SAPS Ibu Bapa 2019: Semakan Keputusan/Slip Pelajar Melalui NKRA

Pihak Kementerian Malaysia telah mewujudkan SAPS yang merupakan singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Fungsi SAPS NKRA

Sistem ini sesuai dengan namanya berfungsi untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman setiap sekolah di seluruh negara Malaysia.

SAPS juga mampu menjimat masa dan meningkatkan efisiensi kerana setiausaha peperiksaan sekolah tidak perlu lagi membuat analisis dan pengiraan data ribuan pelajar sekolah secara manual yang turut mewujudkan risiko untuk kewujudan kesilapan ketika proses ini.

Di samping memudahkan proses menganalisis data, SAPS juga diwujudkan untuk memudahkan proses pemantauan prestasi akademik para pelajar.

Dalam konteks ini, memandangkan kita kini dalam era yang penuh dengan saingan sengit sesama sendiri, para ibu bapa sudah pasti sentiasa sibuk memerah keringat sepanjang hari untuk menyara keluarga.

Maka, mereka kesuntukan masa untuk memantau prestasi anak-anak melalui cara lama iaitu dengan memantau pelaksanaan kerja sekolah dan melihat kertas jawapan peperiksaan sebenar.

Selain itu, para pelajar kini juga tidak seperti yang dahulu, mereka lebih celik komputer dan teknologi terkini. Hal ini membolehkan mereka menghasilkan slip keputusan yang serupa dengan yang sebenar hanya data yang berbeza untuk tujuan menipu ibu bapa.

Semakan Ibu Bapa Lebih Senang

Dengan kewujudan SAPS, ibu bapa mampu mengakses keputusan peperiksaan anak-anak mereka hanya dengan beberapa klik pada komputer mereka ketika ada sedikit masa senggang di tempat kerja tanpa adanya risiko untuk ditipu oleh anak-anak mereka.

Dari skop pandangan sesetengah pelajar pula, SAPS memudahkan mereka melihat dengan sendiri pencapaian mereka dan bertindak dengan sewajarnya berdasarkan keputusan terkini.Kemudahan SAPS membolehkan para pelajar menjadi lebih matang dan berdikari berkaitan urusan sendiri.

Apa yang anda boleh lihat melalui SAPS?

Dengan adanya sistem ini anda boleh lihat semakan:

-Keputusan ujian 1

-Peperiksaan pertengahan tahun

-Ujian 2

-Peperiksaan akhir tahun

-Peperiksaan percubaan UPSR, PT3 dan SPM

Semakan peperiksaan di atas boleh dilakukan bagi setiap sekolah rendah dan menengah di Malaysia secara atas talian. Namun keputusan sebenar UPSR,PT3, dan SPM tidak boleh disemak melalui sistem ini.

Maklumat terkini

Sebelum ini, sistem SAPS pernah ditutup buat sementara setelah Kementerian Pelajaran Malaysia menerima dakwaan pencerobohan atas sistem ini.  Kini, sistem SAPS telah pun dibuka semula dan selamat digunakan.

Namun demikian, jika pengguna gagal mengakses laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php dan paparan internet menunjukkan “Your connection is not private” anda perlu klik butang ‘advanced’

saps pic 1

Kemudian, klik butang ‘proceed’.

saps pic 2

Berikut ialah paparan yang akan dilihat pada laman web setelah mampu mengakses https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

Klik butang semakan ibu bapa

Paparan yang seterusnya akan membawa pengguna ke laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

Berikut merupakan langkah untuk mengisi permintaan laman di atas.

Langkah pertama: Masukkan nombor sijil lahir/ kad pengenalan pelajar (TANPA “-” atau “SPACE”). Setelah selesai, tekan butang cari untuk membolehkan carian murid.

Langkah kedua: Pilih negeri

Langkah ketiga: Pilih daerah

Langkah keempat: Pilih sekolah

Setelah selesai pilihan ketiga-tiga butir di atas, tekan butang semak untuk membolehkan carian sekolah.

Paparan halaman berikut adalah seperti di bawah

saps pic 5

Seterusnya, pilih tahun supaya nama sekolah, tahun/tingkatan, kelas pelajar dan pilihan jenis peperiksaan yang ingin disemak boleh dikemukakan. Senarai guru berdasarkan peperiksaan terakhir bagi tahun terkini boleh dilihat pada sebelah kanan skrin computer laman web ini.

saps pic 6

Setelah selesai memilih jenis peperiksaan, pilih sama ada anda ingin melihat slip keputusan atau markah peperiksaan.

Glosari kata

KDK- Kedudukan dalam kelas. Sebagai contoh jika 1/ 29 dilihat maka slip peperiksaan menunjukkan bahawa pelajar tersebut telah memperoleh tempat pertama daripada 29 orang pelajar lain dalam kelasnya.

KDT- Kedudukan dalam tingkatan. Contohnya 1/ 333 menunjukkan bahawa pelajar tersebut telah menduduki tempat pertama daripada 333 orang pelajar lain dalam tingkatannya.

GPP- Gred Purata Pelajar. Setiap gred yang diperoleh oleh pelajar mempunyai nilainya yang tersendiri. Setelah kesemua gred mata pelajaran diperoleh, purata nilai gred tersebut akan dikira.

Apakah yang akan dilihat dalam slip peperiksaan?

Slip peperiksaan memaparkan markah dan gred setiap mata pelajaran yang didaftar oleh seseorang pelajar.

Selepas semua markah dan gred dimasukkan ke dalam SAPS oleh para guru mata pelajaran, SAPS akan membuat analisis berdasarkan perkara di atas dan kemukakan:

-Bilangan mata pelajaran daftar

-Kedudukan dalam kelas

-Kedudukan dalam tingkatan

-Kehadiran

-Pencapaian gred keseluruhan

-Jumlah markah

-Peratus

-Gred purata pelajar

-Keputusan sama ada gagal atau lulus.

Akhirnya, nama guru kelas dan ulasan beliau akan dipaparkan setelah semua analisis dilakukan oleh SAPS.

Fungsi slip peperiksaan

Untuk menunjukkan prestasi pelajar secara terperinci dan rasmi. Ibu bapa mampu lihat dengan sendirinya tentang mata pelajaran yang didaftar oleh anak mereka.

Dengan ini, mereka boleh melakukan penyelidikan tentang mata pelajaran tersebut untuk mengetahui skop pembelajaran anak mereka dengan lebih terperinci.

Analisis kehadiran anak mereka juga menjadi bukti sama ada anak mereka telah ponteng sekolah atau tidak. Kesemua ini sudah jelas membolehkan ibu bapa mendalami dan melibatkan diri dalam hidup anak-anak mereka.

Apakah yang akan dilihat dalam markah peperiksaan?

Markah peperiksaan pula memaparkan suatu jadual pencapaian setiap ujian atau peperiksaan yang diadakan di sekolah sepanjang tahun.

Jadual ini menunjukkan:

a) Mata pelajaran

b) Markah dan gred:

-Ujian 1

-Peperiksaan pertengahan tahun

-Ujian 2

-Peperiksaan akhir tahun

-Peperiksaan percubaan UPSR,PT3 dan SPM

c) Kedudukan dalam tingkatan

e) Kedudukan dalam kelas

f) Peratus.

Fungsi markah peperiksaan

Markah peperiksaan berfungsi untuk menunjukkan pencapaian pelajar secara ringkas. Ia turut membolehkan sama ada pelajar sendiri atau ibu bapa untuk menilai perkembangan mereka melalui perbandingan keputusan satu peperiksaan dengan peperiksaan yang seterusnya.

sapsp ic 8

Tafsiran dan gred pemarkahan rasmi sekolah rendah

Julat markah Gred Catatan
80-100 A Cemerlang
65-79 B Baik
50-64 C Memuaskan
40-49 D Mencapai tahap minimum
0-39 E Belum mencapai tahap minimum
TH TH Tidak hadir

 

Tafsiran dan gred pemarkahan rasmi sekolah menegah rendah

Julat markah Gred Catatan
85-100 A Cemerlang
70-84 B Kepujian
60-69 C Baik
50-59 D Memuaskan
40-49 E Mencapai tahap minimum
0-39 F Belum mencapai tahap minimum
TH TH Tidak hadir

 

Tafsiran dan gred pemarkahan rasmi sekolah menengah atas

Julat markah Gred Catatan
90-100 A+ Cemerlang tertinggi
80-89 A Cemerlang tinggi
70-79 A- Cemerlang
65-69 B+ Kepujian tertinggi
60-64 B Kepujian tinggi
55-59 C+ Kepujian atas
50-54 C Kepujian
45-49 D Lulus atas
40-44 E Lulus
0-39 G Gagal
TH TH Tidak hadir

 

Cara kira jumlah markah:

-Tambah kesemua markah mata pelajaran yang didaftar berdasarkan markah yang diperoleh.

Contoh:

 

Mata pelajaran Markah
Bahasa Inggeris 96
Biologi 96
Bahasa Melayu 90
Fizik 87
Kimia 85
Matematik 96
Matematik tambahan 77
sejarah 86
Pendidikan Moral 90

Maka, jumlah markah ialah 803/ 900

Cara kira peratus:

-Bahagikan jumlah markah dengan bilangan matapelajaran yang didaftar.

Contoh: 803 ÷ 9

Maka, peratusnya ialah 89.22

Gred Purata Pelajar (GPP): 

Di bawah merupakan senarai nilai untuk setiap gred.

Sekolah rendah

Julat markah Gred Nilai
80-100 A 1
65-79 B 2
50-64 C 3
40-49 D 4
0-39 E 5

Sekolah menengah rendah

Julat markah  Gred Nilai
85-100 A 1
70-84 B 2
60-69 C 3
50-59 D 4
40-49 E 5

Sekolah menengah atas

Julat markah Gred Nilai
90-100 A+ 0
80-89 A 1
70-79 A- 2
65-69 B+ 3
60-64 B 4
55-59 C+ 5
50-54 C 6
45-49 D 7
40-44 E 8
0-39 G 9

 Cara mengira gred purata:

Lihat senarai gred keseluruhan yang diperoleh.

Contoh:

5(A+)3(A)1(A-)

Tambah nilai gred yang dinyatakan di atas dan bahagikannya dengan bilangan mata pelajaran yang didaftar. Maka, gred purata pelajar yang memperoleh greed di atas ialah 0.56

Cara menentukan kedudukan dalam kelas (KDK) dan kedudukan dalam tingkatan (KDT)

Untuk menentukan Kedudukan Dalam Kelas (KDK), keputusan akan disusun mengikut tahap penguasaan yang ditentukan mengikut gred terendah yang diperolehi calon dan diikuti dengan susunan Gred Purata Pelajar (GPP).

Berikut merupakan cara baru menentukan kedudukan pelajar dalam kelas (KDK) yang lebih menumpu kepada gred pelajar kemudian gred purata pelajar (GPP)

No Nama BM Pem BM Pen BI Pem BI Pen Mat Sains Gred Semua Gred Purata Pelajar Tahap Penguasaan (Keputusan)
1 Abu A A A A A A 6A 1.00 Cemerlang
2 Chan B A A A B A 4A2B 1.33 Baik
3 Ismail A A B B A B 3A3B 1.50 Baik
4 Fati B B B B B B 6B 2.00 Baik
5 Jef C A A A A A 5A1C 1.33 Memuaskan
6 Bakar A A B C A B 3A2B1C 1.67 Memuaskan
7 Danial D A A A A A 5A1D 1.50 Mencapai Tahap Minimum
8 Kril D A D D D D 1A5D 3.50 Mencapai Tahap Minimum
9 Ghaz D D D D D D 6D 4.00 Mencapai Tahap Minimum
10 Eusof A A A E A A 5A1E 1.67 Belum Mencapai Tahap Minimum
11 Ham A B C D E D 1A1B1C2D1E 3.17 Belum Mencapai Tahap Minimum

Berikut ialah cara lama menentukan kedudukan pelajar dalam kelas (KDK) yan glebih menumpu kepada gred purata (GPP) pelajar kemudian gred pelajar.

No Nama BM Pem BM Pen BI Pem BI Pen Mat Sains Gred Semua Gred Purata Pelajar
1 Abu A A A A A A 6A 1.00
2 Chan B A A A B A 4A2B 1.33
3 Jef C A A A A A 5A1C 1.33
4 Danial D A A A A A 5A1D 1.50
5 Ismail A A B B A B 3A3B 1.50
6 Bakar A A B C A B 3A2B1C 1.67
7 Fati B B B B B B 6B 2.00
8 Kril D A D D D D 1A5D 3.50
9 Ghaz D D D D D D 6D 4.00
10 Eusof A A A E A A 5A1E 1.67
11 Ham A B C D E D 1A1B1C2D1E 3.17

SAPS berfungsi untuk menganalisis kesemua keputusan pelajar sesebuah sekolah dan membuat pengiraan yang dijelaskan di atas. Namun kehadiran tidak dikira oleh SAPS, ia direkodkan oleh guru tingkatan setiap hari persekolahan.

Tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman sekolah 2019

-Akan dikemaskini

Tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman sekolah 2018

Takwim peperiksaan dalaman sekolah 2019

Hubungi SAPS NKRA

Jika anda mempunyai sebarang masalah mahupun persoalan berkaitan pengaksesan SAPS Ibu Bapa, anda boleh menghubungi talian yang tertera di bawah atau menekan butang FAQ pada laman web https://sapsnkra.moe.gov.my/access-denied.php

Talian SAPS

Tel: 012-6497579

Waktu SAPS

Isnin – Jumaat 8:30 pg – 5:00 ptg (kecuali pada cuti umum)

Rehat pada 1:00 ptg – 2:00 ptg (kecuali hari jumaat 12:15 tengah hari – 2:45 petang)

Kandungan FAQ

Penggunaan singkatan :

1) SAPS Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

2) SUP Setiausaha Peperiksaan

3) GMP Guru Matapelajaran

4) GK Guru Kelas

5) KP Kad Pengenalan

6) APDM Aplikasi Pangkalan Data Murid

7) JPN Jabatan Pelajaran Negeri

1.0 Login

1.1 Setiausaha Peperiksaan Tidak Dapat Login ID

1.2 Guru Matapelajaran / Guru Kelas Tidak Dapat Login ID/ Lupa Kata Laluan

1.3 Mengubah ID dan Password

2.0 PENDAFTARAN SUP/GK/GMP

2.1 Level Setiausaha Peperiksaan Hilang

2.2 Pertukaran Level Guru Matapelajaran / Guru Kelas

2.3 Daftar Guru Matapelajaran Yang Baru

3.0 Pengurusan guru

3.1 Pertukaran Admin

3.2 Guru Matapelajaran Tersalah Pilih Kod Subjek

3.3 Pertukaran Guru Ke Sekolah Baru

3.4 Ambil Alih Subjek Guru Lain

3.5 2 Nama Sama Pada Lembaran Markah Di Dua Kelas berbeza

3.6 Sekolah Tidak Wujud Dalam SAPS

4.0 Semakan Ibu Bapa

4.1 Nombor Kad Pengenalan Pelajar Tidak Dapat Akses SAPS

4.2 Ejaan Nama Pelajar Salah

5.0 Pengisian markah UPSR/SPM

5.1 Pengesahan Markah Tidak Dapat Dilakukan

5.2 Subjek-Subjek Yang Diambilkira Dalam Pengiraan GPS PMR

5.3 Pengisian Markah Untuk Peperiksaan Percubaan

5.4 Mengubah Bilangan Murid Subjek Yang Diajar

Untuk mengetahui maklumat penting dan memuat turun maklumat dari semasa ke semasa layari laman web https://sapsnkra.moe.gov.my

Semoga anda mampu menggunakan aplikasi SAPS dengan baik.

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *