Select Page

Permohonan Kemasukan UiTM Sesi Akademik 2019

Pengenalan

Pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran kini mempunyai peluang untuk membuat permohonan untuk belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Pelajar diploma daripada UiTM, mempunyai dua pilihan untuk sambung belajar ke peringkat degree (Ijazah Sarjana Muda) iaitu melalui sistem permohonan UPU online atau pun melalui permohonan penerapan UiTM.

Permohonan penerapan UiTM boleh dilakukan melalui sistem UiTM student portal login yang disediakan.

Apakah penerapan UiTM

Program penerapan UiTM ialah program yang memberi peluang para pelajar pra Diploma UiTM yang ingin menyambung Diploma UiTM ataupun pelajar diploma yang ingin sambung degree UiTM.

Kemasukan ke dalam program ini juga lebih digalakkan memandangkan permohonan anda lebih mudah diterima masuk.

Permohonan UiTM sesi akademik 2 (Tahun 2018/2019)

  • Kemasukan Februari 2019 Ijazah Sarjana Muda akan dibuka pada 1 Oktober 2018 (Dibuka untuk calon-calon lepasan STPM/Setaraf)
  • Layak untuk bumiputera warganegara Malaysia

Maklumat terkini:

Keputusan Program Sarjana Muda sesi 2 2018/2019 (Kemasukan Mac 2019) bagi lepasan STPM, asasi, matrikulasi KPM, STAM, Diploma UiTM boleh disemak mulai 21 Januari 2019 (Khmais) pada 3.00 Petang

Bagi lepasan diploma UiTM dan penerapan diploma tahun akhir UiTM, semakan keputusan boleh dibuat mulai 18 Februari 2019 (Isnin) Jam 3.00 Petang

Permohonan sesi Januari untuk lepasan SPM telah ditutup pada 3 September lalu.

Permohonan dibuka untuk mengikuti program Penerapan Pra Diploma ke Program Asasi Undang-Undang UiTM (PI005), Program Diploma dan Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina (AP243) di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Selain UiTM, Universiti Awam (UA) lain yang menawarkan pengambilan kedua (Second intake) ialah:

a) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

b) Universiti Utara Malaysia (UUM)

c) Universiti Malaysia Pahang (UMP)

d) Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

e) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

f) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

g) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Permohonan kemasukan UiTM sesi kemasukan Februari 2019 (Ijazah Sarjana Muda)

Maklumat:

Tarikh buka: 1 Oktober 2018

Tarikh Tutup: 6 November 2018

Ambilan kedua: Lepasan STPM/Setaraf

Syarat kemasukan UiTM

  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • Warganegara Malaysia dan Takrifan Melayu/ Anak Negeri Sabah/ Anak Negeri Sarawak/ Orang Asli mengikut Perlembagaan Persekutuan Malaysia
  • Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program yang dipohon
  • Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar UiTM

Cara semak syarat kelayakan program yang ingin dimohon

  • Layari portal rasmi UiTM

Laman web: https://www.uitm.edu.my/index.php/en/

uitm 1

  • Klik pada menu “Admission”

uitm 2

  • Klik pada e-syaratuitm 3
  • Pilih sama ada anda ingin melihat syarat kelayakan program untuk peringkat pelajaran anda sama ada:
  1. Diploma
  2. Sarjana Muda
  3. Professional
  4. Pra Diploma
  5. MDAB
  6. Asasi

Jumlah program yang ditawarkan mengikut peringkat pelajaran

  • 67 program diploma
  • 138 program sarjana muda
  • 12 program profesional
  • 2 program pra Diploma MDAB
  • 5 program asasi

Pembelian No. Slip

  • Pembelian No.Slip ini hendaklah dilakukan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Pembelian hendaklah dilakukan dengan menggunakan Kad pengenalan pemohon. Penggunaan kad pengenalan wakil tidak dibenarkan sama sekali.
  • Pembelian No. Slip boleh dilakukan di mana-mana cawangan BSN/ Mesin ATM/ MyBSN/ SMSBanking.
  • Kepada anda telah membeli PIN UPU dan telah membuat permohonan UPU tetapi kini ingin membuat permohonan second intake (ambilan kedua) UiTM, No. Pin baru harus diperoleh dari BSN sekali lagi.
  • Permohonan ke Universiti Awam (UA) lain juga memerlukan nombor PIN yang baru. Hal ini kerana, permohonan ke UA berbeza melalui sistem berbeza.

Senarai harga bayaran BSN PIN 2019

uitm 7 uitm 8 uitm 9

Program penerapan UiTM

Cara membuat permohonan program penerapan UiTM (melalui student portal UiTM)

  • Mula hantar borang permohonan. Tarikh buka permohonan penerapan UiTM biasanya pada bulan Mac atau bulan April setiap tahun.
  • Para pelajar pra diploma atau pelajar diploma yang mahu sambung belajar juga di UiTM  mesti hantar borang permohonan pada semester terakhir anda.
  • Beli pin BSN sekitar RM10.06.
  • Kemudian, akses ke student portal UiTM online dan pergi ke bahagian “Application for Continuation of Studies”.
  • Pilih 4 kursus pilihan anda melalui permohonan UPU.
  • Anda wajib ambil MUET untuk sambung Ijazah sarjana muda.

Kelebihan sistem penerapan UiTM

  • Mendapat peluang pengecualian kredit
  • Lebih mudah diterima masuk
  • Pelajar bawah program ini masuk belajar lebih cepat berbanding pelajar yang mohon melalui permohonan UPU
  • Mendapat peluang untuk lompat semester belajar.
  • Keputusan UiTM tidak perlu diisi.

Maklumat untuk membuat permohonan kemasukan ke UiTM atas talian (Online)

  • Permohonan haruslah dibuat melalui portal rasmi UiTM bermula 1 Oktober 2018 (Isnin) bermula jm 1200 tengahari.
  • Pelajar/ Pemohon adalah dinasihatkan untuk menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon.
  • Pemohon dikehendaki membeli No.Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda diingatkan bahawa pembelian hendaklah dilakukan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (Penggunaan kad pengenalan wakil tidak dibenarkan)

Cara membuat permohonan atas talian (Online)

  • Layari portal rasmi UiTM

Laman web: https://www.uitm.edu.my/index.php/en/#

  • Klik pada menu “Admission”

uitm 4

  • Kemudian, klik pada “Pre-Diploma (MDAB)”. Paparan di bawah akan dilihat

uitm 5

  • Kemudian klik pada “Borang permohonan”
  • Pilih sama ada anda inginkan boring permohonan pra diploma, asasi/diploma, sarjana muda, professional, penerapan dan Program Luar Kampus (PLK)/ Setara Sepenuh Masa (SSM).
  • Cara lain adalah dengan skrol ke bawah sehingga anda lihat “Sila pilih kategori boring permohonan yang betul” setelah anda klik butang “borang permohonan”
  • Paparan seperti di bawah akan dilihat.

uitm 6

  • Klik pada borang yang anda inginkan.
  • Kemudian isikan butiran yang diminta dengan lengkap.

Permohonan UiTM ambilan Januari 2019

Tarikh permohonan UiTM sesi 2 2018-2019 (Ambilan kedua lepasan SPM)

  • Permohonan kemasukan ke UiTM sesi akademik 2 2018-2019 dibuka: 9 Julai hingga 27 Ogos 2018
  • Permohonan kemasukan ke program diploma/ asasi undang-undang: Dilanjutkan sehingga 2 September 2018

Program UiTM ambilan Februari 2019 yang ditawarkan

Peringkat program pengajian yang ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2018-2019

  • Sarjana Muda (Untuk lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Asasi UiTM & Asasi sains UM/ Diploma UiTM/ KKB UiTM/ Diploma IPT lain)
  • Penerapan (Semester terakhir Diploma UiTM/ KKB UiTM ke Sarjana Muda UiTM dan semester akhir Asasi uundang-undang UiTM (PI005) ke sarjana muda UiTM)
  • Profesional

Maklumat tambahan:

Peringatan semasa mengisi borang permohonan

  • Isi semua maklumat yang betul dan tepat dalam borang permohonan UiTM anda
  • Isi semua yang bertanda *
  • Semak semula pengisian borang permohonan anda dengan teliti.
  • Tekan butang “Sah dan hantar” untuk menghantar borang permohonan anda
  • Cetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan dan juga untuk rujukan masa depan.

Selepas membuat permohonan

  • Lakukan semakan semula borang permohonan UiTM anda di laman semakan bagi memastikan anda telah beraya mengemukakan permohonan
  • Kemaskini borang permohonan jika perlu
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda lakukan cetakan tersebut.

Senarai kursus program pengajian yang ditawarkan untuk pengambilan sesi 2 UiTM ambilan 2018-2019

  • Asasi undang-undang (Ambilan November 2018)
  • Program diploma (Ambilan Januari 2019)
  • Sarjana Muda (Kepujian) Seni bina (Ambilan Mac 2019)

Hubungi UiTM

Alamat:

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Malaysia

Chief Information Officer (CIO):

cspi@salam.uitm.edu.my

Technical (Webmaster):

webmedia@salam.uitm.edu.my

No. Telefon:

+603-5544 2000

Fax:

+603-5544 3999

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *