Select Page

Permohonan PTPTN Secara Online 2019 (Cara Memohon)

Pengenalan

Pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menyediakan bantuan kewangan bagi pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke UA, IPTA dan IPTS dengan mewujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya yang lebih dikenali ramai, PTPTN.

PTPTN terletak di bawah naungan Kementerian Pendidikan Malaysia dan ketua eksekutifnya ialah Wan Ahmad Bin Wan Yusoff.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Akta ini telah mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. PTPTN telah mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.

Kini, PTPTN beroperasi di Menara Park, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur

Fungsi PTPTN:

  • Menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman
  • Menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi
  • Melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Visi:

Menjadi institusi peneraju dalam pengurusan dana dan tabung pendidikan tinggi menjelang tahun 2020.

Misi:

Mengurus dana dan tabung pendidikan bagi tujuan pinjaman pendidikan tinggi melalui pengurusan kewangan yang strategik dan inovatif.

Moto:

Dana pendidikan pemangkin pembangunan negara

Objektif:

Memastikan pinjaman yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak Ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Tanggungjawab rakyat

Inisiatif mulia pihak kerajaan ini tidak wajar diambil mudah seperti yang dilakukan o;eh majoriti masyarakat Malaysia. Rakyat kini membuat permohonan pinjaman PTPTN dengan mudah dan tidak fikir walau sesaat tentang pembayaran balik hutang PTPTN.

Masyararkat harus sedar bahawa ia menjadi tanggungjawab kita untuk membayar hutang PTPTN supaya bantuan pinjaman ini turut boleh dinikmati oleh pelajar lain.

Kerajaan tidak memaksa kita membayar balik hutang tersebut sekaligus, hutang ini boleh dibayar secara ansuran semasa membuat pengajian di Menara gading ataupun ketika telah pun mendapat pekerjaan dengan pembayaran gaji tetap selepas habis pengajian.

Kegagalan pelajar untuk membuat pembayaran pinjaman mengikut jadual boleh menyebabkan nama mereka disenarai hitam oleh imigresen ataupun pihak PTPTN dan CCRIS.

Maksud senarai hitam dalam konteks ini ialah rekod buruk pembayaran balik hutang anda akan dipaparkan dalam laporan-laporan tertentu seperti laporan CCRIS yang mengurangkan kredibiliti anda untuk memohon atau menerima pinjaman dari mana-mana pihak.

Kini, dengan adanya rangkaian internet semuanya boleh dilakukan atas talian (online), termasuk permohonan, semakan dan pembayaran PTPTN.

Permohonan pinjaman

Cara permohonan pinjaman pendidikan secara online

  • Pada laman utama portal ini, anda akan lihat menu-menu utama pada bahagian atas. Pilih menu “Pinjaman pendidikan”

ptptn 1

  • Paparan berikut akan dilihat

ptptn 2

  • Jika ini merupakan pinjaman pertama anda, klik pada “Permohonan pinjaman kali pertama”. Skrin komputer akan menunjukkan paparan tersebut.
  • Isikan butiran yang diminta. (Pengisian nombor MyKad adalah tanpa tanda “-”)
  • Setelah selesai, klik “Daftar”
  • Sebagai peminjam kali pertama, anda perlu membeli nombor PIN PTPTN. Maka fasa kedua proses pendaftaran ialah fasa pembayaran.
  • Klik butang “bayar” dan tersukan dengan klik butang “Bayar dengan FPX”
  • Pastikan terima dan simpan resit bayaran tersebut untuk rujukan.
  • Anda akan dibawa terus ke laman web permohonan online.

Maklumat tambahan:

Pembelian nombor PIN PTPTN hanya dikira selesai selepas cetakan resit PTPTN. Pastikan anda habiskan proses pembelian nombor pin ini sehingga cetakan resit.

Kali kedua dan seterusnya membuat pinjaman

  • Pilih menu “Pinjaman pendidikan”
  • Klik pada “Permohonan pinjaman kali kedua dan seterusnya/semakan kelulusan pinjaman”. Paparan di bawah akan dilihat.

ptptn 4

  • Login menggunakan No.Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah anda isikan semasa pertama kali mendaftar.
  • Klik “Log masuk”
  • Pilih menu “Daftar permohonan baru online”
  • Klik butang “Bayar” untuk membuat pembelian PIN PTPTN sama seperti ketika membuat permohonan pinjaman kali pertama.
  • Teruskan dengan klik butang “Bayar dengan FPX”
  • Pastikan anda menerima resit bayaran tersebut untuk rujukan masa depan.
  • Anda akan dibawa terus ke laman web permohonan online.

Maklumat tambahan:

Sama seperti kali pertama, anda perlu pastikan proses pembelian nombor pin ini diselesaikan sehingga cetakan resit PTPTN.

Syarat permohonan pinjaman PTPTN

  • Peminjam mestilah merupakan warganegara Malaysia
  • Umur peminjam tidak melebihi 45 tahun pada tarikh permohonan.
  • Peminjam telah mendapat tawaran ke Universiti Awam/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.
  • Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA / IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan berdaftar dengan PTPTN.
  • Bagi pelajar-pelajar IPTS pula, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih berada dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon.
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan mestilah tidak kurang dari satu (1) tahun.
  • Peminjam telah membuka akaun SSPN-i/ SSPN-i Plus.

Jumlah pinjaman yang diluluskan ditentukan berdasarkan pendapatan isi rumah.

Jika penjaga / ibu bapa pelajar merupakan penerima Bantuan Sara Hidup, maka pelajar tersebut akan mendapat maksimum pinjaman.

Manakala bagi pelajar yang berasal dari keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM8,000 anda layak menerima sebanyak 75% jumlah pinjaman.

Pelajar yang berasal dari keluarga yang berpendapatan melebihi RM8,000 sebulan, hanya layak untuk memohon 50% dari jumlah pinjaman.

Untuk penjelasan lebih, sila rujuk jadual pinjaman di bawah:

ptptn 5

Apa itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) merupakan wang yang berjumlah RM1, 500.00 yang diberi sebagai wang persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

WPP tidak ditawarkan kepada pelajar yang memohon ke IPTS. Pemotongan sebanyak RM500.00 akan dibuat setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN secara automatik setelah pinjaman diluluskan.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti di bawah:

  • Pelajar telah membuat persetujuan untuk menerima WPP
  • Pelajar adalah Warganegara Malaysia
  • Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
  • Pelajar telah ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik.
  • Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

Kaedah Menunaikan WPP

  • Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN.
  • Tempoh sah tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.
  • Tawaran WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
  • Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN
  • MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Semakan tawaran WPP secara online

  • Klik pada menu “Pinjaman”
  • Klik pada “Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)”
  • Klik “Semak dan cetak Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)” untuk membuat semakan tawaran WPP

ptptn 6

  • Masukkan nombor kad pengenalan baru anda pada ruang yang bertulis “Sila masukkan No KP Awam” untuk membuat carian.

ptptn 7

Cara semak kelulusan permohonan PTPTN

  • Layari portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/
  • Pilih menu “Pinjaman pendidikan”
  • Klik pada “Permohonan pinjaman kali kedua dan seterusnya/semakan kelulusan pinjaman”. Paparan di bawah akan dilihat.

ptptn 4

  • Login menggunakan No.Kad Pengenalan dan kata laluan yang telah anda isikan semasa pertama kali mendaftar.
  • Klik “Log masuk”

Paparan status permohonan anda akan ditunjukkan

Satu lagi cara untuk mengetahui sama ada permohonan anda diluluskan adalah dengan membuat semakan WPP.

Jika permohonan pinjaman PTPTN anda telah diluluskan, paparan mesej seperti  ini akan dilihat:

ptptn 10

Jadual semakan penawaran WPP membawa maksud permohonan anda telah diluluskan.

Jika anda menerima mesej “No Kad Pengenalan anda tiada dalam rekod ataupun salah dimasukkan”, kemungkinan rekod belum dikemaskini dalam sistem.

Semakan senarai hitam PTPTN

Sebelum ini, para pelajar yang gagal membayar balik PTPTN mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan akan diletakkan dalam senarai hitam imigresen.

Pelajar tersebut dilarang keluar negara sehingga bayaran balik PTPTN selesai.

Kini, kerajaan telah menetapkan bahawa peraturan di atas tidak lagi dilaksanakan dan semakan senarai hitam PTPTN tidak perlu lagi dilakukan oleh pelajar.

Walaupun tidak lagi dilarang untuk keluar negara, rekod hutang anda akan direkodkan dalam laporan CCRIS. Laporan CCRIS yang buruk akan meningkatkan kemungkinan anda gagal mendapat pinjaman dari mana-mana bak tidak kira awam atau swasta.

Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut:-

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
  • Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi:

Bantuan online di:

http://icare.ptptn.gov.my/eApps/system/index.do

Careline:

03-21933000

Fax:

03-21931263 / 03-21931267

Senarai Cawangan PTPTN:

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan-ptptn

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *