Select Page

Permohonan MRSM Tingkatan 1&4 Secara Online 2019

Pengenalan

Maktab Rendah Sains MARA atau MRSM merupakan sejenis sekolah berasrama penuh yang dibina oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat Bil. 20 Tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam kedua-dua bidang latihan dan pendidikan.

MARA merupakan badan berkanun yang mempunyai sistem kewangan tersendiri bagi membantu menjayakan pendidikan dan pembangunan usahawan dalam kalangan bumiputera.

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) merupakan satu institusi pendidikan yang menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu, teknologi dan nilai-nilai keusahawanan bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Sistem pengambilan pelajar MARA ini memberi keutamaan kepada pemohon daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

Mata pelajaran yang ditawarkan

Sebelum pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), MARA menggunakan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran seperti di bawah:

Tingkatan 1-3 Tingkatan 4-5
Bahasa Melayu Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
Ugama Ugama
Ilmu Alam Ilmu Alam
Hisab Moden Hisab Moden
Sains Panduan Sains Panduan
Kreativiti Fizik
Muzik Kimia
Pendidikan Jasmani Kajihayat
Sivik Perdagangan
Pendidikan Jasmani
Sivik

 

Kekeliruan MRSM Bitara dan MRSM PKP

Terdapat pelbagai kekeliruan yang timbul berkaitan dengan status MRSM Bitara dan MRSM PKP, antaranya ialah:

  • MRSM Bitara terdiri daripada Tun Ghafar Baba, Taiping dan Pengkalan Chepa. Untuk mendapat taraf Bitara, sekolah tersebut perlu berada dalam kedudukan 3 sekolah terbaik SPM untuk MRSM selama 3 tahun berturut-turut.
  • Bitara merupakan Program Khas Pendidikan Tingkatan 4 dan 5 sahaja.
  • Terdapat 6 Bitara iaitu Tun Ghafar Baba, Taiping, TDI, Kuantan, Pengkalan Chepa dan Langkawi.
  • MRSM Bitara- Tun Ghafar Baba, Taiping, Pengkalan Chepa
  • MRSM PKP- Kuantan, Langkawi, TDI, Tun Ghafar Baba dan Taiping
  • PKP merupakan MRSM yang mendapat “top 5 SPM” bagi setiap tahun.

Anda diingatkan bahawa kesemua maklumat di atas adalah tidak benar dan hanya merupakan tanggapan salah orang ramai hasil daripada kekeliruan mereka.

Maksud sebenar MRSM Bitara dan MRSM PKP (Program Khas Pendidikan)

MRSM Bitara merupakan MRSM yang menjalankan program School Enrichment Model (SEM) yang diperkenalkan oleh Joseph Renzulli (1988) supaya selari dengan keperluan sistem pendidikan Malaysia yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.

Pengenalan konsep MRSM Bitara ini erupakan satu gerak usaha untuk mempertingkatkan keberkesanan dan produktiviti MRSM sebagai pusat pembangunan insan dan sumber manusia bumiputera yang unggul dan berbeza.

MRSM PKP merupakan MRSM yang menjalankan Program Khas Pendidikan.

MRSM lain yang terdapat dalam sistem pendidikan MARA dikenali sebagai MRSM Bukan Bitara (MRSM BB).

Hanya 3 MRSM yang terpilih untuk menjadi MRM Bitara/ PKP iaitu:

  • Tun Ghafar Baba
  • Taiping
  • Pengkalan Chepa

Sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM

Terdapat enam (8) jenis sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM. Namun begitu, setiap institusi MRSM hanya menjalankan satu program sahaja.

Setakat tahun 2017, sistem pendidikan yang ditawarkan oleh MRSM terdiri daripada:

  • Pendidikan biasa
  • IGCSE
  • Ulul Albab
  • International Baccalaureate Middle Years Program (IBMYP)
  • Teknikal
  • Sains Keusahawanan
  • MRSM ATM
  • MRSM PDRM

Program Sains Keusahawanan merupakan sistem pendidikan terbaru yang ditawarkan oleh MRSM. MRSM Imtiaz YT Ketengah merupakan perintis untuk program ini.

Bagi program teknikal pula, hanya MRSM Bentong yang menawarkan program ini.

Pendidikan biasa

Bagi institusi MRSM yang tidak menjalankan program khusus, pelajar ditawarkan dengan pendidikan biasa. Program biasa ini menggunakan kurikulum piawai yang digunakan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, KBSM) serta kurikulum khas yang dibentuk MARA.

Ianya terdiri daripada dua fasa iaitu peringkat menengah rendah (tingkatan 1-3) dan menengah atas (tingkatan 4-5). Setiap fasa dipecahkan lagi kepada beberapa subjek iaitu subjek teras dan subjek khas.

Subjek teras merupakan yang wajib diambil dalam peperiksaan utama manakala subjek khas ialah kurikulum khas di bawah program SPMRSM.

Pelajar juga ditawarkan dengan pelbagai pilihan badan beruniform, persatuan atau kelab dan sukan/ permainan di bawah program ko-kurikulum.

Di bawah kurikulum khas MARA, pelajar didedahkan kepada beberapa aktiviti berteraskan pembelajaran dan daya kreativiti seperti Minggu Kerjaya, Tunas Saintis dan Olympiad Matematik.

Tingkatan Semester Kurikulum KBSM Peperiksaan
Tingkatan 1 Semester 1 KBSM (menengah rendah)
Semester 2
Tingkatan 2 Semester 1
Semester 2
Tingkatan 3 Semester 1
Semester 2 Ujian PT3
Tingkatan 4 Semester 1 KBSM (menengah atas)
Semester 2
Tingkatan 5 Semester 1 Peperiksaan Percubaan SPM MRSM
Semester 2 Peperiksaan SPM

MRSM yang menawarkan program ini adalah:

  1. Arau, Perlis
  2. Beseri, Perlis
  3. Merbok, Kedah
  4. Pendang, Kedah
  5. Transkiran, Nibong Tebal, Pulau Pinang
  6. Felda, Trolak Perak
  7. Lenggong, Perak
  8. Gerik, Perak
  9. Pasir Salak, Perak
  10. Pengkalan Hulu, Perak
  11. Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, Perak
  12. Jeli, Kelantan
  13. Kuala Krai, Kelantan
  14. Pasir Tumboh, Kelantan
  15. Kuala Berang, Terengganu
  16. Kuala Terengganu, Terengganu
  17. Muadzam Shah, Pahang
  18. Tun Chazali Shafie, Kuala Lipis, Pahang
  19. Mersing, Johor
  20. Muar, Johor
  21. Kota Kinabalu, Sabah
  22. Mukah, Sarawak
  23. Betong, Sarawak

IGCSE

Sistem pendidikan IGCSE merupakan sistem pendidikan dwi-sijil yang diperkenalkan oleh MARA. IGCSE mula diperkenalkan pada sekitar tahun 2011, dan MRSM Tun Abdul Razak dijadikan MRSM perintis program ini.

Menerusi program ini, pelajar ditawarkan dengan dua sijil pendidikan pra-universiti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sijil Pelajaran Malaysia dan Cambridge IGCSE (International General Certificate of Secondary Education).

Setakat tahun 2017, terdapat 15 buah MRSM yang menawarkan program ini sesuai dengan matlamat MARA yang menyasarkan 45 buah MRSM di seluruh Malaysia bakal melaksanakan program ini.

Dalam program IGCSE, pelajar akan mempelajari dua jenis kurikulum iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan kurikulum Cambridge Antarabangsa.

KBSM ini merupakan kurikulum piawai untuk pendidikan menengah di Malaysia. Pelajar akan mengambil empat jenis peperiksaan iaitu:

  • Peperiksaan Cambridge checkpoint
  • Peperiksaan PT3
  • Peperiksaan IGCSE
  • Peperiksaan SPM

Secara umumnya, pelajar yang mengambil program IGCSE akan melalui fasa pendidikan seperti berikut:

Tingkatan Semester Kurikulum IGCSE Kurikulum KBSM Peperiksaan
Tingkatan 1 Semester 1 Silibus Menengah Rendah Cambridge KBSM
Semester 2
Tingkatan 2 Semester 1
Semester 2 IGCSE Checkpoint
Tingkatan 3 Semester 1
Semester 2 Ujian PT3
Tingkatan 4 Semester 1 Silibus IGCSE KBSM
Semester 2 Peperiksaan IGCSE
Tingkatan 5 Semester 1
Semester 2 Peperiksaan SPM

Bagi pelajar MRSM-IGCSE, mereka mempunyai kelebihan untuk mengambil peperiksaan IGCSE pada akhir Tingkatan 4 dan peperiksaan SPM ketika di Tingkatan 5.

Sijil IGCSE boleh digunakan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi seperti A-level di United Kingdom atas tajaan sendiri

Program SPMRSM Cambridge IGCSE ada ditawarkan di MRSM berikut:

  1. Alor Gajah, Melaka
  2. Baling, Kedah
  3. Batu Pahat, Johor
  4. Johor Bahru, Johor
  5. Kuala Klawang, Negeri Sembilan
  6. Kuala Kubu Bharu, Selangor
  7. Kubang Pasu, Kedah
  8. Parit, Perak
  9. Serting, Negeri Sembilan
  10. Tumpat, Kelantan
  11. Tun Abdul Razak, Pahang
  12. Kuantan, Pahang
  13. Langkawi, Kedah
  14. Tun Mustapha, Tawau, Sabah
  15. Kuching, Sarawak

Ulul Albab

Sistem pendidikan Ulul Albab (atau dikenali sebagai SPMRSM Ulul Albab) merupakan sistem pendidikan yang berteraskan kepada pengajian Islam.

Pengenalan sistem pendidikan berteraskan Islam ini merupakan benak fikiran daripada Datuk Seri Idris bin Jusoh.

Pada tahun 2009, MRSM Kota Putra telah dipilih sebagai SPMRSM Ulul Albab yang pertama, diikuti dengan MRSM Gemencheh pada tahun 2010, MRSM Kepala Batas pada tahun 2011 dan MRSM Sungai Besar pada tahun 2016.

Menerusi program ini, pelajar akan didedahkan kepada kurikulum sedia ada yang digunakan dalam pendidikan biasa bersama dengan beberapa subjek yang berkaitan dengan pengajian Islam.

Menerusi program Ulul Albab, terdapat tiga ciri utama yang akan dipupuk iaitu:

Quranik
Pelajar mampu menghafal Al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa tiga tahun serta memahami isi kandungannya.

Ensiklopedik
Pelajar mampu berkomunikasi dalam beberapa bahasa asing yang lain seperti Bahasa MandarinBahasa Arab dan Bahasa Jepun

Ijtihadik
Pelajar mampu memberikan pandangan dan buah fikiran dalam menjawab persoalan-persoalan ummah serta berfikiran kreatif.

Kini, perancangan sedang dibuat oleh pihak MARA perancangan untuk membuka beberapa lagi MRSM Ulul Albab yang baru.

Program SPMRSM Ulul Albab ada ditawarkan di MRSM seperti di bawah:

  1. Gemenceh, Negeri Sembilan
  2. Kepala Batas, Pulau Pinang
  3. Kota Putra, Besut, Terengganu
  4. Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor
  5. Semporna, Sabah

MRSM Teknikal

Dalam bengkel Rancangan Malaysia ke-1 (MARA), MARA telah dicadangkan untuk mengambil langkah memperkenalkan subjek teknikal di MRSM sebagai salah satu inisiatif baru.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Menengah MARA (BPM) telah menyediakan satu kurikulum teknikal yang selari dengan program pendidikan menengah yang berkualiti kepada pelajar MRSM.

Dalam usaha untuk merealisasikan program ini, MRSM Bentong telah dipilih sebagai MRSM Teknikal pertama. MRSM Bentong akan dijadikan Pusat Pembelajaran Teknikal dan Robotik MRSM dengan mengaplikasikan modul Sains Kejuruteraan seawal Tingkatan 1 di samping penggunaan peralatan makmal yang canggih.

Kurikulum

Kurikulum asas Menengah rendah dan menengah atas adalah seperti MRSM lain, cuma terdapat tambahan subjek bagi MRSM Teknikal iaitu:

  1. Menengah Rendah:
  • Sains Kejuruteraan

Modul pengajiannya lebih kepada penerokaan teknikal dari segi minat, asas kemahiran, kerja tangan dan budaya.

Pendedahan awal pada bidang robotik, pengaturcaraan komputer dan teknikal diberikan.

  1. Menengah Atas :
  • Lukisan Kejuruteraan– diwajibkan (modul asas & autocad)
  • Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik atau Kejuruteraan Mekanikal– Pilihan pelajar.

Anda dimaklumkan bahawa Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar bagi subjek teknikal, sains dan matematik.

Pelajar juga dikehendaki untuk menguasai satu bahasa asing. (Pilihan bahasa bergantung kepada tenaga pengajar).

Program ini hanya ditawarkan di MRSM Bentong.

MRSM IB MYP

SPMRSM MYP adalah sistem pendidikan MRSM yang menawarkan Program Pertengahan Tahun disediakan oleh Pendidikan Baccalaureate Antarabangsa (IB education).

SPMRSM MYP berjalan dalam program sekolah selama lima tahun. Middle Years Programme (MYP) menyediakan rangka kerja pembelajaran yang menggalakkan pelajar untuk menjadi kreatif, kritikal dan pemikiran yang reflektif.

MYP adalah cukup fleksibel untuk menampung keperluan kurikulum luar negara atau tempatan.

Program SPMRSM MYP ditawarkan di MRSM:

  1. Balik Pulau, Pulau Pinang
  2. Tun Dr Ismail, Pontian
  3. Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan, Sabah

MRSM Sains Keusahawanan

SPMRSM Sains Keusahawanan menerapkan elemen keusahawanan melalui subjek prinsip perakaunan dan ekonomi.

Sehubungan dengan itu,MRSM Imtiaz YT KETENGAH telah dipilih sebagai MRSM Keusahawanan yang pertama.

MRSM ini juga merupakan hasil kerjasama antara kerajaan negeri Terengganu di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Yayasan Terengganu (YT) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia di bawah agensi MARA.

MRSM ini juga merupakan satu-satunya MRSM yang mempunyai tiga sijil yang akan diberi kepada pelajar selepas tamat pengajian tingkatan 5.

Sijilnya adalah:

  • Sijil Pelajaran Malaysia
  • Penilaian Maktab Rendah Sains Mara
  • Sijil Keusahawanan

Kurikulum

Kurikulum asas menengah atas adalah seperti MRSM lain, hanya terdapat tambahan subjek bagi MRSM Keusahawanan iaitu:

  1. Menengah Atas:
  • Ekonomi– diwajibkan ambil.
  • Prinsip Perakaunan– diwajibkan ambil.

Di sini juga Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar bagi subjek keusahawanan,sains dan matematik.

Para pelajar juga akan mempelajari modul keusahawanan yang mengandungi elemen-elemen yang mampu menerapkan sifat-sifat keusahawanan.

MRSM ATM

Kurikulum Sistem Pendidikan MRSM dan nilai kepimpinan melalui aktiviti adan beruniform PKBM ditawarkan.

Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas ketenteraan  dilaksanakan.

Pelajar wajib mengikuti badan beruniform Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)

Pelajar yang memilih MRSM ATM perlu memahami senarai perkara di bawah iaitu:

  • Program Premier sahaja yang ditawarkan dalam MRSM ATM
  • Pelajar wajib menghabiskan pengajian MRSM ATM bermula daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
  • Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM ATM

Lokasi yang ditawarkan adalah MRSM ATM Terendak Melaka.

MRSM PDRM

Kurikulum Sistem Pendidikan MRSM dan nikai kepimpinan melalui aktiviti badan beruniform seperti di MRSM ATM ditawarkan.

Namun di MRSM PDRM, aktiviti badan beruniform yang ditawarkan ialah Kor Kadet Polis.

Penerapan disiplin dan etos kepimpinan, pemantapan keyakinan diri dan konsep kendiri serta penerapan nilai asas kepolisan. Pelajar di MRSM PDRM wajib mengikuti badan beruniform Kor Kadet Polis.

Pelajar yang memilih MRSM PDRM perlu memahami beberapa perkara berikut:

  • MRSM PDRM hanya menawarkan Program Premier sahaja.
  • Pelajar wajib menghabiskan pengajian MRSM PDRM bermula daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
  • Pelajar tidak dibenarkan berpindah ke MRSM lain semasa sedang mengikuti pengajian di MRSM PDRM

Lokasi yang ditawarkan adalah di MRSM PDRM Kulim, Kedah

Maklumat terkini

Permohonan secara online bagi Tingkatan 1 dan 4 dibuka mulai 9 September 2018 hingga 4 Disember 2018

Calon yang berminat dinasihatkan untuk membuat permohonan awal tanpa menunggu keputusan peperiksaan UPSR dan PT3

Pautan berkaitan

Perhatian:

1) Pastikan pelayar web anda tidak membenarkan “pop-up blocker”.

2) Pastikan PC anda dilengkapi dengan PDF. Untuk mendapatkan format PDF, klik pada butang “Klik sini” pada pautan yang disediakan di atas.

3) Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578.

4) Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 6 dan ke atas. Resolusi terbaik 1024 x 768.

Permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2019 secara atas talian (Online)

Umum mengetahui bahawa sebelum membuat sesuatu permohonan, anda perlulah mengetahui syarat-syarat yang dikenakan terlebih dahulu.

Syarat kelayakan menjadi pemohon MRSM Tingkatan 1 dan 4 2019 adalah seperti di bawah:

  • Memiliki sikap diri yang positif
  • Tahap kesihatan yang baik dan mampu menjalani program kecerdasan fizikal
  • Pelajar bersedia untuk tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian dan mematuhi arahan serta peraturan dengan penuh disiplin.
  • Memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Untuk pencapaian tahun akademik sebelumnya, syaratnya ialah:
  1. Memperoleh keputusan 3A 3B (Untuk pelajar di Semenanjung Malaysia) dan 3A 2B 1C (untuk pelajar Sabah dan Sarawak) dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2018.
  2. Pemohon perlu memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains dalam UPSR tahun 2018.
  • Aktif kegiatan kokurikulum dan bersedia mengikuti pelbagai program yang dianjurkan
  • Seperti yang dinyatakan tadi, keutamaan diberikan kepada pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.
  • Sentiasa menjaga nama baik keluarga, MRSM, dan MARA.

Syarat umum permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 4 (Syarat kemasukan MRSM)

Antara syarat umum yang menjadi kriteria lepasan pemohon sebelum membuat permohonan MRSM Tingkatan 1 dan 42019 secara online adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Ibu atau bapa pemohon merupakan warganegara Malaysia
  • Permohonan terbuka kepada calon yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah tahun 2018 yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR), Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pemohon perlu mengisi borang permohonan online
  • Calon sihat tubuh badan, bebas daripada masalah mental, penyakit kronik seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan- epilepsy dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan, membataskan serta menyukarkan pelaksanaan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Pelajar kurang upaya mestilah calon yang boleh bergerak senditi tanpa bantuan orang lain
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM
  • Pemilihan pelajar ke MRSM adalah berdasarkan merit pelajar.
  • MRSM Program SPMRSM Ulul Albab

Cara memohon MRSM Tingkatan 1 dan 4 tahun 2019 Online

  1. Cara mendapatkan kata laluan secara atas talian (online)
  1. Cara mengisi borang permohonan online
  • Selepas mendapat kata laluan, pemohon mestilah mengisi borang permohonan online melalui laman web di atas.

Nota permohonan:

  • Pemohon perlu mengisi nombor telefon bimbit dan emel yang boleh dihubungi untuk memudahkan penyaluran maklumat permohonan.
  • Pelajar perlu memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pemilihan pertama semasa mengisi borang permohonan.
  • Pemohon perlu mengisi semua maklumat di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online dan dicetak.
  • Cetakan permohonan adalah sebagai bukti permohonan telah dilakukan dan boleh digunakan sebagai rujukan masa depan.
  • Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web rasmi MARA. (http://www.mara.gov.my)

Ujian khas mengikut program

  • Pemohon yang memilih program SPMRSM ULUL ALBAB, SPMRSM CAMBRIDGE IGCSE dan SPMRSM TEKNIKAL perlu menduduki Ujian Khas yang telah ditetapkan.
  • Panggilan untuk menduduki Ujian Khas ini akan dimaklumkan melalui emel dan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)
  • Pemohon yang dipanggil untuk menduduki Ujian Khas mestilah membawa cetakan borang permohonan dan dokumen berkaitan yang telah disahkan ke pusat ujian.

Maklumat tambahan

Hanaya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbanagkan. Permohonan yan gtidak dihantar secara online tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon yang berjaya akan dihubungi. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga April 2019, permohonan dianggap tidak berjaya.

Pemohon yang berjaya ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MARA.

Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pendidikan Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.

Keputusan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad. 

Hubungi MRSM

Untuk mendapatkan alamat MRSM yang diingini, sila taip MRSM tersebut dalam aplikasi Google dan alamatnya akan dilihat melalui Google Maps

No. Telefon: 03-26132000 samb 39070, 34494, 34517, 35073, 34578

 

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *