Select Page

Permohonan UPSI Februari 2019 Secara Online

Pengenalan

Para lepasan SPM dan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA/ Diploma US/ DVM/ DKM/ DLKM dan setaraf yang ingin melanjutkan atau menyambung pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini boleh membuat permohonan.

Permohonan UPSI perlu dibuat secara atas talian (online)

Bagi para lepasan SPM/ Setaraf

  • Sebanyak 4 program Diploma ditawarkan.

Program yang ditawarkan di UPSI ambilan November 2018

  • Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Teknologi Makmal
  • Diploma sains (Matematik)
  • Diploma Sains
  • Diploma Keusahawanan

Syarat kemasukan

Syarat Am Kemasukan

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/ Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/ Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Kertas Julai

Dan

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan
  • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain

Atau

  • Lulus Matrikulasi/ Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00

Atau

  • Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan  mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid

Atau

  • Memiliki Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50

Dan

  • Memiliki Sijil Malaysian University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap satu (1)/ Band Satu (1)

Syarat tambahan kemasukan

Syarat tambahan bagi permohonan program pendidikan untuk perkhidmatan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun pada tahun memohon.
  3. Calon yang memohon hendaklah disahkan sihat tubuh badan oleh Laporan Kesihatan Klinik Kerajaan serta tidak menghidap apa-apa penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti kursus-kursus yang dirangka oleh program yang dipilih.

Syarat permohonan spesifik

Syarat permohonan untuk Diploma Teknologi Makmal

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam Matematik dan Gred C dalam mana-mana satu (1) subjek lain iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains tambahan/ Sains dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan

Syarat permohonan untuk Diploma Sains

  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana dua (2) subjek iaitu Fizik/ Kimia/ Biologi/ Matematik/ Matematik Tambahan/ Lukisan Kejuruteraan/ Kejuruteraan Awam/ Mekanikal/ Elektrik dan Elektronik dan
  • Gred E dalam Bahasa Inggeris

    Syarat permohonan untuk Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

    • Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam Bahasa Inggeris

    Undang-Undang Dan Peraturan

    Mahasiswa di Malaysia adalah mereka yang dilindungi oleh undang-undang negara di bawah Akta universiti dan kolej universiti 1971

    Akta universiti dan kolej universiti 1971 ini memperuntukkan undang-undang merangkumi kod etika tingkahlaku dan berpakaian di kampus, plagiarisme, kewangan, jenayah dan peraturan lalu lintas jalan raya.

    Aktiviti penyalahgunaan dadah adalah suatu jenayah utama di Malaysia dan hukuman berat akan dikenakan terhadap mereka yang terbukti melakukan kesalahan.

    Syarat Kemasukan UPSI ambilan Februari 2019 adalah terbuka kepada:

    • Warganegara Malaysia sahaja
    • Lepasan STPM/ Matrikulasi/ STAM/ Diploma UA/ Diploma US// DVM/ DKM/ DLKM dan setaraf

    Tarikh permohonan: 25 February 2019

    Tarikh tutup: 2 April 2019

    Tarikh akhir menghantar perakuan permohonan online dan dokumen ke UPSI:

    2 April 2019.

    Pembelian Bitara ID

    • Pembelian Bitara ID telah dibuka sejak 25 Februari 2019 dan akan tutup pada 1 April 2019
    • Pembelian Bitara ID dikenakan bayaran sebanyak RM 15.60
    • Pembelian dibuat secara individu di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di Malaysia
    • Jika mempunyai Akaun Giro BSN, Pembelian boleh dibuat melalui mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN)
    • Pembelian dibuat berdasarkan nama & nombor KP/ MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan nombor unik ID

    Permohonan kemasukan UPSI

    Cara membuat permohonan kemasukan UPSI (Melalui Portal Rasmi UPSI)

    • Beli “Bitara ID” (RM 15.60) di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan menggunakan Kad pengenalan anda (IC) pemohon (Penggunaan kad pengenalan wakil tidak dibenarkan)
    • Pastikan no. Bitara ID yang telah dibeli adalah tertera di Slip pembelian sebelum meninggalkan kaunter.
    • Layari portal rasmi UPSI

    Laman web: https://www.upsi.edu.my/

    • Pilih bahasa yang anda ingin gunakan sepanjang melayari portal rasmi UPSI pada bahagian penjuru kiri atas skrin komputer anda.
    • Klik pada menu “Bakal pelajar”
    • Kemudian, klik “Cara memohon”
    • Di bawah “How to apply” terdapat pautan untuk permohonan ke UPSI bagi warganegara Malaysia dan juga bagi yang bukan warganegara Malaysia.

    Maklumat tambahan

    • Pemohon dibenarkan mengemaskini maklumat permohonan mereka sebelum tarikh tutup permohonan yang dipaparkan dalam iklan permohonan
    • Pemohon mesti mengisi maklumat yang diminta sepenuhnya sebelum menghantar permohonan tersebut.
    • Selepas menghantar permohonan, anda tidak dibenarkan untuk mengemas kini permohonan tersebut.
    • Surat tawaran akan dihantar berdasarkan alamat terkini yang diisi dalam borang permohonan
    • Permohonan lewat tidak akan diproses dan permohonan yang tidak menerima selepas Mac 2019 dianggap tidak berjaya. (Bagi lepasan SPM/ Setaraf)

    Permohonan untuk kemasukan ke UPSI juga boleh dilakukan melalui permohonan UPUOnline.

    (Add link to permohonan UPU)

    Hubungi UPSI

    Alamat:

    Corporate Communication Division

    Universiti Pendidikan Sultan Idris

    Tel: +605 – 450 6000 / 6661

    Fax: +05 – 458 2776

    Email: ccd@upsi.edu.my

    Admission Hotline: +605 – 450 6932

    Postgraduate: +605 – 450 5480 / 5482 / 5485 /

    Security Division: +605 – 450 6999 / 7599 / 7999

     

    About The Author

    Carmen Wong, Co-Founder

    Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

    0 Comments

    Submit a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *