e-Operasi KPM: Guru Login Sistem Online Di Sini (2019)

Apa itu e-Operasi KPM?

e-Operasi merupakan salah satu modul SPS iaitu Sistem Pengurusan Sekolah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Modul ini telah dilancarkan pada 1 Januari 2015 dan diguna pakai sehingga kini.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh beberapa pihak iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM

Fungsi eOperasi: Login Untuk Kemaskini Data

Modul ini berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti mengemaskini data dalam perkhidmatan perguruan.

e-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru yang ingin menukar tempat mengajar melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG)

Penyimpanan data juga telah menjadi lebih efisien melalui e-Operasi

Cara simpanan data secara manual yang melibatkan buku-buku tebal atau pun timbunan kertas tidak perlu lagi dilakukan dengan adanya e-Operasi.

Kategori Pengguna (Kebanyakan Guru)

Pengguna utama modul yang dikeluarkan oleh kerajaan ini dibahagi kepada dua iaitu pentadbir sistem dan pengguna.

  • Pentadbir sistem

-Melibatkan (Bahagian pengurusan KPM di peringkat bahagian, negeri, daerah, dan sekolah)

-Hanya pentadbir sistem yang dilantik oleh KPM dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut syarat yang telah ditetapkan.

  • Pengguna

-Guru ataupun bukan guru diletakkan di bawah kategori pengguna

-Mereka yang dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini ialah pengguna yang telah didaftarkan oleh Pentadbir sistem sahaja.

Laman web e-Operasi: https://eoperasi.moe.gov.my/

Paparan terbaik akan dilihat menggunakan pelayar (browser):

  • Internet Explorer (IE) 7 ke atas
  • Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas
  • Chrome dengan paparan 1024 x 768

Penyataan Penafian

Semua pengguna aplikasi e-Operasi ini wajib merahsiakan pegenalan identiti dan kata laluan pengguna masing-masing.

Anda juga diingatkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah dan pencerobohan pengenalan identiti pengguna yang merupakan akibat kecuaian pengguna sendiri.

Pendaftaran sebagai pengguna e-Operasi

pic 1

  • Pada bahagian kiri skrin anda, anda akan lihat bahagian “Log masuk”. Pada bahagian tersebut terdapat 4 pilihan iaitu
  1. Login
  2. Lupa kata laluan
  3. Tukar kata laluan
  4. Pendaftaran pengguna
  • Sebagai pengguna baru anda perlu mendaftar terlebih dahulu. Maka, klik padapilihan 4 iaitu “Pendaftaran pengguna”. Skrin anda anda kelihatan seperti di bawah.

pic 2

  • Isikan butiran yang diminta iaitu
  1. Nama
  2. Kad Pengenalan (Tanpa “-”)
  3. Gaji
  4. ID Pengguna (8-12 Aksara)
  5. Kata Laluan
  6. Pengesahan Kata Laluan
  7. Emel
  8. Tarikh Lahir (hari/bulan/tahun)
  9. Soalan Keselamatan dan jawapannya.

Untuk soalan keselamatan, anda boleh pilih salah satu daripada yang di bawah:

  1. Apakah nama peliharaan anda?
  2. Apakah nama sekolah dahulu anda?
  3. Siapakah wira zaman kanak-kanak anda?
  4. Apakah sukan kegemaran anda?
  5. Apakah pasukan sukan kegemaran anda?
  6. Apakah nama ibu anda?
  7. Apakah warna kegemaran anda
  8. Apakah buah kegemaran anda?
  9. Setelah memilih soalan keselamatan yang anda ingini, jawablah soalan tersebut di ruangan Jawapan.

Anda dikehendaki mengisi semua butiran yang diminta.  Untuk borang pendaftaran ini, tiada butiran yang boleh dipilih untuk dikosongkan.

  • Klik “Simpan” setelah anda selesai mengisi semua butiran tersebut untuk proses pendaftaran.

Login portal rasmi e-Operasi KPM MOE

  • Selepas mendaftar, anda boleh kembali ke laman utama portal rasmi e-Operasi untuk “Log masuk” menggunakan ID Pengguna, Kata laluan dan No. Kad Pengenalan yang anda isi semasa pendaftaran tadi.
  • Klik “Login” setelah selesai mengisi.

Pengguna sedia ada

Sebagai pengguna sedia ada, anda tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk mengakses aplikasi e-Operasi.

Anda boleh terus mengisi ID Pengguna, Kata laluan dan No. Kad Pengenalan pada bahagian “Log masuk” portal rasmi e-Operasi.

Paparan “Maklumat laluan masuk salah” akan ditunjukkan sekiranya butiran yang anda telah isi untuk log masuk adalah salah.

Lupa kata laluan

  • Jika anda telah lupa kata laluan anda, klik pada pilihan 2 iaitu “Lupa kata laluan” Paparan di bawah akan dilihat.

pic 3

  • Isikan No. Kad Pengenalan anda
  • Klik “Hantar”

Kata laluan pengguna akan dihantar melalui e-mel yang telah anda daftarkan. Inilah pentingnya pengisian maklumat benar pada borang pendaftaran.

Tukar kata laluan

Perkhidmatan “Tukar Kata Laluan” tidak hanya terhad untuk menukar kata laluan anda, malah anda turut boleh menukar soalan keselamatan dan jawapannya mengikut keinginan anda.

Penukaran kata laluan dan soalan keselamatan ini boleh dilakukan oleh para pengguna kerana pelbagai senario boleh berlaku yang mana mungkin maklumat sensitif ini telah diketahui orang lain.

Senario semudah anda tidak lagi berpendapat bahawa kata laluan dan soalan keselamatan yang diguna pakai kini merupakan pilihan yang paling selamat atau pun mudah diingat juga boleh berlaku.

Penukaran ini hanya boleh berlaku sekiranya anda mengingati kata laluan lama anda. Jika anda ingin menukar kata laluan atas sebab anda telah lupa kata laluan lama anda, penukaran tersebut tidak mungkin berlaku.

Oleh itu, jika anda telah lupa kata laluan anda, sila lalui proses yang dijelaskan di atas sebelum ini sebelum menukar kata laluan anda.

  • Untuk menukar kata laluan/ soalan keselamatan atau kedua-duanya, klik pada pilihan ketiga iaitu “Tukar kata laluan”. Paparan di bawah akan dilihat

pic 4

  • Isikan butiran yang diminta iaitu:
  1. No. Kad Pengenalan
  2. Soalan Keselamatan
  3. Jawapan
  4. Kata Laluan Baru
  5. Pengesahan Kata Laluan
  6. Kata Laluan Lama
  • Setelah mengisi semua maklumat di atas, klik “hantar”

Setelah berjaya login

Setelah anda berjaya log masuk, menu di sebelah kiri akan menunjukkan:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pasangan
  • Maklumat akademik
  • Maklumat sejarah akademik
  • Maklumat subjek dasar semasa
  • Maklumat ikhtisas
  • Maklumat sejarah ikhtisas
  • Maklumat perkhidmatan
  • Maklumat tarikh perkhidmatan
  • Maklumat sejarah perkhidmatan
  • Maklumat sejarah pengalaman mengejar
  • Maklumat latihan/ kursus
  • Maklumat elaun
  • Maklumat kokurikulum
  • Maklumat istihar harta
  • Cetakan maklumat keseluruhan

Jika ingin muat turun manual pengguna, klik pada bahagian kanan atas skrin computer anda. Di situ, terdapat butang “Muat turun manual pengguna”.

Sekiranya terdapat maklumat yang tidak tepat, pengguna perlu memaklumkan kepada PK1/ PK2/ PK3 untuk dikemaskini.

Aplikasi/ Sistem Online yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

  • E-Operasi (yang dijelaskan di atas)
  • SAPS- Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah untuk memudahkan semakan keputusan peperiksaan oleh ibu bapa dan murid yang diisi oleh guru-guru mata pelajaran mereka.
  • APDM- Aplikasi Pangkalan Data Murid untuk menyimpan maklumat berkaitan murid secara atas talian (Online) yang boleh digunakan untuk mengisi data SAPS.
  • eGTukarGuru- Sisiem atas talian (Online) untuk menguruskan pertukaran guru-guru di Malaysia bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  • ePangkat-Sistem Kenaikan Pangkat yang diwujudkan untuk mengurus dan membekalkan maklumat-maklumat tentang kenaikan pangkat seseorang guru.
  • ePerolehan- Sistem Perolehan Elektronik merupakan satu sistem perolehan elektronik yang telus untuk memudahkan aktiviti perolehan yang melibatkan pihak pembekal dan agensi kerajaan.
  • ePrestasi- Aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran untuk pengisian borang markah penilaian bersepadu pegawai perkhidmatan pendidikan (PBPPP) oleh para guru.
  • eSPLG-Sistem Pengurusan Latihan berfungsi untuk merekod dan mengurus maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kursus, latihan, bengkel atau taklimat yang dihadiri oleh guru-guru.
  • HRMIS- Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk kegunaan semua jabatan kerajaan sebagai sistem aplikas pengurusan kakitangan bersepadu.
  • PAJSK- Pendidikan Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) digunakan oleh guru-guru bagi menjalankan Pentaksiran PAJSK mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Hubungi KPM

Alamat

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Blok E8, Kompleks E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

62604 Putrajaya.

Tel: +603-8000 8000

Faks: +603-8884 6411

Emel: kpkkpm@moe.gov.my

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *