Select Page

Permohonan Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Pengenalan

Apa itu SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia)

Bagi para lepasan ijazah/ setaraf yang menjadi sebahagian daripada golongan teranggur ataupun golongan yang bekerja tidak setaraf dengan kelayakan, ini merupakan berita baik untuk anda.

Skim Latihan 1 Malaysia merupakan program khas untuk meningkatkan tahap keupayaan diri para graduan yang sedang menganggur.

Program ini telah dilancarkan sejak 1 Jun 2011.

Umumnya, kumpulan sasaran program ini merupakan mereka yang berasal dari keluarga yang mempunyai pendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.

Namun, para graduan lepasan ijazah teranggur atau pun yang tidak mendapat pekerjaan setaraf turut dilibatkan dalam program ini.

Visi SL1M:

Memastikan negara mempunyai modal insan yang terlatih, cekap, mampu berdaya saing sebagai peneraju negara pada masa hadapan.

Misi SL1M:

Mengoptimumkan kebolehpasaran graduan demi masa hadapan yang lebih cerah dengan penerapan komponen latihan yang holistik sebelum meneroka alam pekerjaan.

Fungsi SL1M

  • Program ini membantu mereka mengasah ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja sekaligus memberi peluang mereka memperoleh suatu pekerjaan.
  • Peserta program ini akan diberi elaun secara terus oleh syarikat yang melatih seperti program intern yang ditawarkan oleh universiti- universiti di Malaysia pada akhir pengajian ijazah sarjana mereka.
  • Meningkatkan keyakinan para peserta program SL1M
  • Soft skills dan On-The-Job Training menjamin para peserta menguasai kemahiran asas yang diperlukan untuk bahagian mereka sekaligus menjadikan mereka lebih berkelayakan.
  • Pengalaman berharga boleh diperoleh oleh para peserta program ini hasil daripada bekerja di syarikat terkemuka dalam pelbagai sektor yang berlainan.
  • Menjadikan peserta insan yang seimbang dan berpengetahuan.
  • Pihak majikan akan sentiasa memantau perkembangan diri peserta dengan memberi komen dean perhatian kepada mereka.

Melalui SL1M, para peserta tidak akan berasa gugup dan takut untuk melangkah keluar ke alam pekerjaan.

Mereka yang menunjukkan komitmen dan minat yang tinggi mungkin diserap masuk oleh syarikat yang menerima mereka sebagai peserta SL1M sebagai pekerja tetap selepas tamat tempoh program.

Jika bukan senario di atas, rekomendasi yang bernilai kepada syarikat lain yang mempunyai jawatan kosong juga mungkin berlaku, sekaligus menjadi pemangkin para peserta ke alam pekerjaan.

Struktur latihan SL1M

Peserta program ini akan menerima latihan soft-skills dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang terlibat.

Pendedahan suasana kerja sebenar akan mengukuhkan keyakinan diri mereka yang merupakan aset penting untuk menempuh dunia kerjaya pada masa depan.

Tempoh maksimum latihan ialah selam 12 bulan atau pun bergantung kepada keperluan syarikat yang menerima graduan tersebut.

Struktur latihan terbahagi kepada tiga iaitu:

  • Soft Skills Training (Kemahiran Insaniah)

Terbahagi kepada 5 modul wajib dijalani oleh setiap peserta iaitu:

  1. Communication skills (Kemahiran berkomunikasi)
  2. Value Driven Professional (Latihan menjadi profesional yang didorong oleh nilai)
  3. Creative and analytical thinking (Berfikiran kreatif dan analitikal)
  4. Grooming and etiquette (Pembentukan dan pembelajaran etika)
  5. Organizational adaptability (Kebolehan mengadapatasi dalam sesuatu organisasi.
  • On-The-Job Training (Latihan di tempat kerja)

Peserta dilatih dan dibimbing untuk bekerja seperti seorang pekerja tetap dalam syarikat tersebut.

  • Job Exposure (Pendedahan kepada pekerjaan)

Peserta didedahkan kepada pengalaman bekerja sebenar tidak kira dalam organisasi besar atau industri kecil dan sederhana. Syarikat yang menerima peserta SL1M ini bertanggungkawab untuk memberi tunjuk ajar sepanjang proses ini.

Elaun di bawah program SL1M

Program SL1M telah mengambil inisiatif untuk memberi elaun kepada para pesertanya. Secara amnya, elaun sebanyak RM1,500 sebulan ditawarkan.

Namun demikian, untuk seKtor teknikal, elaun yang diberi kepada para peserta dalam bidang teknikal boleh mencecah sehingga RM1,850.

Terdapat juga syarikat yang memberi komisen bersama elaun kepada para peserta berdasarkan prestasi dan pencapaian kerja mereka.

Syarat kemasukan ke SL1M

Antara syarat kemasukan ke program SL1M ialah:

  • Graduan berstatus warganegara Malaysia
  • Minimum berkelulusan ialah Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • Graduan merupakan pelajar lepasan universiti dalam atau luar negara tidak kira yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau tidak
  • Graduan tidak menerima pekerjaan selama 6 bulan memperoleh ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  • Graduan yang bekerja namun gaji atau pekerjaan yang diterima tidak setaraf dengan kelulusan yang diiperoleh
  • Graduan wajib menduduki temuduga program SL1M, ketidakhadiran untuk sesi temu duga akan menyebabkan maklumat peserta terbatal bagi suai padan dengan syarikat.
  • Graduan wajib berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Malaysia

Pendaftaran SL1M

Pendaftaran SL1M (Skim Latihan 1 Malaysia) secara atas talian (Online)

Golongan graduan yang tergolong dalam kumpulan sasaran seperti di atas boleh membuat pendaftaran sebagai peserta SL1M.

  • Layari portal rasmi SL1M

Laman web: https://www.protege.my/

SL1M 1

  • Pada bahagian kanan skrin anda, terdapat menu yang bertulis “Log masuk/ Daftar”
  • Klik pada menu tersebut dan paparan di bawah akan dilihat

SL1M 3

  • Klik pada butang “Daftar sebagai peserta” yang terletak di sebelah butang “Daftar sebagai majikan”

Terdapat juga langkah alternatif yang menjimat sedikit masa anda yang akan dijelaskan di bawah:

  • Lakukan langkah sama seperti tadi untuk layari laman utama portl rasmi SL1M
  • Skrol ke bawah sehingga anda lihat bahagian yang bertulis “Pendaftaran yang mudah”.

SL1M 2

  • Di situ, terdapat butang “Daftar sekarang”. Klik pada butang tersebut untuk mulakan pendaftaran.

Kedua-dua langkah di atas akan menunjukkan paparan yang sama seperti yang ditunjukkan di bawah

SL1M 4

  • Isikan No. Kad Pengenalan, Nama, No. Telefon, Email, Status Pekerjaan.

Untuk status pekerjaan, anda boleh pilih sama ada anda tidak bekerja, bekerja setara kelayakan atau bekerja tidak setara kelayakan.

  • Setelah selesai mengisi butiran yang diminta, klik butang “Seterusnya”
  • Beikutan daripada langkah di atas, teruskan langkah seperti yang dipandu oleh portal rasmi tersebut.
  • Selepas selesai proses pendaftaran anda perlu membina profil, kemudian hantar kepada pihak SL1M
  • Selepas pendaftaran anda lulus, maka anda boleh log masuk dan mendapatkan borang permohonan untuk menjadi peserta SL1M
  • Isikan butiran yang diminta dengan tepat dan lengkap.

Alternatif borang permohonan

Cara lain untuk mendapatkan borang permohonan SL1M Online adalah dengan melalui aplikasi SL1M

Aplikasi ini boleh didapatkan di Google Apps Play Store untuk telefon pintar android, manakala untuk telefon pintar iOS seperti Apple pula, aplikasi ini boleh dimuat turu nmelalui Apple play store.

SL1M 5

Paparan seperti di atas akan dilihat selepas anda selesai memuat turun aplikasi SL1M dalam telefon pintar.

  • Isikan No. Kad Pengenalan dan kata laluan untuk log masuk jika anda merupakan pengguna sedia ada.
  • Tekan butang daftar jika anda merupakan pengguna baru
  • Selepas mendapat akses ke aplikasi SL1M sebagai pengguna, anda boleh mendapatkan borang pendaftaran SL1M

SL1M 6

  • Isikan semua maklumat yang bertanda *
  • Setelah maklumat disahkan, anda boleh mula memilih pekerjaan yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda.

Senarai syarikat-syarikat besar yang menawarkan SL1M

Berikut merupakan antara syarikat-syarikat besar yang menawarkan SL1M:

  • Khazanah
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Tabung haji
  • Permodalan Nasional Berhad (PNB)
  • CIMB bank
  • Maybank
  • Malaysia Airlines (MAS)
  • Malaysia Building Society Berhad (MBSB)
  • Sime Darby
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Melalui portal rasmi SL1M, anda juga boleh membuat semakan kekosongan jawatan yang terkini.

Senarai jawatan dan kekosongan yang ada:

  • Aktiviti Pentadbiran dan Khidmat sokongan (10 jawatan)
  • Aktiviti professional, saintifik dan teknikal (19 jawatan)
  • Bekalan elektrik, gas , wap dan pendingin udara (12 jawatan)
  • Pendidikan (11 jawatan)
  • Pengangkutan dan penyimpanan (5 jawatan)
  • Maklumat dan komunikasi (43 jawatan)
  • Pembinaan (398 jawatan)

Untuk mengetahui secara lebih lanjut, klik “Lihat semua”

Di situ anda akan lihat senarai syarikat yang mempunyai jawatan kosong.

Untuk memudahkan pencarian pekerjaan yang anda ingini, gunakan kemudahan carian yang di sebelah kiri skrin anda.

Isikan maklumat yang diminta seperti negeri anda dan bidang pekerjaan yang diingini.

Soalan lazim:

Soalan 1: Berapakah jumlah sasaran graduan untuk pengambilan SL1M Fasa 1?

Seramai 8,262 graduan yang telah diberi peluang untuk menyertai program SL1M Fasa 1 dan jumlah ini diagihkan kepada setiap syarikat yang terlibat.

Ini bertujuan untuk membantu peserta program mendapatkan pekerjaan setelah 6 bulan bergraduat disamping meningkatkan kebolehpasaran melalui penyediaan soft skills training dan on-job-training.

Soalan 2: Berapakah jumlah penglibatan syarikat yang menyertai SL1M Fasa 1?

Sebanyak 49 syarikat-syarikat GLC dan swasta telah menyertai program ini.

Soalan 3: Berapakah jumlah peserta yang telah berjaya memperoleh pekerjaan?

Mengikut statistik dan status terkini peserta SL1M bahawa seramai 3,879 peserta telah berjaya memperolehi pekerjaan dalam tempoh program dan daripada jumlah tersebut-

  1. seramai 43% peserta telah berjaya diserap kesyarikat-syarikat yang terlibat dalam program; dan
  2. seramai 57% peserta telah menerima tawaran pekerjaan dan menempatkan diri di syarikat-syarikat luar.

Soalan 4: Berapakah jumlah peserta yang masih mencari pekerjaan selepas tamat program? Apakah usaha atau tindakan yang diambil oleh pihak terlibat dalam membantu peserta tersebut mendapatkan pekerjaan?

Bilangan peserta yang tidak berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh program adalah seramai 0.7% peserta.

Pelbagai usaha dan inisiatif telah dirangka untuk membantu sebilangan kecil ini bagi memperolehi pekerjaan seperti mengadakan kerjasama dengan Jobs Malaysia bagi menyuaipadankan peserta ke syarikat-syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan dan termasuk ke syarikat-syarikat lain yang menyertai program SL1M.

Soalan 5 : Apakah faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut (rujuk soalan 4)?

Beberapa faktor yang menjadi penyumbang kepada status peserta yang tidak memperolehi pekerjaan iaitu:

  • Kegagalan peserta menguasai kemahiran bahasa Inggeris dan tidak dapat berkomunikasi dengan baik
  • Kurang keyakinan diri dalam melaksanakan tugasan dan malu untuk meminta tunjuk ajar dari rakan sekerja
  • Kelulusan yang diperolehi peserta tidak memenuhi kriteria jawatan yang diperlukan
  • Tiada profesionalisme, kurang berbudi bahasa dan tidak menunjukkan daya saing untuk terus menjadi yang terbaik.

Hubungi SL1M

Alamat baru: (Bermula 1 Disember 2018)

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

Aras 2, Blok E4/5, Parcel E

62668, Putrajaya

Alamat sebelum ini:

Ketua Sekretariat SL1M Unit Perancang Ekonomi,

Jabatan Perdana Menteri Kompleks B,

Blok B5, Aras 3

62502 Putrajaya Malaysia 

Nombor Telefon:

  • 03-8872 5336
  • 03-8872 5337

Jika tidak dapat dihubungi nombor telefon di atas, sila hubungi Pegawai Sekreteriat bertugas seperti di bawah:

  • 011-2104 2506 (Cik Rasyidah)
  • 011- 1040 6190 (Cik Mimi)
  • 017-340 8944 (Cik Azlina)
  • 013-925 2388 (Cik Fatin)
  • 03-8883 6407 (Syarikat & Tender Kerajaan)
  • 03-8883 6274/ 6416 (Umum)

Fax:

03-8888 3857

Email:

sl1m@med.gov.my

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *