Select Page

Permohonan & Semakan Keputusan Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2020-2021

Pengenalan

Ibu bapa atau penjaga yang telah pun membuat pendaftaran permohonan kemasukan ke tahun satu (1) ambilan tahun 2020 untuk anak/ jagaan mereka kini boleh membuat semakan keputusan permohonan tersebut.

Untuk makluman, pendaftaran permohonan kemasukan ke tahun satu (1) ini boleh dilakukan melalui Sistem Aplikasi Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM).

Apakah SPATKPM?

Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pelajaran Malaysia ini telah diperkenalkan untuk memudahkan para ibu bapa semasa membuat permohonan dan pendaftaran anak mereka ke tahun 1 tanpa mengisi borang manual.

Bagi ibu bapa atau penjaga yang belum pernah menggunakan sistem SPATKPM perlu membuat pendaftaran kali pertama (Daftar Pengguna Baru) menggunakan ID pengenalan penjaga.

Murid yang layak mendaftar kemasukan darjah 1 tahun 2020/ 2021

Tahun kemasukan Untuk kanak-kanak berumur
2020 Kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2013 sehingga 1/1/2014
2021 Kanak-kanak yang lahir pada 2/1/2014 sehingga 1/1/2015

Maklumat tambahan

Maklumat berkaitan dengan permohonan kemasukan murid ke tahun satu sekolah rendah kerajaan sesi 2020-2021 pendaftaran secara dalam talian/ atas talian (Online).

Maklumat ini boleh diguna pakai untuk kawasan di seluruh negara Malaysia termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan.

Tarikh permohonan pendaftaran darjah 1 ambilan sesi 2020-2021 MOE Malaysia

Dibuka: 1 Mac 2019

Ditutup: 30 April 2019

Pendaftaran lewat

Dibuka: 1 Mei 2019

Ditutup: 25 Disember 2019

Bagi anda yang lewat daftar kelahiran dan gagal melakukan pendaftaran secara online, anda boleh daftar secara manual di PPD selepas 15 Disember 2019 dengan mengisi borang ASBS

Bagi murid yang ingin permohonan tahun 1 sesi 2020 tetapi tidak mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan, sila daftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2019.

Permohonan pendaftaran kemasukan 

Cara membuat permohonan pendaftaran kemasukan pelajar tahun satu (1) sekolah rendah sesi ambilan 2020-2021

KPM 1

 

  • Skrol ke bawah dan anda akan lihat menu e-Perkhidmatan. Klik pada butang “Sepanjang masa”

KPM 2

 

  • Skrol ke bawah sehingga anda lihat “Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)”

KPM 3

 

  • Klik pada pautan yang terdapat di bawah. Anda akan dibawa ke laman yang kelihatan seperti di bawah.

 

KPM 4

  • Pada bahagian yang bertulis “Daftar masuk”, klik pada pengguna baru.
  • Terdapat dua bahagian iaitu Maklumat Diri dan Maklumat Akaun, Isikan semua butiran yang bertanda *

Butiran yang diminta dalam bahagian maklumat diri:

  1. Nama Penuh
  2. MyKad (Masukkan tanpa tanda “-“) Nombor MyKad digunakan sebagai nombor ID pengguna
  3. Telefon Bimbit (Masukkan tanpa “-“)
  4. Email

Butiran yang diminta dalam bahagian maklumat akaun

  1. Kata laluan (Masukkan 8 hingga 12 aksara gabungan aksara yang terdiri daripada huruf dan nombor sahaja, sekurang-kurangnya satu huruf besar) (contoh: P3nd1d1kan) Penggunaan aksara simbol khas adalah tidak dibenarkan (Contoh %, &, @ dll).
  2. Sahkan kata laluan
  3. Soalan keselamatan
  4. Masukkan jawapan soalan keselamatan
  5. Pengesahan kod (Masukkan aksara yang ditunjukkan)

Soalan keselamatan

Untuk bahagian soalan keselamatan, sila pilih sama ada:

  1. Apakah warna kegemaran anda?
  2. Siapakah nama ibu anda?
  3. Apakah makanan kegemaran anda?

 

KPM 5

KPM 6

  • Setelah selesai mengisi segala butiran yang diminta, klik butang “Daftar”
  • Selepas anda selesai membuat pendaftaran, maka anda mempunyai akses sepenuhnya ke dalam aplikasi SPATKPM.
  • Mulakan permohonan pendaftaran kemasukan ke tahun 1 sekolah rendah.

Borang permohonan

Maklumat yang perlu diisi dalam borang permohonan pendaftaran

Terdapat 3 bahagian maklumat yang perlu diisi dalam borang permohonan tersebut ialah:

  1. Maklumat prasekolah/ tadika/ tabika
  2. Profil kesihatan
  3. Rekod imunisasi kanak-kanak

Penafian

Kementerian Pendidikan Malaysia tidak bertanggungjawab kepada sebarang masalah yang timbul akibat pencerobohan pengenalan identiti pengguna dan kecuaian disebabkan oleh pihak pengguna.

Pengguna aplikasi bertanggungjawab sepenuhnya terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang ditambah atau dikemaskini oleh pengguna.

Cetak borang dan hantar dokumen

Ibu bapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) boleh mencetak bukti permohonan online tersebut.

Cetakan bukti ini perlu dibawa bersama ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitiu 1 Mac 2019 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.

Sila bawa bersama dokumen berkaitan/ dokumen yang mana berkenaan yang diperlukan berdasarkan kehendak pentadbiran sekolah negeri yang dipohon seperti di bawah:

  1. Sijil lahir anak (asal dan 1 salinan)
  2. Kad Pengenalan ibu bapa/ penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-da ibu bapa)
  3. Surat nikah/ surat cerai (asal dan 1 salinan)
  4. Bukti alamat tinggal (Salinan bl elektrik/ bil air/ cukai pintu/ perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini)- sah laku sehingga anak tuan/ puan masuk tahun 1)
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (Saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan doctor dank ad OKU (Jika berkenaan)
  7. Cetakan borang permohonan online
  8. Borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi

Rujuk dengan bahagian pengurusan sekolah yang dipohon tentang maklumat lanjut dan dokumen khas lain yang diperlukan kerana dokumen yang disenaraikan di atas adalah dokumen umum yang diperlukan.

Tarikh penting yang perlu diambil perhatian

Bil. Aktiviti Tarikh
1. Tarikh surat penempatan 1 Ogos 2019
2. Tarikh rayuan dibuka dan ditutup 1 – 31 Ogos 2019
3. Tarikh mula dan tamat pengesahan penempatan 1 Ogos hingga 30 September 2019
4. Tarikh keputusan rayuan 1 Oktober 2019

Semakan keputusan permohonan pendaftaran

Cara membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran murid tahun 1 Online 2020—2021

Semakan keputusan permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online)

  • Layari laman SPATKPM

Laman web: https://public.moe.gov.my/

  • Log masuk dengan mengisi No. Kad Pengenalan dan kata laluan.
  • Setelah log masuk, klik pada tahun 1
  • Klik semak permohonan

Lupa kata laluan

  • Pada bahagian yang bertulis “Daftar masuk”, klik pada butang lupa kata laluan.
  • Isikan No. MyKad dan lakukan pengesahan kod dengan memasukkan aksara yang ditunjukkan.
  • Klik mohon kata laluan.

Soalan Lazim SPATKPM

1.   Mengapakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan?
Memudahkan permohonan ke tahun 1 dan sekolah kawalan tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2.   Bagaimanakah Sistem Pendaftaran Atas Talian ini berfungsi?
Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1 dan ke sekolah kawalan.
3.   Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
Ibu bapa dan penjaga.
4.   Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Rujukan: Manual Pengguna.
5.   Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan ID Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan ID tersebut.
6.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/ID Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATALALUAN.
Mohon semak Email (berdasarkan email yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)
7.   Bagaimanakah jika Email yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN?
E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek email: Email tidak sah untuk fungsi kata laluan)
8.   Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari ID Pengguna?
Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.

Hubungi SPATKPM

 

KPM 7

 

Alamat:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 Putrajaya

Unit ICT

Email:

daftartahun1@moe.gov.my

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *