Select Page

Penyata Gaji: Cara Semakan Slip Gaji Online (2019)

Apakah e-Penyata gaji?

Slip Gaji Online atau lebih dikenali sebagai e-Penyata gaji merupakan satu kemudahan untuk menyemak slip gaji yang disediakan secara atas talian atau online. e-Penyata gaji ialah sistem semakan yang percuma dan disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akaun Negara Malaysia (JANM).

e-Penyata gaji memberi akses kepada penyata gaji kakitangan kerajaan berperingkat Persekutuan seperti:

  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Pelajaran
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesihatan

Jabatan atau Kementerian seumpamanya

Faedah e-Penyata Gaji

Dengan adanya sistem semakan e-Penyata Gaji ini, slip gaji kakitangan awam (gaji bulanan) dapat diakses pada bulan semasa lebih awal daripada gaji dimasukkan ke dalam akaun. Hal ini membolehkan para kakitangan awam membuat perancangan kewangan dengan lebih awal.

e-Penyata Gaji juga boleh digunakan walau di mana jua menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar secara atas talian pada bila-bila masa dengan syarat rangkaian internet dibekalkan.

Cetakan slip penyata gaji ini juga boleh dilakukan, tidak perlu lagi ke pejabat untuk memintanya daripada kerani.

Kaedah semakan online ini lebih mudah dan cepat beranding kaedah lama iaitu slip gaji cetakan kertas (hardcopy) yang perlu diagih secara manual sebulan sekali.

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan juga menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan juga disimpan dalam sistem ini namun hanya bagi tempoh 18 bulan untuk Penyata Gaji Bulanan dan tempoh 7 tahun terkini bagi maklumat Penyata Pendapatan Tahunan.

Selepas tempoh yang dinyatakan di atas, maklumat gaji akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem.

Jadual Gaji 2019

Berikut adalah jadual gaji / tarikh pembayaran gaji sepanjang tahun 2019 (mengikut bulan). Untuk makluman, Kerajaan telah mengeluarkan pekeliling untuk memaklumkan pembayaran gaji bulanan 2019.

  • 24 Januari – Khamis
  • 25 Februari – Isnin (5&6 Feb Tahun Baru Cina)
  • 25 Mac – Isnin
  • 25 April – Khamis
  • 23 Mei – Khamis
  • 25 Jun – Selasa (5&6 Jun Hari Raya Puasa)
  • 25 Julai – Khamis
  • 22 Ogos – Khamis (11 Ogos Hari Raya Haji)
  • 25 September – Rabu
  • 17 Oktober – Khamis (27 Oktober Deepavali)
  • 25 November – Isnin
  • 18 Disember – Rabu (25 Disember Krismas)

e-Penyata gaji harus menunjukkan:

Jumlah pendapatan- bayaran penuh dari Gaji Pokok, Elaun Tetap atau sementara dan bayaran Tunggakan Gaji sebelum apa-apa ukai atau insurans yang telah dicajkan ke dalam penyata.

Jumlah potongan- amaun potongan dari Cukai Pendapatan, Biro Angkasa, Insurans dan bayaran Insurans Perumahan Kerajaan atau bank dalam penyata yang berubah dari awal bulan ke akhir bulan

Potongan Tetap- potongan yang tidak berubah dari awal bulan ke akhir bulan dalam e-Penyata Gaji.

Pendapatan bersih- jumlah pendapatan selepas tolakan dari jumlah potongan yang sedia ada

Laporan pendapatan tahunan

Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan juga menyediakan laporan pendapatan tahunan. Penyata gaji dan laporan pendapatan tahunan boleh diakses, dicetak atau dimuat turun (download) pada bila-bila masa.

Cara buat semakan

  • Pengguna baru? Anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum dapat mengakses sistem aplikasi semakan e-Penyata gaji. Penjelasan tentang cara mendaftar akan dijelaskan di bawah.

Sebelum mendaftar

Sila pastikan anda telah menyediakan beberapa maklumat penting seperti berikut:

  • -No.Kad Pengenalan
  • No.Gaji (Boleh dipohon di Unit Gaji tempat anda bertugas)
  • Alamat e-mel yang sah dan betul

Mohon dengan menggunakan e-mel jabatan bagi tujuan berurusan dengan unit e-Penyata Gaji supaya maklum balas daripada pihak mereka tidak disalah guna oleh pihak ketiga.

Pendaftaran

Laman web: http://www.anm.gov.my/index.html

  • Berikut merupakan paparan laman web di atas

gaji 1

  • Klik butang “sistem e-Penyata Gaji dan laporan” Paparan berikut akan dilihat

gaji 2

  • Klik “Pertama kali mendaftar” Skrin computer akan menunjukkan paparan seperti di bawah

gaji 3

  • Isikan maklumat yang diminta pada tempat kosong yang disediakan. Yang bertanda * wajib diisi.
  • Pendaftaran yang berjaya bergantung kepada kemasukan maklumat seperti No.Kad Pengenalan/No.Pasport/Kod pengenalan Lain dan No.Gaji yang disahkan sahih oleh sistem.
  • Klik butang “ok” setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan. Skrin berikut akan dipaparkan.gaji 4

Setelah mendaftar (Semak penyata gaji)

  • Klik “Daftar masuk” untuk login ke sistem e-Penyata Gaji.
  • Login dengan mengisi maklumat yang diminta iaitu nombor kad pengenalan dan kata laluan.
  • Pilih slip gaji yang mahu dimuat turun megikut bulan yang diingini untuk dicetak.
  • Setelah selesai mengisi, klik butang “Daftar masuk”
  • Setelah berjaya paparan berikut akan dilihat

gaji 5

Cara memuat turun penyata pendapatan

  • Selepas login masuk ke sistem tersebut, pada paparan seperti berikut, klik submenu “Sendiri” untuk download penyata gaji masing-masing.

gaji 5

  • Untuk memuat turun penyata gaji bulanan, sila pilih Penyata Gaji > Sendiri. Kemudian pilih Tahun dan Bulan dan klik butang”Cari”.

Jadual Gaji akan dipaparkan sekiranya penyata gaji bagi bulan dan tahun yang dinyatakan dalam pilihan carian telah dimuat naik dalam sistem.

  • Klik pada pilihan yang tertera dalam jadual untuk memaparkan maklumat gaji.
  • Kemudian anda boleh cetak atau simpan penyata tersebut dalam komputer anda.
  • Untuk memuat turun Penyata Pendapatan Tahunan, klik pada submenu ”Sendiri” di bawah menu ”Penyata Pendapatan Tahunan”. Skrin seperti berikut akan dipaparkan

gaji 6

Lupa kata laluan

Sekiranya anda terlupa kata laluan sistem e-Penyata Gaji, sila klik butang “sistem e-Penyata Gaji dan laporan pada laman utama laman web http://www.anm.gov.my/index.html seperti yang anda lakukan untuk membuuat pendaftaran.

  • Sebelah butang “Daftar pengguna baru terdapat butang “lupa kata laluan” Klik butang tersebut.

gaji 2

  • Selepas mengaksesnya anda perlu mengisi No.KP/No.Pasport dan No.Gaji
  • Klik seterusnya
  • Anda akan dikemuka pilihan soalan yang telah dimasukkan semasa pendaftaran e-Penyata Gaji pada kali pertama.
  • Jika soalan yang dikemukakan dijawab dengan tepat, kata laluan e-Penyata Gaji akan dinyatakan untuk diakses semula ke dalam sistem.
  • Sekiranya anda terlupa jawapan, sila klik “Daftar semula” untuk pendaftaran semula, sekiranya No.Gaji dan Kad Pengenalan masih sah dalam sistem e-Penyata, Pendaftaran semula akan berjaya untuk akses semula ke sistem e-Penyata.

Bahagian e-mel dan nombor telefon sangat penting untuk dikemaskini supaya sistem boleh menghantar kata laluan baru sekiranya terlupa kata laluan

Pentingnya Slip Penyata Gaji

Setiap majikan wajib menyediakan slip penyata gaji kepada pekerja setiap bulan.

Ini bagi memudahkan pekerja menyemak segala butiran gaji termasuk caruman seperti KWSP, SOCSO dan elaun.

Penyata ini juga akan digunakan oleh pihak bank sama ada untuk meluluskan pinjaman anda atau sebaliknya. Jadi pastikan setiap bulan anda mendapat slip gaji dan menyimpannya di tempat yang selamat.

Proses Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Pembayaran gaji perlu dilakukan mengikut jadual tarikh gaji 2019 yang telah diputuskan oleh JANM

Pembayaran gaji adalah melalui sistem gaji berkomputer

Pusat Tanggungjawab (PTJ) merupakan pihak yang menguruskan hal-hal berkaitan pembayaran gaji tersebut. Antara tugas mereka ialah:

  • Log in Borang Perubahan Gaji (Kew.320) yang diterima daripada Pusat Gaji beserta dokumen sokongan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) bagi mengelakkan sebarang kelewatan
  • Memastikan Borang Perubahan Gaji (Kew.320) berkaitan kes kemasukan pegawai yang diterima lewat daripada tarikh gaji yang ditetapkan oleh Pejabat Perakaunan (PP) dikemaskini dan diproses secara berasingan (late cycle) untuk membolehkan bayaran dibuat selewat-lewatnya pada hari akhir bekerja bulan tersebut.
  • Menyemak maklumat dalam Fail Induk Gaji sebaik sahaja e-Penyata Gaji & Laporan yang berkenaan dapat dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) (www.anm.gov.my) dan mengambil tindakan serta merta untuk membuat pelarasan dan pembetulan jika perlu.

Kesilapan yang perlu dibetulkan dalam Fail Induk Gaji adalah seperti berikut:

  1. Butiran peribadi
  2. Nombor akaun bank
  3. Nombor rujukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  4. Nombor rujukan Cukai Pendapatan
  5. Nombor rujukan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan sebagainya
  • Memastikan semua arahan bagi potongan gaji adalah lengkap dan tepat dengan nama, nombor kad pengenalan baharu dan nombor rujukan potongan.

Perlu diingatkan bahawa kesilapan dan kegagalan dalam pemberian maklumat tersebut mengakibatkan :

  • Potongan gaji tidak dapat dikreditkan ke akaun yang betul
  • Kelewatan semasa penyediaan kertas pencen penjawat awam

Soalan Lazim

Soalan : Mengapa saya hanya boleh melihat menu/penyata gaji sendiri sahaja sedangkan sebelum ini saya boleh melihat menu/penyata gaji/laporan untuk PTJ saya?

Jawapan : Ini disebabkan capaian sebagai Pentadbir eSPGL di PTJ anda telah tamat tempoh. Capaian akan tamat secara automatik sekiranya tidak diperbaharui dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran.

Penyelesaian: Anda perlu mengemukakan semula Borang SP/ANM/3/2010/01 iaitu Borang Permohonan Akses/Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan beserta surat iringan ke JANM Melaka untuk tindakan selanjutnya. Borang juga boleh diperolehi di laman www.anm.gov.my , klik pada menu Muat Turun –> Borang-borang.

Prosedur e-Penyata Gaji dan e-Laporan

Prosedur ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan.

Cara mendapatkan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 16 Tahun 2014 Pengurusan Pembayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan.

  • Layari portal rasmi JPANM http://www.anm.gov.my/index.php
  • Skrol ke bawah sehingga anda melihat tajuk utama “Artikel popular”
  • Terdapat beberapa sub menu bawah tajuk tersebut, klik pada “Pekeliling”
  • Senarai tahun akan dilihat, klik pada tahun 2014
  • Skrol ke bawah sehingga anda lihat SPANM Bil 16/2014
  • Klik muat turun dan baca bersama prosedur ini.

Tujuan

Prosedur ini bertujuan untuk:

  • Memaklumkan panduan menggunakan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)
  • Menerangkan peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ) untuk mencetak atau memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan dari Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) di Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  • Menerangkan tempoh penyimpanan maklumat di Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)
  • Menjelaskan kerahsiaan maklumat di Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL)

Pelaksanaan

  • Peranan Pusat Tanggungjawab (PTJ)
  1. Ketua PTJ perlu melantik pegawai di PTJ untuk mencetak atau memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan melalui Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).
  2. Pegawai yang dilantik perlu memuat turun Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan melalui Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) dan menyimpannya untuk salinan pejabat secara bercetak atau softcopy.
  3. Pegawai yang dilantik atau dibatal autoritinya perlu mengemukakan permohonan kepada Pejabat Perakaunan masing-masing bagi mendapatkan/ membatalkan akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).
  4. Permohonan perlu dibuat melalui Borang SP/ANM/3/2010/01 – Borang Permohonan Akses/ Pembatalan Akses Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan dalam Menu Muat Turun Borang-borang di Portal JANM.
  5. Tatacara Penggunaan Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL) boleh dimuat turun di di Portal JANM.
  6. Pegawai yang dilantik perlu memperbaharui tempoh sah peranan setiap 3 bulan sekali.
  7. Menghubungi Pentadbir Sistem Pejabat Perakaunan jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai Sistem ePenyata Gaji dan eLaporan (eSPGL).
  • Pengguna boleh memuat turun dokumen daripada eSPGL dalam tempoh berikut:
  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan
  3. 4 bulan terkini bagi Laporan Bulanan Pejabat Perakaunan
  • Setiap pengguna yang berdaftar hendaklah memastikan maklumat peribadi tidak disalahguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

JANM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang manipulasi ke atas maklumat yang dimuat turun.

Kesahihan maklumat di Penyata Gaji Bulanan dan Penyata Pendapatan Tahunan adalah bawah tanggungjawab Pegawai Pengawal atau Ketua Jabatan

Pusat Tanggungjawab dan Pejabat Perakaunan hendaklah memastikan arahan ini dipatuhi.

Hubungi JANM

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)

Aras 1-8, Kompleks Kementerian Kewangan

No.1, Persiaran Perdana, Presint 2

62594 Putrajaya

+603-8882 1000

+603-8889 5821

Alamat e-mel

maklumbalas[@]anm[dot]gov[dot]my

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *