Select Page

Semakan Baki Pinjaman Perumahan kerajaan LPPSA Online (2019)

Pengenalan

Kakitangan awam yang membuat pinjaman perumahan dari LPPSA kini boleh membuat Semakan Pinjaman Perumahan Kerajaan bukan sahaja secara online malah juga dengan perkhidmatan SMS.

Untuk makluman, bermula dari 1 Januari 2016, Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) telah dijenama semula kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) mengambil alih sepenuhnya fungsi pengurusan pinjaman perumahan daripada Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) dengan mengekalkan kemudahan dan faedah pinjaman perumahan sedia ada kepada semua penjawat awam.

Maklumat terkini

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan mengadakan Taklimat Pembiayaan Perumahan LPPSA yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 20 Januari 2019

Masa: 9.00 pagi– 12.30 tengah hari

Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC

Taklimat ini khusus kepada warga Malaysia Dental Association (SCODOS).

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan membuka Kaunter Perkhidmatan LPPSA dan mengadakan Taklimat Pembiayaan Perumahan LPPSA sempena Hari Bertemu Pelanggan SABAH yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 29 & 30 Januari 2019

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Lokasi: Lobi Rumah Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.

Penjawat awam di sekitar Sabah adalah dijemput hadir.

  • Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan membuka Kaunter Perkhidmatan LPPSA yang akan diadakan seperti butiran berikut:-

Tarikh: 25 Januari 2019

Masa: 8.00 pagi– 12.45 tengah hari

Lokasi: MAMPU, Putrajaya

Semua penjawat awam di sekitar lokasi program dijemput hadir.

Semak baki pinjaman perumahan

Cara semak baki pinjaman perumahan kerajaan LPPSA

Seperti yang diberitahu tadi terdapat 2 cara untuk menyemak pinjaman perumahan kerajaan iaitu secara atas talian (online) atau SMS.

Langkah melayari portal rasmi LPPSA

Laman web: http://www.lppsa.gov.my/v2/

baki 1

  • Gerakkan kursor tetikus ke arah butang “Perkhidmatan atas talian”
  • Sub menu akan dipaparkan seperti di bawah

baki 2

  • Klik butang “Permohonan pembiayaan” Skrin akan menunjukkan paparan seperti berikut

baki 3

Pendaftaran

  • Paparan yang anda lihat merupakan laman untuk log masuk.
  • Jika merupakan pengguna sedia ada, terus log masuk dengan mengisi No.KP baru anda bersama kata laluan.
  • Kemudian klik masuk
  • Jika anda merupakan pengguna baru anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
  • Klik butang “Pendaftaran ID Baru” yang terletak di bawah butang Log Masuk. Skrin computer anda akan kelihatan seperti di  bawah

baki 5 baki 6

  • Isikan maklumat yang diminta iaitu:
  • Klasifikasi perkhidmatan (wajib)
  1. Perkhidmatan awam
  2. Polis
  3. Tentera
  4. Badan berkanun/ Anggota Pentadbiran Kerajaan Tempatan
  5. LPPSA

baki 7

Rujuk tanda soal di sebelah “Klasifikasi perkhidmatan” untuk mengetahui klasifikasi perkhidmatan anda.

  • Gelaran (wajib)
  • Isikan Nama seperti dalam kad pengenalan (wajib)
  • No. KP baru (Tanpa tanda “ – ”) (wajib)
  • Tarikh lahir (wajib)
  • No. KP lama (tidak wajib)
  • Bangsa (wajib)
  • Alamat e-mel (wajib)
  • Alamat e-mel kedua (wajib)
  • Pernah anda membuat pinjaman dengan LPPSA? (wajib)
  • Nyatakan No. Akaun Pinjaman LPPSA (Jika anda mempunyai lebih dari satu akaun LPPSA. Pastikan anda menyatakan no. akaun yang terkini)
  • Kata laluan (tidak kurang daripada 6 aksara)
  • Pengesahan kata laluan (Isi semula kata laluan yang diisi di tempat kosong sebelum ini)

Yang bertanda * wajib diisi

Selepas selesai mengisi maklumat, klik butang “daftar”

Pengguna yang telah mendaftar akan dapat mengakses perkhidmatan-perkhidmatan seperti berikut:

  • Semakan status permohonan baru
  • Status bayaran kemajuan
  • Status baki pinjaman
  • Penyata tahunan
  • Penghantaran hak milik
  • Bayaran balik pinjaman

Semakan Baki Pinjaman Perumahan Kerajaan secara online

  • Pada sub menu yang sama juga, klik “Jom semak”

baki 2

  • Pop up seperti di bawah akan dilihat.

baki 8

  • Selepas membaca “Makluman dan Penafian” tersebut, klik setuju.
  • Kemudian paparan tersebut akan dilihat

baki 9

  • Isikan No.Kad Pengenalan/ Tentera/ Polis
  • Kemudian masukkan kod captcha
  • Setelah selesai mengisi, klik “semak”

Semakan Pinjaman LPPSA Melalui SMS

Berikut adalah cara terkini menyemak pinjaman perumahan kerajaan LPPSA melalui mySMS 15888:

  • Menyemak Baki Pinjaman Perumahan

Taipkan:

LPPSA<jarak>BAKI<jarak>[No Kad Pengenalan]

Contoh: LPPSA  BAKI  781114035243

Hantarkan SMS ke 15888

  • Menyemak Status Permohonan Pinjaman Perumahan

Taipkan LPPSA<jarak>STATUS<jarak>[No Kad Pengenalan] dan hantarkan SMS ke 15888

  • Mengakses Menu Servis LPPSA

Taipkan LPPSA<jarak>MENU dan hantarkan SMS ke 15888

Setiap SMS yang dihantar akan di caj RM 0.15 dan setiap penerimaan akan dicaj RM 0.20.

Di bawah merupakan maklumat tentang semakan status permohonan pinjaman, had kelayakan amaun pinjaman, status pengeluaran bayaran, semakan grean, alamat rasmi LPPSA, Menu servis LPPSA.

baki 10

Pusat Panggilan Utama : 03 – 8880 1600

Hubungi LPPSA

Alamat LPPSA:

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Kompleks Kementerian Kewangan,

No.9,  Persiaran Perdana, Presint 2

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 Putrajaya

Waktu operasi kaunter pusat

Isnin – Khamis

Jam 8.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat

Jam 8.00 Pagi – 12.00 Tengahari (Buka)

12.00 Tengahari – 2.00 Petang (Tutup)

2.00 Petang – 4.30 Petang (Buka)

Sabtu & Ahad (Tutup)

Cuti Umum (Tutup)

Waktu operasi pusat panggilan

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 5.30 Petang (Waktu Rehat : Pusat Panggilan Beroperasi)

Jumaat

8.00 Pagi – 5.30 Petang  (Waktu Rehat : Ditutup Jam 12.30 tengahari – 2.30 petang)

Untuk Makluman, Talian Pusat Panggilan Sangat Sibuk Pada Jam 10.00 Pagi Sehingga 1.00 Petang Dan 2.30 Petang Sehingga 4.00 Petang.

Oleh Itu LPPSA  Menggalakkan Panggilan Dibuat Di Luar Waktu Sibuk.

Jika mempunyai soalan, layari portal rasmi LPPSA dan klik pada “Soalan lazim”

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *