan pinjaman.
  • Hadkan jumlah permohonan pinjaman dan kredit anda.
  • Bayar ansuran anda dengan segera. Memandangkan CCRIS menjejaki rekod pembayaran anda selama 12 bulan, rekod buruk CCRIS anda boleh dibetulkan jika anda membayar balik hutang secara konsisten selama 12 bulan yang akan datang untuk membersihkan rekod anda
  • Buat pengubahsuaian tarikh pembayaran hutang

Kemungkinan tarikh pembayaran anda lebih awal daripada hari gaji anda. Perbincangan boleh dilakukan dengan pihak peminjam yang berkenaan untuk melewatkan tarikh pembayaran balik hutang

Ciri yang dicari oleh bank yang memberi gambaran buruk terhadap anda.

  • Akaun yang berada di bawah status undang-undang (Tindakan undang-undang yang diambil) atau akaun perhatian khas.
  • Terlepas atau pembayaran yang lewat.
  • Penggunaan had kredit.
  • Contohnya: Penggunaan kad kredit yang tinggi atau had kredit overdraft yang tinggi merupakan petunjuk yang kurang baik.
  • Nisbah Khidmat Hutang (DSR) yang tinggi. Ini dilakukan dengan membandingkan jumlah pendapatan dan jumlah baki kredit / Pinjaman
  • Permohonan Kredit atau pinjaman aktif yang berganda. Semakin banyak permohonan pinjaman yang di buat semakin terdesak anda kelihatan di mata bank-bank.

Laman web alternatif untuk mendapatkan laporan CCRIS

Laman web yang turut menyediakan kemudahan mendapat laporan CCRIS ialah MyCreditInfo. Walau bagaimanapun, caj sebanyak RM10.60 akan dikenakan.

Laman web: https://www.mycreditinfo.com.my/

  • Klik butang “Sign Up” pada penjuru kiri atas skrin komputer anda jika pertama kali mendaftar.

ccris 12

  • Klik “get started”

ccris 13

  • Isikan butiran yang diminta

ccris 14

  • -Selepas siap mengisi butiran, klik “Sign up” pada bahagian bawah skrin computer.
  • Jawab soalan-soalan keselamatan
  • Klik “Submit”
  • Caj RM10 akan dikenakan. Klik “Buy Now”
  • Pilih kaedah bayaran
  • Semak emel anda
  • Selepas berjaya membuat pembayaran anda akan mempunyai akses kepada:
  1. i-SCORE (Credit Score)
  2. Banking information
  3. ANGKASA (SPGA)
  4. PTPTN
  5. Business Shareholding
  6. Trade references
  7. Litigation History

Semak melalui SMS

Hantar BNM CCRIS (e-mel) ke 15888. Caj RM0.15 akan dikenakan.

Semak melalui Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd

Anda juga boleh pergi ke pejabat Credit Bureau Malaysia di alamat berikut:

Level 5, Bangunan CGC, Kelana Business Centre,

No 97, Jalan SS7/2, 47301 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Pastikan anda bawa Mykad dan lesen memandu anda.

Semakan CTOS

ccris 15

  • Klik “sign up” jika pertama kali menggunakan laman web ini.
  • Isikan butiran yang diminta.
  • Pastikan nombor telefon yang anda isi adalah betul kerana satu “verification code” akan dihantar kepada anda untuk “sign up”.

Biasanya, pengesahan akan dilakukan pada hari yang sama, anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran telah selesai.

Jika bukan kali pertama, anda boleh terus login.

  • CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran anda dan menyediakan ID pengguna yang sah. ID tersebut diperlukan untuk mengakses laporan CTOS anda.
  • Selepas pengesahan dan ID telah diperoleh, anda mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda.
  • Laporan MyCTOS pertama die-melkan kepada anda secara percuma, tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS.
  • Untuk memudahkan anda melihat laporan CTOS anda, terdapat juga aplikasi mudah alih yang membolehkan anda menyemak laporan hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda.
  • Hanya log masuk ke laman web CTOS menggunakan nama log dan kata laluan anda, dan klik pada Laporan MyCTOS.

Hubungi CTOS

Hubungi kami, isi borang atau kunjungi mana-mana pusat perkhidmatan kami untuk mendapatkan sebarang bantuan yang anda perlukan berkenaan perkhidmatan CTOS.

Pertanyaan Peribadi: 03-27228833

Pertanyaan Perniagaan: 03-27228882

(Isnin-Jumaat 8:00pg – 7:00ptg)

(Sabtu-Ahad 9:00pg – 5:00ptg)

Pusat Perkhidmatan (Kuala Lumpur)

Unit 01-12, Level 9

Tower A, Vertical Business Suite,

Avenue 3, Bangsar South,

No. 8, Jalan Kerinchi,

59200, Kuala Lumpur

Alamat BNM

Jalan Dato’ Onn,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia

Hotline BNM

1300 88 5465 (BNMTELELINK)

+603 2698 8044 (General line)

E-mel

bnmtelelink@bnm.gov.my

Waktu operasi eCCRIS

6.00 pagi – 12.00 tengah malam

Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti umum)

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *