Select Page

KADS1M: Semakan Kad Siswa Bank Rakyat Di Sini (BPPT) 2019

Glosari kata:

BPPT- Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi

KADS1M Debit- Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia

KADS1M- Kad Diskaun 1 Malaysia

Pengenalan

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) bawah kerajaan baru telah membuat pengumuman pada 24 Februari 2019 untuk meluluskan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi atau ringkasnya (BPPT).

KADS1M akan terus digunakan pada tahun ini untuk menghulurkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) yang sama fungsinya iaitu bertujuan untuk meringankan beban tanggungan kos melanjutkan pelajaran ke Menara gading.

Sebelum ini Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) digunakan untuk menghulurkan BPPT. KADS1M merupakan inisiatif baharu kerajaan untuk menggantikan penggunaan Baucar Buku 1 Malaysia mulai tahun 2017.

Penerusan bantuan kewangan ini selari dengan usaha kerajaan yang meneruskan pemberian BR1M yang kini dilaksanakan sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH).

Untuk tahun 2019, wang berjumlah RM100 akan diberi kepada setiap penuntut warganegara Malaysia di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Pembayaran Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) Ini menggunakan mekanisme yang sama iaitu dikreditkan ke dalam Kad Debit Pelajar Bank Rakyat pada akhir bulan Mac 2019.

Kad Debit Bank Rakyat ini merupakan penambahbaikan daripada sistem baucar buku yang digunakan sebelum ini.

Berdasarkan pangkalan data lama, BPPT ini dijangka memanfaatkan 1.2 juta pelajar dengan jumlah peruntukan RM 120 juta.

Apakah Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M)

  • Kerajaan mendebitkan bantuan pendidikan tinggi sejumlah RM250 ke dalam KADS1M dengan tujuan untuk mengekang penyalahgunaan pemberian Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) seperti yang dilaksanakan sebelum ini dalam kalangan pelajar.
  • Bantuan bernilai RM250 tidak lagi disalurkan dalam bentuk baucar sebaliknya ia didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia.
  • Pelajar boleh membeli buku, alat tulis, alatan computer dan akses internet di premis-premis perniagaan yang mengambil bahagian.
  • Selain bantuan RM250, KADS1M membolehkan pelajar mendapat diskaun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian. Diskaun yang ditawarkan untuk pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih tertakluk kepada kadar, terma serta syarat yang ditetapkan oleh syarikat masing-masing.

Fungsi KADS1M

  • Kad debit diskaun dan ATM
  • Kad ATM
  • Kad Diskaun pelajar
  • Sebanyak RM 250 akan dikreditkan ke dalam akaun pelajar.
  • Maksima pengeluaran adalah RM240. Jika hendak mengeluarkan RM250 sepenuhnya, pelajar boleh berurusan dengan Bank Rakyat untuk menutup terus akaun berkenaan.
  • Transaksi tanpa sentuh (Contactless)
  • Notifikasi melalui SMS untuk setiap transaksi debit yang mencurigakan
  • Transaksi atas talian yang lebih selamat dengan One Time Password.

Langkah mendapat KADS1M

  • Isi borang e-Permohonan
  • Status permohonan akan disahkan melalui e-mel
  • Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk pengambilan KADS1M debit.

Syarat kelayakan untuk KADS1M/ BPPT

Ciri-ciri atau kriteria-kriteria yang dinyatakan di bawah perlu ada pada seseorang pelajar untuk melayakkannya untuk penerimaan BPPT.

  • Warganegara Malaysia
  • Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BPPT
  • Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa di institusi pendidikan seperti berikut:
  1. Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma, Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus professional yang bertaraf diploma ke atas (Diiktiraf oleh kerajaan atau badan-badan professional di Malaysia)
  2. Menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  3. Institut Perguruan, Kementerian Sumber Manusia atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa dan
  4. Lain-lain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

Permohonan KADS1M baharu

Para penuntut Universiti Awam (UA) dan swasta yang ingin menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) melalui KADS1M perlu membuat permohonan secara atas talian di portal rasmi Bank Rakyat.

Untuk penerima BPPT baharu, pelajar boleh menyemak kelayakan dan membuat permohonan mulai 1 April 2018 manakala untuk pelajar yang telah pun mempunyai KADS1M tidak perlu membuat permohonan baharu. Bayaran BPPT boleh disemak pada 15 Mac 2018 mulai jam 4.00 Petang di ATM dan i-Rakyat.

Bantuan akan disalurkan secara berperingkat mulai 15 Mac 2018 kepada para pelajar yang layak.

Pelanjutan tarikh tutup permohonan KADS1M tahun 2018 dilanjutkan sehingga 20 Ogos 2018.

Kini, permohonan untuk KADS1M baharu telah tutup. Namun panduan permohonan untuk KADS1M akan dijelaskan di bawah supaya permohonan KADS1M untuk tahun-tahun selepas ini boleh dilaksanakan.

Sebelum memohon

Sebelum memohon, pastikan anda telah menyediakan barangan berikut:

  • Salinan Kad Pelajar/ Kad Matrik atau salinan pengesahan dari Universiti/ Kolej/ Sekolah
  • Salinan MyKad

Cara membuat permohonan Kad Debit Diskaun 1 Malaysia (KADS1M)

  • Layari portal rasmi Bank Rakyat

Laman web: http://www.bankrakyat.com.my/

pic 1

  • Pilih Bahasa yang ingin anda gunakan sepanjang penggunaan portal rasmi ini pada bahagian penjuru kanan atas skrin computer anda.
  • Klik pada menu”Perbankan Internet”. Paparan di bawah akan dilihat.

pic 2

  • Klik pada butang “Online banking anytime, anywhere at your convenience.” Paparan di bawah akan dilihat.

pic 3

  • Klik pada butang “Personal”
  • Klik pada butang “Cards-i”
  • Klik pada butang “Debit Card-i”
  • Klik pada butang “KADS1M Debit-I”. Paparan di bawah akan dilihat.

pic 4

  • Kemudian, klik pada “Documents”.
  • Klik pada pautan yang disediakan di bawah “Isi borang permohonan”
  • Isi butiran yang diminta dalam borang tersebut.

Semakan status permohonan KADS1M

  • Status permohonan akan disahkan melalui e-mel pelajar
  • Kunjungi cawangan Bank Rakyat berdekatan untuk mengambil KADS1M Debit
  • Bayaran RM5.00 perlu dibayar semasa mengambil kad.

Dokumen yang perlu dibawa oleh pelajar bagi pengambilan KADS1M Debit-I adalah seperti berikut:

A) Umur bawah 18 tahun

-MyKad (Asal dan satu salinan)

-Kad Pelajar (Asal atau salinan)

-Surat kebenaran Ibu bapa/ Penjaga

-Satu salinan MyKad Ibu/ Bapa/ Penjaga

-Sijil Kelahiran/ Sijil anak angkat pelajar (Asal dan satu salinan)

 

B) Umur 18 tahun dan ke atas

-MyKad (Asal dan satu salinan)

-Kad pelajar (Asal dan satu salinan)

Semakan KADS1M Online

  • Sila masukkan No. Kad Pengenalan/ IC
  • Klik “semak”

Semakan status permohonan melalui telefon hotline

pic 5

  • Telefon Hotline di 1 300 80 5454
  • Pilih Bahasa
  • Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  • Key in No.Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat.
  • Beritahu receptionist yang anda inin menyemak status permohonan KADS1M anda.
  • Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  • Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  • Jika permohonan anda terdapat dalam sistem, anda hanya perlu menunggu arahan/ dokumen selanjutny daripada BankRakyat.
  • Pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing.

Pengaktifan KADS1M debit

  • Masukkan NO PIN yang sebenar semasa proses pengambilan kad.
  • Lengkapkan pendaftaran Perbankan Internet i-Rakyat.

Cara guna kad debit pelajar

KADS1M Debit berfungsi sama seperti kad debit biasa. Duit dalam akaun KADS1M Debit boleh:

  • Digunakan untuk sebarang transaksi pembelian. Kad ini tidak terhad hanya kepada pembelian buku, alat tulis, peralatan computer dan akses internet sahaja sepertimana baucar BB1M.
  • Digunakan di mana-mana ATM Bank Rakyat
  • Melayakkan pelajar mendapat diskaun bagi pembelian di mana-mana kedai rakan dagang KADS1M

Jika anda tidak layak mendapatkan KADS1M

  • Sila rujuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar Institusi Pendidikan Masing-masing
  • Teruskan pengisian borang secara online dan pastikan:

i)Alamat yang dimasukkan ke dalam borang merupakan alamat yang sama seperti MyKad

ii)E-mel yang diisi adalah betul

  • Pembukaan Akaun Simpanan-I Bank Rakyat secara automatic
  • Langkah seterusnya adalah seperti langkah untuk pelajar yang layak iaitu:
  • Pengkreditan dan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan berlaku
  • Bagi pemegang akaun simpanan i-Bank Rakyat yang aktif, sila semak akaun dimaklumkan manakala bagi pelajar yang baru memohon akan dimaklumkan setelah pengkreditan dilaksanakan.
  • Setelah mendapat makluman, sila ke mana-man cawangan Bank Rakyat untuk pengambilan KADS1M Debit-I anda.
  • Setelah pengambilan KADS1M Debit-I anda, sila daftar perbankan internet i-Rakyat. 

Maklumat tambahan:

  • Kehilangan KADS1M akan dikenakan bayaran RM12
  • Pengeluaran wang tunai akan dikenakan bayaran seperti berikut:
  1. ATM Bank Rakyat- Tidak dikenakan bayaran
  2. ATM atau pun kaunter bank lain dalam Malaysia- RM1
  3. ATM atau pun kaunter bank lain luar Malaysia- RM 12
  • Permintaan untuk draf jualan:
  1. RM5.30 dikenakan untuk setiap permintaan draf jualan.
  2. RM5.90 uuntuk setiap salinan perintaan draf jualan asal

Hubungi Bank Rakyat

No. Tel:

1-300-80-5454

Talian antarabangsa:

03-55269000

E-mel:

telerakyat@bankrakyat.com.my

Waktu Operasi:

Isnin- Jumaat: 7:30 pagi hingga 9:30 malam

Sabtu dan Ahad: 8:30 pagi hingga 5:30 petang

(Pusat Panggilan tidak beroperasi pada Hari Kelepasan Am Persekutuan)

Aduan Awam

No. Tel:

1-300-80-5454

E-mel:

-www.bankrakyat.com.my/enquiries-feedback

-www.facebook.com/myBANKRAKYAT

-www.twitter.com/myBANKRAKYAT

Alamat:

Public Complaints Bureau

Unit Biro Aduan Awam, Perkhidmatan Pelanggan

Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Rakyat,

50470 Kuala Lumpur

 

Masa operasi Unit Biro Aduan Awam kami adalah seperti berikut:

Isnin – Khamis: 8:00 pagi – 1:00 petang

2:00 petang – 5:00 petang

Jumaat: 8:00 pagi – 12:30 tengah hari

2:30 petang – 5:15 petang

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai akaun, produk dan pembiayaan, serta laporan kehilangan kad ATM dan kad Debit dan pertanyaan lain, sila hubungi Pusat Panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454

Untuk sebarang pertanyaan, aduan atau melaporkan kehilangan kad atau kecurian

Anda boleh menghubungi Pusat Kad di:

No. Tel 24 Jam:

03-2693 6880

Kehilangan / Kecurian Kad:

03-2692 4600

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *