Select Page

ePrasekolah SMPK: Pendaftaran Prasekolah Online 2020

Pengenalan

Apa itu PraSekolah?

Prasekolah boleh dipecahkan kepada dua perkataan iaitu ‘pra’ dan ‘sekolah’. Perkataan ‘pra’ membawa maksud sebelum. Maka, secara ringkasnya, perkataan prasekolah boleh didefinisikan sebelum sekolah rendah.

Pada 18 Disember 1991, mesyuarat Jemaah Menteri telah mengarahkan Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program prasekolah.

Pada 27 Januari 1992 pula, mesyuarat antara Kementerian telah memutuskan untuk menjalankan Projek Rintis Pendidikan Prasekolah KPM (1,131 kelas).

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 telah mengarahkan peluasan program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan.

Konsep pembelajaran di prasekolah ialah konsep “Belajar Sambil Bermain” dengan menekankan “Pembelajaran Bertema”. Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

Bangunan prasekolah di diletakkan dalam kawasan sekolah rendah. Biasanya, mereka yang memilih prasekolah yang terdapat dalam sekolah rendah tersebut akan bersekolah di sekolah rendah tersebut juga apabila capai umur 7 tahun.

Maksimum kanak-kanak berumur 5 dan/ atau 6 tahun dalam setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang. Kelayakan untuk memasuki prasekolah adalah berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di bawah RM500. Walau bagaimanapun had tersebut boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat kekosongan dalam prasekolah tersebut.

Fungsi prasekolah

Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan pendidikan prasekolah untuk membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun menerokai alam persekolahan lebih awal.

Pengalaman pembelajaran kanak-kanak berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum ke tahun satu di sekolah rendah yang lebih formal.

Selain itu, prasekolah juga menyediakan pembelajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis sebagai persiapan awal sebelum dimasukkan ke sekolah rendah. Pengajaran Aksara juga dilakukan. 

Kriteria Pemilihan Sekolah 

  • Kenal pasti lokasi prasekolah tersebut sama ada pedalaman/ luar bandar/ pinggir bandar/ bandar.
  • Mengambil kira pendaftaran murid Tahun Satu bagi tahun berikutnya (>15 orang).
  • Kenal pasti sama ada sekolah tersebut mempunyai ruang tambahan untuk menempatkan bilik atau bangunan prasekolah.
  • Permintaan masyarakat setempat.

Kriteria Pemilihan Murid Umum

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 5 dan 5+ tahun.
  • Setiap kelas 25 orang murid.
  • Keutamaan pemilihan berdasarkan pendapatan dan tanggungan ibu bapa/ penjaga.

Namun demikian, perkara ini bergantung pada kawasan tersebut. Terdapat juga prasekolah yang menerima kanak-kanak dari golongan berada setelah tawaran kepada umum ditutup dan masih ada kekosongan lagi bagi kelas tersebut.

Pihak sekolah akan cuba memenuhi peruntukan untuk 25 orang kanak-kanak bagi setiap kelas.

Secara ringkasnya, pihak sekolah akan memilih kanak-kanak berumur 5 tahun dari kalangan berpendapatan rendah terlebih dahulu. Jika masih ada kekosongan, barulah diterima kanak-kanak lain tanpa meletakkan syarat kemampuan ibu bapa.

Geran per Kapita (PCG)

  • RM100 seorang murid setahun
  • RM100 X 25 murid X 1 kelas
  • Jumlah : RM2500 setiap kelas setahun

Bantuan Makanan

  • 80 seorang murid sehari
  • 80 X 1 murid X 200 hari
  • Jumlah : RM360 seorang murid setahun

Program-Program Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

  • Program ICT

Mulai 2002 Program ICT Prasekolah diberi keutamaan dan menjadi sebahagian elemen penting. Sehubungan dengan itu, setiap kelas prasekolah dibekalkan Komputer/Pencetak/Meja/Kerusi/Perisian

(Agihan 2 set komputer dan 1 pencetak diberi kepada setiap kelas)

  • Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM)

Selain itu, terdapat juga program lain seperti Program ICT Kidsmart Early Learning (IBM) yang dimulakan sejak tahun 2001.

Satu set komputer, pencetak yang lengkap dengan meja, kerusi, dan perisian diagihkan untuk kelas prasekolah yang terpilih.

Sehingga Februari 2004, KPM telah menerima 59 set daripada IBM (M) Sdn Bhd

  • Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas

Melalui Program Rintis Prasekolah Inklusif Pendidikan Khas yang telah dimulakan sejak tahun 2003, sebanyak 3 kelas telah dibuka

(20 Murid Biasa & 5 Murid Bermasalah Pembelajaran)

  • Program Prasekolah Pendidikan Khas

Seterusnya Program Prasekolah Pendidikan Khas pula dibuka mulai tahun 2004. Sebanyak 28 kelas telah dibuka meliputi:

  1. Prasekolah Bermasalah Pembelajaran
  2. Prasekolah Bermasalah Penglihatan
  3. Prasekolah Bermasalah Pendengaran
  • Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah

Mulai 2004 pula, Program Penempatan Guru Prasekolah Siswazah bermula bagi memastikan kualiti pendidikan prasekolah di Malaysia setanding dengan prasekolah (preschool) di seluruh dunia.

Tarikh penting

Tarikh permohonan secara online:

  • 1 Mac 2019 – 30 April 2019

Tarikh permohonan secara manual melalui sekolah dimohon:

  • 1 Mac 2019 – 31 Mei 2019

Tarikh permohonan dibuka:

  • 1 Mac 2019

Tarikh permohonan ditutup:

  • 30 April 2019

Syarat kelayakan memohon PraSekolah KPM tahun 2020

Sebelum membuat permohonan, syarat kelayakan untuk menjadi pemohon perlu diketahui terlebih dahulu.

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 sehingga 15 Januari 2016
  • Pemilihan murid dilakukan di peringkat sekolah menerusi Jawatankuasa Pemilihan Murid Prasekolah

Permohonan PraSekolah 2020 Online E-PraSekolah

Pendaftaran murid ke PraSekolah KPM Secara Online Tahun 2020.

Tahukah anda? Pendaftaran kemasukan ke PraSekolah pada tahun 2020 kini boleh dilakukan secara atas talian (Online)?

Persoalannya, bagaimanakah cara mendaftar kemasukan murid ke PraSekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)?

Sebenarnya, pendaftaran kemasukan PraSekolah 2019 boleh dibuat secara atas talian di E-Prasekolah ataupun secara manual melalui sekolah yang dimohon.

Permohonan melalui E-prasekolah Online.

Sebagai pengguna kali pertama, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu.

  • Layari portal rasmi E-Prasekolah. Paparan di bawah akan dilihat

Laman web: https://eprasekolah.moe.gov.my/

Prasekolah 1

  • Sila klik pada “Daftar pengguna”.

prasekolah 2 prasekolah 3

  • Isikan segala butiran yang diminta dengan betul dan tepat.

Antara maklumat yang diminta ialah:

  1. Nama Penuh
  2. MyKad
  3. Telefon
  4. Kata Laluan
  5. Sahkan Kata Laluan
  6. Email
  7. Soalan Keselamatan
  8. Jawapan

Untuk bahagian kata laluan, sila masukkan kata laluan mengikut syarat berikut:

  1. 8 hingga 12 aksara
  2. Gabungan aksara yang terdiri dari huruf (sekurang-kurangnya 1 huruf besar) dan nombor sahaja (contoh: Epra1234).

Peringatan: Penggunaan aksara simbol khas adalah tidak dibenarkan (Contoh %,&, @ dll).

Untuk bahagian soalan keselamatan, anda dikehendaki memilih dari pilihan yang diberi iaitu:

  1. Apakah warna kegemaran anda?
  2. Apakah nama ibu anda?
  3. Apakah makanan kegemaran anda?
  4. Apakah hobi anda?

Pilih satu soalan keselamatan dari yang ditunjukkan di atas dan masukkan jawapan bagi soalan yang anda pilih pada ruangan “Jawapan”.

  • Semak semula maklumat yang diisi. Kemudian, klik butang “Simpan”

Pengguna sedia ada

  • Pada bahagian, “Log masuk”, isikan No. MyKad/ ID Pengguna dan kata laluan and jika merupakan pengguna sedia ada.

Setelah selesai mendaftar, log masuk dengan mengisikan No. MyKad/ ID Pengguna dan kata laluan seperti yang telah anda isi dalam borang pendaftaran.

  • Klik pada borang permohonan prasekolah
  • Lengkapakan maklumat yang diminta dengan tepat
  • Pilih sekolah yang dipohon
  • Pengesahan permohonan oleh ibu bapa/ penjaga
  • Hantar permohonan atas talian selewat-lewatnya pada 30 April 2019
  • Cetak permohonan tersebut untuk dijadikan bukti ataupun rujukan masa depan
  • Hantar cetakan borang permohonan beserta dokumen yang berkaitan ke sekolah yang dipohon selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019
  • Semak keputusan permohonan anda secara atas talian.

Maklumat tambahan

  • Hanya ibu/ bapa/ penjaga sahaja yang dibenarkan untuk membuat pendaftaran.
  • Carian institusi hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang berdaftar sahaja.
  • Tempoh permohonan secara atas talian bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2019
  • Ibu bapa/ penjaga yang telah mengemukakan permohonan secara atas talian hendaklah mencetak borang permohonan tersebut. Borang ini perlu dihantar ke sekolah yang dimohon beserta dokumen-dokumen berkaitan selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019.

Permohonan prasekolah secara manual

Anda diingatkan bahawa tempoh permohonan secara manual bermula pada 1 Mac hingga 31 Mei 2019.

  • Ibu bapa/ Penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/ institusi yang ingin dimohon.
  • Lengkapkan borang permohonan tersebut
  • Sediakan dokumen yang diperlukan
  • Setelah borang permohonan tersebut lengkap diisi, hantarkan borang tersebut beserta dokumen-dokumen berkaitan ke sekolah yang dimohon selewat-lewatnya 31 Mei 2019.
  • Semak keputusan permohonan melalui sekolah yang dimohon.

Dokumen yang diperlukan oleh murid prasekolah pendidikan khas ketika permohonan.

  • Borang pengesahan daripada pengamal perubatan, ahli optic, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan datau bukan kerajaan
  • Surat penempatan oleh JPN/ PPW/ PPD
  • Pengesahan dan pendaftaran

Semak keputusan permohonan prasekolah 2020 online

Status permohonan/ keputusan prasekolah tahun semasa boleh disemak secara online pada 5 Ogos 2019. Pemohon boleh klik pada butang “Semak permohonan” di ruangan “Laman pengguna”

Tarikh penting

Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 5 Ogos 2019.

Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019.

Rayuan permohonan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/ penjaga boleh mengemukakan permohonan rayuan secara online melalui laman aplikasi E-Prasekolah yang sama dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.

Rayuan permohnan secara online hanya untuk ibu/ bapa/ penjaga yang membuat permohonan secara online.

Rayuan manual juga boleh dilakukan secara manual di sekolah yang dimohon ataupun di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD/ PPPW.

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *