Select Page

Permohonan UPU Online 2019 melalui Portal Rasmi

Pengenalan

 

Tidak tahu apa yang boleh dilakukan sementara menunggu pengumuman keputusan SPM? Anda boleh mula membuat permohonan UPU atas talian (online) untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). `

 

Maklumat terkini

 

Kepada calon lepasan SPM yang Berjaya mendapat tawaran Matrikulasi, tingkatan 6 dan IPGM tidak menjejaskan tawaran UPUOnline anda ke UA/ Politeknik Premier.

 

Namun demikian, permohonan calon yang mendapat tawaran Matrikulasi tidak dipertimbangkan ke pengajian di Politeknik Konvensional, Metro, Kolej komunit dan ILKA.

 

Laman web: http://upu.moe.gov.my/web/

 

 

UPU 1

 

Tarikh penting

 

25 Februari Jualan Unik ID dibuka
25 Februari Permohonan UPUOnline dibuka
01 April Jualan Unik ID ditutup
02 April Permohonan UPUOnline ditutup
17-20 April Semakan panggilan temuduga lepasan SPM
21-29 April Proses temuduga lepasan dijalankan
10-14  Mei

Semakan panggilan ujian MEdSI & semakan temuduga program bukan pendidikan lepasan STPM / setaraf

 

15-19 Mei Ujian MEdSI dijalankan
15-28 Jun

Proses temuduga program bukan pendidikan lepasan STPM / setaraf (Tertakluk Kepada UA)

 

 

 Pelajar yang ingin membuat permohonan dan mengakses borang UPUOnline perlu membeli pin unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) dari 25 Februari sehingga 1 April 2019.

 

Glosari kata

 

UPU- Unit Pusat Universiti

 

UA- Universiti Awam, dahulunya dikenali sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kini, IPTA digunakan untuk merujuk kepada Kolej Komuniti dan Politeknik.

 

ILKA- Institut Latihan Kemahiran Awam

 

Fungsi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar

 

  • Menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke UA/ Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.
  • Memproses dan menyelaras kemasukan pelajar ke Politeknik Konvensional/Metro, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Lepasan SKM.
  • Memantau perimbangan pelajar Sains-Sastera bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf selaras dengan dasar-dasar yang ditetapkan dari masa ke semasa.
  • Melaksanakan dasar bagi kemasukan pelajar asing ke program pengajian di UA.
  • Membangun, melaksana dan merealisasikan pengurusan Kerajaan Elektronik.
  • Mengurus dan menyelaras perkhidmatan kaunseling dan Karnival Pendidikan Tinggi Negara sebagai persiapan pelajar untuk kemasukan ke UA.
  • Mengurus hal-hal berkaitan pentadbiran kewangan di BPKP JPT termasuk Akaun Amanah.
  • Merancang dan melaksanakan sistem pengurusan data kemasukan ke UA dan memantapkan kawalan seliaan.

 

Kelayakan untuk menjadi pemohon UPU

 

Siapakah yang layak membuat permohonan UPU 2019-2020 online?

 

 

 

Calon lepasan SPM/Setaraf

 

Mereka boleh membuat permohonan untuk kemasukan program asasi/ diploma di Universiti Awam (UA)/ Politeknik dan Sijil/ Diploma di Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

 

Terdapat 2 kategori permohonan iaitu:

 

Katgeori A- Pemohon menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja. (Calon berkelulusan SPM 2018)

 

Kategori B- Pemohon menggunakan keputusan SPM 2 tahun sebelum tahun semasa. (Calon berkelulusan SPM 2017 dan SPM 2016)

 

 

 

Calon STPM/Setaraf

 

Mereka boleh membuat permohonan untuk program ijazah sarjana muda di Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier.

 

Terdapat banyak kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf berbeza dengan permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf yang hanya mempunyai dua.

 

Berikut merupakan kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf:

 

(Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:

 

Kategori A- Aliran Sastera.

 

Kategori S- Aliran Sains.

 

Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)

 

Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:

 

Kategori N- Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.

 

Kategori P- Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.

 

Kategori U- Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.

 

Kategori L- Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).

 

Kategori K- Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.

 

Kategori J- Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.

 

Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)

 

Kategori G- Diploma Universiti Awam (UA) / Diploma Politeknik:

 

Kategori E- Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)/Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)/Diploma Vokasional Malaysia/Diploma IPTS/ luar negara / lain-lain kelayakan

 

Kategori F- Kelayakan setaraf seperti:

 

  • A level

 

  •  International Baccalaureate Diploma (IBD)

 

  •  Sekolah sukan (SSBJ/SSTMI/SSMP)

 

  •  STPM (Bukan tahun semasa)

 

  •  Matrikulasi KPM (Bukan tahun semasa)

 

  •  STAM (DUA (2) tahun sebelum tahun semasa)
  •  AUSMAT/ SAM / ADFP
  • Foundation IPTS

 

Lepasan STAM (Kategori T)

 

Kategori T- Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.

 

Maklumat tambahan

 

  • Hanya pemohon yang mempunyai taraf “Penduduk Tetap” sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui BPKP JPT.
  • Pemohon bertaraf “Bukan Warganegara” perlu memohon terus di IPTA.

 

Penentuan Aliran

 

Aliran Sains

 

Penentuan aliran bagi sains ialah pemohon mengambil mana-mana empat (4) daripada lima(5) mata pelajaran berikut:

 

  • Matematik

 

  • Matematik Tambahan

 

  • Fizik
  • Kimia

 

  • Biologi

 

Atau mata pelajaran berikut:

 

Pengajian Kejuruteraan Awam / Elektrik dan Elektronik / Mekanikal / Reka Cipta / Lukisan Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Sains Pertanian / Pertanian / Teknologi Maklumat dan Komunikasi / Sains Komputer / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Perniagaan / Ekonomi Asas / Ekonomi / Pengetahuan Sains Sukan / Sains Sukan / Pengurusan Makanan

 

Aliran Sastera

 

Pemohon yang tidak memenuhi komponen Aliran Sains secara automatik dimasukkan ke Aliran Sastera.

 

Senarai alamat Institut Pengajian Tingggi Awam (IPTA)

 

 

  • Klik menu IPTA

 

  • Butang senarai alamat IPTA dan panduan permohonan akan dilihat

 

 

 

UPU 2

 

  • Klik butang senarai alamat IPTA. Paparan seperti di bawah akan dilihat.

 

  • Skrol ke bawah untuk melihat semua alamat rasmi IPTA

 

Panduan permohonan

 

 

 

UPU 3

 

 

 

  • Scan kod QR yang disediakan pada laman utama portal rasmi UPU

 

 

 

UPU 4

 

 

 

  • Klik butang panduan permohonan pada menu IPTA. Paparan seperti di bawah akan dilihat

 

 

 

UPU 5

 

Cara mencari program

 

  • Setelah skrin computer anda kelihatan seperti di atas, anda akan lihat menu pada bahagian kiri skrin computer dengan pelbagai butang.

 

  • Klik butang senarai program pengajian yang ditawarkan.

 

  • Kemudian klik butang carian program dan paparan di bawah akan dilihat.

 

 

 

UPU 6

 

 

 

  • Pilih program pengajian yang diingini sama ada SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf

 

  • Masukkan nama program yang diceburi

 

  • Pilih jumlah carian setiap satu page yang diingini sama ada 10, 25, 50 atau 100 carian.

 

  • Nyatakan carian terperinci jika ada.

 

Kod, nama program, kategori keterbukaan program, bidang program, Universiti Awam yang menawarkan program tersebut akan ditunjukkan.

 

Secara ringkas, pencarian program ini berfungsi untuk membantu pelajar mencari Universiti Awam (UA) yang menawarkan program keinginan mereka di samping mengetahui bidang program yang mereka pilih.

 

Kategori keterbukaan program tersebut sama ada terbuka untuk aliran sains sahaja atau aliran sastera sahaja atau terbuka untuk kedua-dua aliran sains dan sastera juga membolehkan pelajar mengetahui sama ada program yang mereka pilih dibuka untuk mereka atau tidak.

 

Apakah senarai program pengajian yang ditawarkan?

 

Untuk mengetahui program pengajian yang ditawarkan klik menu program pengajian yang ditawarkan

 

Kemudian pilih sama ada anda mempunyai kelayakan SPM/Setaraf atau STPM/Setaraf

 

 

 

UPU 7

 

 

 

 

 

  • Pilih Universiti Awam (UA) yang dikehendaki

 

  • Kemudian pilih sama ada anda merupakan kategori A atau B jika anda mempunyai kelayakan SPM/Setaraf.

 

Jika anda mempunyai kelayakan STPM/Setaraf pilih sama ada anda merupakan kategori STPM, kategori Matrikulasi/Asasi, kategori STAM, Diploma UA/Politeknik, DLKM/DKM/DVM/IPTS/Lain-lain, ataupun mana-mana kelayakan setaraf.

 

  • Seterusnya pilih aliran anda. Jika anda bawah kelayakan SPM/Setaraf pilih sama ada sains atau sastera.

 

Jika anda bawah kelayakan STPM/Setaraf aliran anda berbeza ikut kategori seperti di bawah

 

Kategori STPM- pilih sains atau sastera.

 

Kategori Matrikulasi/Asasi- Pilih sains/kejuruteraan/teknikal/perakaunan/undang-undang/TESL

 

Kategori STAM hanya mempunyai aliran STAM

 

Kategori Diploma UA/Politeknik- Pilih aliran diploma UA atau diploma politeknik

 

Kategori DLKM/DKM/DVM/IPTS/Lain-lain- Pilih sama ada aliran DLKM/DKM, DVM atau Diploma IPTS/Luar negara/Lain-lain

 

  • Kemudian pilih sama ada ya atau tidak untuk paparan senarai kod program pengajian temu duga untuk anda yang mempunyai kelayakan SPM/Setaraf,

 

  • Anda yang mempunyai kelayakan STPM/Setaraf pilih ya atau tidak untuk paparan senarai kod program pengajian temu duga untuk kedua-dua pendidikan atau bukan pendidikan.

 

  • Pilih jumlah carian setiap satu page yang diingini sama ada 10, 25, 50 atau 100 carian.

 

  • Nyatakan carian terperinci jika ada.

 

  •  Akhirnya, kod dan nama program yang ditawarkan oleh Universiti Awam (UA) yang dipilih akan dipaparkan.

 

Secara ringkasnya, langkah di atas menjelaskan cara untuk melihat senarai program pengajian yang ditawarkan oleh pelbagai Universiti Awam di Malaysia.

 

Apakah syarat am dan khas program yang ditawarkan?

 

  • Untuk mengetahui syarat am dan khas program yang diminati, anda boleh kilik pada butang Syarat Am & Khas Program.

 

  • Kemudian pilih kelayakan anda sama ada PM/Setaraf atau STPM/Setaraf

 

Paparan di bawah akan dilihat.

 

 

 

UPU 8

 

 

 

  • Pilih Universiti Awam yang diingini.

 

  • Pilih kategori 

 

  • Pilih aliran anda sebelum ini

 

  •  Pilih fakulti yang diingini

 

  • Pilih sama ada ya atau tidak untuk paparan syarat am dank has program pengajian pendidikan.

 

Jika anda pilih ya maka anda boleh lihat syarat tambahan bagi permohonan program pendidikan untuk perkhidmatan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

 

  • Program pengajian, kod, tempoh pengajian dan kelayakan minimum akan dipaparkan.

 

Maklumat tambahan

 

Syarat am dan khas yang dipaparkan hanya kelayakan minimum. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mendapat keputusan cemerlang.

 

Pembelian nombor unik ID

 

Sebelum mengemukakan permohonan, pemohon dikehendaki membeli Nombor Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat dan kaedah pembelian Nombor Unik ID adalah secara individu seperti berikut:

 

  • Pembelian mulai 25 Februari hingga 01 April 2019.

 

  • Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.

 

  • Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN).

 

  • Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet (myBSN) memerlukan pemohon / ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.

 

  • Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.

 

  • Salinan Kad Pengenalan / MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.

 

  • Pembelian Nombor Unik ID mesti dilakukan berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan / MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran yang mengandungi Nombor Unik ID

 

Maklumat tambahan

 

Anda dilarang mendedahkan Nombor Unik ID kepada orang lain, kerana ianya adalah Sulit.

 

Pendaftaran

 

Pemohon dikehendaki Daftar Kali Pertama bagi mengakses UPUOnline untuk permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

 

Pemohon wajib memasukkan enam (6) item berikut untuk membuat Daftar Kali Pertama:

 

  • No Kad Pengenalan

 

  • Alamat E-mel

 

  • Nama Ibu  -Kata Laluan

 

  • Kod Keselamatan

 

  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

 

Pemohon wajib memasukkan lima (5) item berikut untuk mengemukakan Permohonan kali pertama:

 

  • No. Kad Pengenalan/MyKAD Semasa Pendaftaran Peperiksaan

 

  •  No. Unik ID

 

  • Jenis Permohonan

 

  • Program Pengajian

 

  • Kategori

 

Membuat permohonan

 

  • Iklan Permohonan Kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM Sesi Akademik 2019/2020 akan disiarkan pada hari Ahad sebanyak dua (2) kali iaitu pada 24 Februari 2019 dan 24 Mac 2019.

 

  • Permohonan akan dibuka mulai 25 Februari 2019 jam 12.00 tengah hari dan ditutup pada 02 April 2019 jam 11.59 malam.

 

  • Pemohon Lepasan SPM diwajibkan mengemukakan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA melalui Sistem UPUOnline sahaja di http://upu.moe.gov.my

 

Proses permohonan adalah seperti di bawah:

 

  • Pendaftaran kali pertama

 

  • Login

 

  • Isi maklumat peribadi

 

  • Isi maklumat keluarga

 

  • Isi maklumat akademik

 

  • Isi maklumat pilihan program pengajian

 

Terdapat 12 pilihan program UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, wajib pilih 5 dan 1 hingga 4 Program Pengajian Temu Duga boleh dipilih.

 

  • Isi maklumat lain-lain

 

  • Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul

 

  • Klik sah dan hantar

 

Wajib klik bagi memastikan maklumat permohonan telah selamat diterima oleh sistem.

 

Maklumat yang dicetak sebelum klik butang Sah dan hantar tidak boleh dijadikan sebagai bukti bahawa pemohon telah Berjaya mengemukakan permohonan. 

 

Setelah klik butang sah dan hanar pernyataan “Terima Kasih! Permohonan Anda Telah Selamat Diterima Oleh Sistem” dan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar akan dipaparkan dengan maklumat seperti berikut:

 

  1.  Tarikh permohonan
  2.  Masa permohonan
  3.  Rujukan permohonan
  4.  Semua maklumat permohonan yang telah diisi
  5.  Peringatan pengemaskinian pilihan program
  6.  Tarikh-tarikh penting hebahan dan panggilan temu duga.

 

Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan, laman web ini akan memaparkan Slip Permohonan Kemasukan Pelajar. Maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “Cetak Slip”.

 

  • Paparan slip permohonan dalam format PDF akan dilihat.

 

Maklumat tambahan

 

  • Pastikan sebelum mengisi maklumat dalam UPUOnline, pemohon dinasihatkan membaca terlebih dahulu panduan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mengelakkan pemohon memilih program yang tidak melepasi syarat khas program.

 

  • Bagi pilihan program / kursus di Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA, calon dibenarkan memilih program pengajian yang sama namun pusat latihan perlulah berbeza.

 

  • Semua program pengajian yang ada temu duga ditandakan dengan tanda (#) pada akhir nama program pengajian dalam UPUOnline.

 

  • Maklumat penting yang wajib diisi oleh pemohon ditandakan dengan tanda (*) dalam borang UPUOnline. Manakala tanda (**) adalah merujuk kepada wajib mengisi salah satu medan maklumat.

 

  • Dalam borang UPUOnline, calon Lepasan SPM akan dipaparkan dengan 12 pilihan program bagi kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Calon perlu mengemaskini pilihan program yang layak  enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan

 

Langkah membuat permohonan

 

Pada laman utama portal rasmi UPU. Skrol ke bawah dan anda akan lihat paparan seperti di bawah
UPU 9

 

  • Klik butang untuk pelajar pada menu bahagian kiri 

 

Anda akan lihat senarai permohonan yang dibuka.

 

Buat masa ini, hanya permohonan untuk menyambung tahap bagi lepasan SKM, DKM, ST dan mengikuti Pengajian VTO dibuka.

 

-Klik pada butang UPUSkills untuk membuat permohonan. Paparan di bawah akan dilihat.

 

UPU 10

 

Jadual Sesi Permohonan

 

IKBN Tutup (Akan dibuka 25 Feb 2019)
ADTEC Tutup (Akan dibuka 25 Feb 2019)
JMTI Tutup (Akan dibuka 25 Feb 2019)
ILP Tutup (Akan dibuka 25 Feb 2019)
CIAST Buka (23 Jan 2019-25 Feb 2019 06:00:00 PM)
Politeknik konvensional Tutup
BLKP Tutup

 

Permohonan untuk menyambung tahap bagi lepasan SKM, DKM, ST dan mengikuti Pengajian VTO.

 

  • Sebelum membuat permohonan, pendaftaran perlu dilakukan dahulu. Pendaftaran kemasukan adalah percuma.

 

  • Isikan nombor kad pengenalan

 

  •  Isikan alamat e-mel anda

 

  • Isikan kata laluan yang diingini

 

  • Sahkan kata laluan dengan mengisi semula kata laluan yang dipilih untuk diisi pada kotak sebelum ini.

 

  • Klik daftar. Paparan di bawah akan dilihat

 

 

 

UPU 11

 

 

 

  • Isikan maklumat pemohon yang diminta.
  • Kemudian isikan maklumat akademik, maklumat kokurikulum, pilihan program pengajian dan akhirnya buat pengesahan maklumat.

 

UPU 12

 

  • Pemohon yang tidak mendapat tawaran UA dan berjaya ditawarkan ke program Diploma Politeknik dan ILKA tidak dibenarkan mengemukakan rayuan ke UA.

 

Panduan permohonan ke ILKA

 

  • Pada laman utama portal rasmi UPU, sebelah butang IPTA terdapat butang ILKA.

 

  • Klik butang tersebut dan klik panduan permohonan. Paparan di bawah akan dilihat

 

UPU 18

  • Pilih maklumat e-panduan sama ada mengenai:

 

a) Agensi dan institusi TEVT (Politeknik) & ILKA

 

Paparan di bawah akan dilihat

 

 

 

UPU 20

 

 

 

b) Senarai program pengajian yang ditawarkan

 

Paparan di bawah akan dilihat

 

 

 

UPU 21

 

 

 

  • Syarat am dan syarat khas program

 

Paparan d bawah akan dilihat

 

UPU 22

 

 

 

  • Kemudian pilih program pengajian sama ada UPUSkills atau lepasan SPM

 

  • Klik masuk

 

Namun demikian sesetengah program tidak ditawarkan untuk kategori UPUSkills berbeza dengan kategori lepasan SPM.

 

Kemas kini Permohonan

 

  • Proses kemaskini maklumat permohonan boleh dibuat oleh pemohon selepas berjaya mengemukakan permohonan.

 

  • Pemohon perlu mengemaskini pilihan program enam (6) hari selepas keputusan SPM diumumkan. Baharu

 

  • Proses pengemaskinian maklumat boleh dilakukan oleh pemohon tanpa had sehingga tarikh tutup permohonan. Sebarang pengemaskinian maklumat adalah di bawah tanggungjawab pemohon.

 

  • Sekiranya pemohon lupa Kata Laluan yang diisi semasa mengemukakan permohonan bagi tujuan pengemaskinian, pemohon boleh mendapatkan Kata Laluan dengan klik pautan ‘Lupa Kata Laluan’.

 

Pemohon perlu menjawab beberapa soalan keselamatan sebelum kata laluan dipaparkan kepada pemohon. Kata Laluan akan dihantar ke e-mel yang telah didaftarkan sebelum ini.

 

Senarai alamat ILKA

 

  • Klik butang ILKA

 

  • Klik butang Senarai alamat ILKA

 

UPU 19

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *