Select Page

Semakan Daftar Pemilih: SPR Semak Online Di SIni 2019

Pengenalan

Tahukah anda? Rakyat yang ingin melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemilih pilihan raya SPR perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu?

Bagi yang telah pun membuat pendaftran sebagai pemilih pilihan raya SPR, anda juga boleh membuat semak daftar untuk pilihan raya secara atas talian (online).

Walaupun pilihan raya ke-14 telah pun diadakan tahun lepas, iaitu tahun 2018, pilihan raya yang ke- 15 akan diadakan selepas 5 tahun (Tahun 2023).

Jadi, rakyat perlu pastikan bahawa mereka dilengkapi dengan segala maklumat yang diperlukan untuk menjamin diri mereka sebagai pemilih pilihan raya SPR pada 5 tahun akan datang.

Proses pilihan raya di Malaysia

Sejak bangku sekolah lagi, murid-murid diajar tentang pilihan raya melalui mata pelajaran sejarah. Nmaun, ada juga yang lupa sedikit sebanyak tentangnya.

Pilihan raya di Malaysia diadakan setiap 5 tahun.

Parti-parti politik di Malaysia telah pun wujud sejak wujudnya semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu yang inginkan kemerdekaan.

Parti-parti politik ini bertanding untuk memperoleh majoriti kerusi di parlimen dewan rakyat atau dewan undangan negeri supaya sebuah kerajaan persekutuan atau negeri boleh ditubuhkan.

Calon-calon yang memperoleh undi majoriti rakyat di bahagian yang mereka bertanding diisytihar sebagai pemenang.

Undang-undang dan peraturan pilihan raya

Undang-undang dan peraturan biasanya digubal untuk memastikan pelaksanaan sesuatu proses menjadi lancer.

Sama juga dengan prosedur pilihan raya, terdapat undang-undang dan peraturan supaya pilihan raya berjalan tanpa sebarang masalah.

Undang-undang dan peraturan yang berkait secara langsung dengan pilihan raya:

  • Perlembagaan Persekutuan.
  • Perlembagaan Negeri.
  • Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19).
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5).
  • Peraturan-peraturan (Pengendalian Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981.
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002.
  • Peraturan-peraturan (Pengundian Pos) Pilihan Raya, 2003.

Undang-undang yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya (Berperanan untuk melancarkan proses pilihan raya)

  • Akta Polis 1962
  • Akta Hasutan 1970
  • Akta Rahsia Rasmi 1972
  • Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Kelayakan calon

Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia, sebagai calon yang bertanding, mereka boleh mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.

Individu yang layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya perlu memenuhi syarat-syarat di bawah:-

  • Warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan calon
  • Tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.

Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:-

  • Telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman
  • Didapati seorang bankrap
  • Memegang jawatan berkepentingan ‘office of profit’
  • Gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihan raya
  • Didapati bersalah oleh mahkamah di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000 dan belum mendapat pengampunan
  • Telah memperoleh kewarganegaraan asing.

Bayaran deposit oleh calon parlimen untuk bertanding.

Jumlah deposit adalah seperti berikut:

  • RM 10,000 untuk deposit calon Parlimen
  • RM 5,000 untuk deposit bahan kempen Parlimen
  • RM 5,000 untuk deposit calon DUN
  • RM 3,000 untuk deposit bahan kempen DUN

Kempen

Peraturan-peraturan khas untuk berkempentelah diteliti dan dirangka oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti yang tertera di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002.

Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi.

Bagi memastikan pilihan raya berjalan lancer, bawah perkara 3(5) Akta Pilihan Raya 1958 dan perkara 27A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, pihak Suruhanjaya Pilihan raya berkuasa untuk melantik Pegawai Penguatkuasa dan membentuk satu atau lebih Pasukan Penguat Kuasa di setiap bahagian pilihan raya Parlimen, jika difikirkan perlu.

Pasukan ini dianggotai oleh:

  • Pegawai Penguatkuasa yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya
  • Seorang wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah
  • Seorang wakil dari Pihak Berkuasa Tempatan
  • Seorang wakil setiap parti/calon yang bertanding.

Pegawai Penguat Kuasa bertanggungjawab kepada Pegawai Pengurus.

Tugas pasukan ini ialah

  • Memantau bahan-bahan kempen
  • Ceramah-ceramah pilihan raya dan perhimpunan umum
  • Memastikan peruntukan-peruntukan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan pilihan raya tidak dilanggar.

Suruhanjaya Pilihan Raya juga akan menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat Pusat/Negeri/bahagian-bahagian pilihan raya.

Tujuannya adalah supaya penerangan kepada parti-parti politik, calon-calon atau ejen-ejen dan petugas-petugas parti mengenai undang-undang dan peraturan pilihan raya boleh dilakukan.

Hari mengundi

Kawasan sekolah biasanya dijadikan pusat mengundi.

Hari mengundi merupakan hari pemilih-pemilih membuang undi. Secara rasmi hari mengundi bermula dari selepas 12.00 tengah malam dan berakhir dengan pengumuman keputusan pilihan raya.

Waktu membuang undi ditetapkan dari jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang di seluruh Malaysia. Bagi kawasan-kawasan pedalaman, unit-unit bergerak digunakan untuk memastikan kelancaran membuang undi.Waktu membuang undi mungkin berbeza antara daerah-daerah.

Notis untuk memaklumkan orang ramai tentang perkara-perkara pilihan raya biasanya akan dikeluarkan oleh pihak SPR

Antara perkara tersebut ialah:

  • Tarikh mengundi
  • Lokasi tempat mengundi
  • Waktu mengundi di semua tempat mengundi
  • Lokasi pusat pengiraan dan penjumlahan undi.

Pada petak mengundi, para pengundi dikehendaki membuat satu tanda yang menunjukkan pilihan mereka pada setiap kertas undi.

Tanda ini, seperti tanda ‘X’, tanda semak ataupun titik, perlu dibuat pada lajur calon yang dipilih sahaja.

Kelayakan pemilih.

Ciri- ciri pemilih yang layak

  • Warganegara Malaysia
  • Telah mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh kelayakan
  • Bermastautin di dalam sesuatu bahagian pilihan raya pada tarikh kelayakan yang sedemikian (Jika tidak bermastautin sedemikian, ialah seorang pengundi tidak hadir
  • Didaftarkan, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pilihan raya, dalam daftar pemilih sebagai pemilih dalam bahagian pilihan raya tempat dia bermastautin pada tarikh kelayakan,

Pengundi dilarang mengundi dalam lebih daripada satu bahagian pilihan raya

Jika seseorang berada di dalam sesuatu bahagian pilihan raya semata-mata oleh sebab dia ialah seorang pesakit di suatu institusi turut disifatkan tidak bermastautin di dalam bahagian pilihan raya itu.

Hilang kelayakan sebagai pemilih

Seseorang hilang kelayakan untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihan raya ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan jika

  • Pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau sedang menjalani hukuman pemenjaraan
  • Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di dalam mana-mana bahagian Komanwel dan dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama tempoh melebihi dua belas bulan dan pada tarikh kelayakan itu dia masih kena menjalani apa-apa hukuman bagi kesalahan itu.

Pendaftaran pemilih

Pendaftaran pemilih boleh dibuat melalui:

  • Pendaftaran statik seperti di:

  1. Kaunter Ibu Pejabat SPR Malaysia
  2. Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  3. Pejabat Pos Berkomputer.

Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

  • Pendaftaran Bergerak seperti

  1. Out-Reach Team SPr
  2. Penolong Pendaftar (Parti Politik) atau Penolong Pendaftar di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang dilantik oleh SPR.

Pemohon perlu mengisi Borang A berdasarkan maklumat yang terdapat dalam kad pengenalan, resit JPN KPPK 9 atau Resit JPN KPPK 11 yang telah disahkan butirannya oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Senarai pusat-pusat pendaftaran

  • Ibu Pejabat SPR di Putrajaya
  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri di seluruh negara
  • Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara
  • Pejabat Daerah/Pejabat Majlis Daerah
  • Tempat-tempat awam seperti pasar malam, pasaraya atau taman-taman perumahan yang dikunjungi oleh Out-Reach Team SPR
  • Mendaftar di pejabat pos dengan syarat resit JPN KPPK 11 perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. (Resit JPN KPPK9 tidak perlu disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.)

Pendaftaran pemilih hanya boleh dibuat menggunakan maklumat yang tertera di kad pengenalan sahaja. Sijil lahir tidak diterima.

Anda tidak boleh mendaftar bagi pihak orang lain termasuk waris kerana mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, seseorang warganegara yang layak perlu hadir sendiri untuk mendaftar sebagai pemilih.

Cara untuk membuat pendaftaran sebagai pemilih biasa

  • Datang sendiri ke mana-mana pusat pendaftaran
  • Serahkan kad pengenalan anda kepada petugas SPR. Petugas tersebut akan mengisikan borang pendaftaran anda
  • Semak borang pendaftaran yang telah diisi oleh petugas SPR tersebut dan pastikan semua maklumat adalah lengkap dan tepat.
  • Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  • Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai bukti sekiranya perlu untuk membuat sebarang tuntutan semasa tempoh pameran, rang daftar pemilih tambahan nanti.

Cara untuk membuat pendaftaran sebagai pengundi tidak hadir

  • Anggota tentera

Pendaftaran PTH dari kalangan ATM dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JRP-ATM. Untuk mendaftar sebagai PTH, anda perlu:

  1. Menghubungi petugas-petugas SPR yang dilantik dari kalangan pegawai JRP
  2. Serahkan kad pengenalan tentera anda dan MyKAD (untuk pasangan) kepada petugas yang dilantik oleh SPR yang akan mengisikan borang pendaftaran anda.
  3. Apabila diserahkan kembali borang yang telah diisi, semak borang tersebut untuk memastikan semua maklumat lengkap dan tepat.
  4. Turunkan tandatangan anda selepas berpuas hati
  5. Dapatkan salinan borang pendaftaran dan simpan sebagai buktui sekiranya perlu digunakan sebagai rujukan semasa tempoh pameran draf pemilih pilihanraya tambahan
  • Warganegara Malaysia yang berada di luar negara

Pendaftaran PTH dalam kalangan penjawat awam atau pelajar di luar negara dan pasangan mereka akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan/ konsulat Malaysia di luar negara.

Untuk mendaftar sebagai PTH (luar negara) anda perlu

  1. Datang sendiri ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi, Kedutaan atau konsulat Malaysia di luar negara
  2. Serahkan MyKad atau passport anda kepada petugas SPR dilantik yang akan mengisi borang pendaftaran anda
  3. Nyatakan alamat tempat tinggal (alamat anda semasa di luar negara), pekerjaan, nombor siri borang A kepada petugas SPR.
  4. Semak borang yang diisi supaya maklumat lengkap dan tepat.
  5. Turunkan tanda tangan anda
  6. Dapatkan salinan borang pendaftaran ini untuk rujukan semasa tempoh pameran rang daftar pemilih tambahan.

Semakan daftar pemilih SPR Online.

Setakat ini server semakan ini masih buka. Berikut merupakan cara untuk membuat semakan daftar pemilih SPR Online.

  • Layari portal semakan pemilih SPR

Laman web: https://pengundi.spr.gov.my

spr 1

  • Isikan No. Kad Pengenalan anda
  • Masukkan aksara captcha seperti yang dipaparkan
  • Klik semak setelah selesai

spr 2

Paparan di atas menunjukkan:

  1. Nama penuh
  2. No.Kad Pengenalan
  3. Tarikh Lahir
  4. Jantina
  5. Lokaliti
  6. Daerah mengundi
  7. DUN
  8. Parlimen
  9. Negeri

Jika pilihan raya sudah menjelang tiba paparan anda akan kelihatan sedikit berbeza.

Hal ini kerana selain butiran yang dinyatakan di atas butiran seperti di bawah akan ditunjukkan:

  1. Pusat mengundi
  2. Saluran
  3. Masa mengundi
  4. Bil.

spr 3

Semakan ini biasanya digunakan untuk menyemak sama ada anda telah berdaftsr sebagai pengundi atau tidak.

Jika bukan untuk tujuan di atas, maka semakan ini turut boleh digunakan untuk menyemak tempat dan masa mengundi untuk kawasan parlimen dan DUN yang didaftarkan.

Jika penggunaan ke atas laman ini terlalu tinggi, maka anda mungkin menghadapi kesukaran untuk mengaksesnya. Jadi mohon banyak bersabar jika perkara ini berlaku.

Semak daftar pengundi/ pemilih SPR bagi isi rumah

Kemudahan ini tidak disediakan.

Kemudahan yang dimaksudkan disini ialah semakan daftar pemilih SPR untuk lebih daripada seorang individu secara serentak.

Kemudahan ini membolehkan mereka yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat rumah yang sama didaftarkan di kawasan parlimen, DUN, Daerah mengundi dan Lokaliti yang sama.

Semakan daftar pemilih pilihan raya melalui SMS

Cara membuat semakan daftar pemilih pilihanraya secara SMS adalah seperti berikut:

  • Taip SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO.IC (Contoh 840121025509) dan hantar ke 15888
  • Taip SPR <jarak> NO. I.C (Contoh 840121025509 ) dan hantar ke 15888

Semak melalui aplikasi MySPR Semak

MySPR Semak merupakan satu aplikasi semakan daftar pemilih dan keputusan PRU yang boleh dimuat turun melalui Google Play Apps Store untuk telefon pintar Android.

Untuk telefon pintar iOS seperti telefon pintar berjenama Apple, aplikasi semakan ini boleh dimuat turun melalui Apple Apps.

Kemudahan ini adalah percuma.

Pengguna juga boleh membuat semakan nama calon yang bertanding pada pilihan raya (Calon DUN dan Parlimen)

Semakan melalui E-Panggilan ke Call Center

Sila hubungi No. Tel:

03-8892 7018

Jenis-Jenis Pemilih

Kategori pemilih adalah seperti dibawah:

  • Pengundi biasa

Mereka yang telah membuat pendaftaran sebagai pengundi dan perlu menghadirkan diri ke pusat mengundi

Semasa hari pengundian, sila pastikan anda:

  1. Datang awal ke pusat mengundi
  2. Dapatkan slip saluran mengundi di borang semakan SPR
  3. Beratur dengan senyap I saluran mengundi anda
  4. Bila dibenarkan masuk ikuti procedure yang telah ditetapkan
  5. Segera beredar selepas mengindi. Pusat mengundi adalah kawasan larangan.
  • Polis

Pengundi polis adalah angota polis dan pasangan PGA yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal.

Terdiri daripada dua sub kategori iaitu:

  1. Pengundi
  2. Pengundi pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota polis yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak mohon undi pos
  • Tentera

Pengundi tentera adalah anggota tentera dan pasangan yang telah ditetapkan sebagai pengundi awal. Juga terdiri daripada dua sub kategori iaitu:

  1. Pengundi
  2. Pengundi pos: Undi pos boleh diperolehi melalui permohonan hanya pada anggota tentera yang bertugas semasa pengundian awal dan hari pengundian biasa layak mohon undi pos.
  • Luar negara

Terdapat dua sub kategori seperti berikut:

  1. Pengundi tidak hadir luar negara (mereka tidak perlu mohon untuk undian pos)
  2. Warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan telah mendaftar sebagai pengundi (mereka perlu memohon untuk mengundi secara pos)
  • Media

Anggota media yang membuat liputan pilihan raya semasa hari pengundian mereka perlu mohon untuk mengundi secara pos.

Hubungi SPR

Alamat:

Kaunter Ibu Pejabat SPR Malaysia

Aras G, Menara SPR

No. 2, Jalan P2T, Presint 2

62100 Putrajaya

No.Tel:

03-8892 7018

Fax:

03-8892 7001

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *