Select Page

PTPTN Semakan Baki Pinjaman Melalui Portal Online 2019

Cara semak baki pinjaman PTPTN secara online

  • Layari portal rasmi PTPTN https://www.ptptn.gov.my/

Baki pinjaman terkini, tunggakan, ansuran bukanan dan setiap transaksi bayaran balik akan direkodkan.

  • Klik pada menu “e-Perkhidmatan”
  • Klik pada sub menu “Bayaran balik”
  • Paparan berikut akan dilihat

ptptn 8

  • Klik pada “Penyata Pinjaman Online”. Paparan tersebut akan dilihat.

ptptn 9

  • Isikan nombor kad pengenalan baru untuk membuat carian
  • Paparan semakan penyata baki pinjaman anda akan ditunjukkan

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • Hantarkan SMS ke 15888

Sama seperti ketika anda ingin membuat permohonan pinjaman PTPTN, pin atau no pinjaman perlu didapatkan, namun kali ini no. pin/ no. pinjaman diperoleh dengan:

  • Menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455
  • Menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 manakala caj sebanyak RM0.20 akan dikenakan untuk penerimaan SMS.

Bayaran balik pinjaman

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, setiap peminjam wajib membayar balik pinjaman PTPTN termasuk kos-kos lain seperti kos upah, perlindungan takaful, cukai Setem Hasil dan bayaran lain seperti yang telah dinyatakan dalam Dokumen Tawaran Pinjaman.

Terdapat empat cara untuk membuat bayaran balik PTPTN iaitu dengan:

  • Pemotongan gaji
  • Direct debit
  • JomPay
  • -myPay

Tempoh mula bayaran balik pinjaman

  • Bayaran balik perlu dilakukan dalam tempoh 12 bulan selepas tamat pengajian tanpa perlu menunggu notis dari PTPTN.
  • Kos upah (ujrah) secara bulanan akan dikenakan bermula pada bulan ke 13
  • Peminjam yang membuat bayaran balik lebih awal tidak akan dikenakan kos upah.
  • Tempoh bayaran balik bagi peminjam yang membuat pertukaran ujrah adalah berdasarkan baki pinjaman

Ujrah

Penawaran Pertukaran Ujrah

  • Penawaran Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).
  • Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam kecuali;
  1. Peminjam yang disahkan meninggal dunia atau ilat
  2. Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses.

(Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.)

  • Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah.

Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.

Tempoh bayar balik ujrah

ptptn 11

Peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula.

Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.

Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, anda perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini/ penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.

Cara mohon pertukaran ujrah

ptptn 12

Tempoh sah laku perjanjian

Peminjam hendaklah memulangkan semula perjanjian yang telah dilengkapkan beserta Setem Hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh tawaran pertukaran Ujrah.

Jika gagal, peminjam hendaklah membuat permohonan semula pertukaran Ujrah dengan jumlah prinsipal berbeza disebabkan penambahan kos pentadbiran.

Penangguhan pembayaran balik

ptptn 13

 

Rayuan Terhadap Notis/ Saman

Peminjam perlu mengemukakan permohonan rayuan rasmi besertakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Surat Rayuan
  • Salinan Slip Gaji terkini/ Salinan Penyata KWSP terkini
  • Surat Tawaran Belajar daripada IPT
  • Surat pengesahan daripada IPT menyatakan bila tarikh sebenar/ dijangka tamat pengajian/ Surat pengesahan bekerja.

Penyenaraian Peminjam Dalam CCRIS

Penyenaraian Peminjam Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS.

Semakan hendaklah dibuat secara terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.

Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS anda positif.

Sekiranya rekod di CCRIS anda menunjukkan sebarang tunggakan, permohonan pinjaman anda berkemungkinan besar tidak akan dipertimbangkan oleh institusi kewangan.

Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Pengecualian Bayaran Balik

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

-Dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama oleh IPT.

-Mengikuti peringkat pengajian Ijazah secara sepenuh masa.

-Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

-Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

-Kursus yang diikuti oleh peminjam telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

-Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

Dokumen yang perlu disertakan:

-Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.

-Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan

-Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

-Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

-Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Nota:

-Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti yang ditetapkan oleh PTPTN iaitu:

  1. Bahagian Akademik IPT/ Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di IPT/Cawangan peminjam mengikuti pengajian sahaja.

-Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

-Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/ penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/ penggredan daripada IPT perlu disertakan.

-Syarat ini hanya terpakai kepada peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019.

-Permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman akan diproses dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

Insentif Diskaun Peminjam PTPTN Dalam Bajet 2018

Berita baik buat peminjam PTPTN kerana seperti dibentangkan dalam Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif diskaun sehingga 31 Disember 2018. Insentif ini bermotif untuk menggalakkan para peminjam yang belum menyelesaikan bayaran hutang PTPTN mereka untuk membuat bayaran balik.

Senarai Insentif PTPTN

Insentif:

-Diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

-Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

-Diskaun sebanyak 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

Perkhidmatan Lain PTPTN

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut:-

  • Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  • Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  • Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  • Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
  • Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Hubungi PTPTN

Bantuan Online

http://icare.ptptn.gov.my/eApps/system/index.do

Careline:

03-21933000

Fax:

03-21931263 / 03-21931267

Senarai Cawangan PTPTN:

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan-ptptn

 

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *