Select Page

Semakan JPJ Number Plate Terkini Online (No Pendaftaran) 2019

Pengenalan

Ingin tahu No. Plat terkini (Running number JPJ) setiap negeri kini untuk tahun 2019? Dengan adanya internet, semuanya hanya di hujung jari anda!

Kepada anda yang ingin mengetahui nombor pendaftaran kenderaan terkini dan membeli atau membida No. Plat kenderaan untuk nombor tertentu boleh membuat Semakan No. Plat Terkini secara online di laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Perkhidmatan semak No. Plat kereta motor yang disediakan adalah percuma.

Senarai nombor plat kenderaan terkini untuk setiap negeri dan kawasan di Malaysia akan dipaparkan di sistem semakan secara atas talian.

Antara negeri yang mempunyai kadar perubahan No. Plat yang laju ialah:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Johor
  • Selangor
  • Pulau Pinang

Nombor Plat Terkini Kenderaan Seluruh Malaysia

Berikut dikongsikan cara-cara membuat semakan no. plat kenderaan terkini melalui Aplikasi transaksi dalam talian online JPJ.

Pemilihan No. Plat kenderaan adalah bergantung pada kehendak seseorang ataupun syarikat tersebut.

Ada juga pihak yang memilih untuk membida nombor plat yang cantik dan menarik pada harga yang tinggi.

Antara contoh nombor plat cantik dan menarik seperti yang dinaytakan di atas ialah:

  • (Nombor tunggal) Single digit
  • (Nombor kembar) Double digit
  • Nombor kahwin
  • Nombor mengikut tarikh lahir
  • Nombor mengikut nama

Spesifikasi No Plat Kenderaan

3 Bentuk Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan yang dibenarkan

  1. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  2. Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  3. Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

plat 001

Semakan nombor plat terkini kereta motor

Semakan nombor plat terkini untuk kereta ataupun kenderaan motor boleh dilakukan melalui portal rasmi JPJ secara atas talian.

plat 1

  • Pada laman utama portal rasmi JPJ, klik pada menu “Nombor kenderaan terkini”. Paparan seperti di bawah akan dilihat.

plat 2

  • Pilih Kawasan/ Negeri anda
  • Isikan kod sekuriti yang dipaparkan
  • Tekan butang “Semak”
  • terkini mengikut tarikh dan masa akan dipaparkan untuk kawasan/ negeri yang dicari

Contoh paparan No. Plat Kenderaan Baru

plat 3

Nombor pendaftaran kenderaan terkini (Setakat 12/3/2019)

Kawasan Semenanjung Malaysia No. Plat Kenderaan/ No. Pendaftaran Kenderaan baru
Perlis RAB6249
Kedah KER2951
Langkawi KV1644E
Pulau Pinang PNV3719
Perak ALG865
Selangor BPU5927
Kuala Lumpur VCW1850
Putrajaya TIADA NOMBOR PENDAFTARAN TERKINI
Melaka MDD2191
Negeri Sembilan NDL1542
Johor JTG7790
Pahang CEC2712
Terengganu TCA8551
Kelantan DDL3982

 

Kawasan Sabah No. Plat Kenderaan/ No. Pendaftaran Kenderaan baru
Kota Kinabalu SYB9074
Sandakan SMA2729
Beaufort SB4169D
Lahad datu SD9253N
Kudat SK2710B
Keningau SU4636E
Tawau SW2098
Labuan LG2196

 

Kawasan Sarawak No. Plat Kenderaan/ No. Pendaftaran Kenderaan baru
Kuching QAA5369W
Miri QM7476E
Bintulu QTS945
Sibu QS1394K
Sri Aman QBD4925
Limbang QLC1329
Sarikei QRL8652
Kota Samarahan QCJ1457
Kapit QPB2634

Apa itu mySIKAP? 

Pengguna juga boleh membuat pembelian atau tempahan No. Plat kenderaan melalui  Sistem Transaksi dalam talian mySIKAP.

Pengguna perlu mendaftar sebelum sebarang transaksi yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu boleh dilakukan secara atas talian.

No. Rujukan Pendaftaran

Terma dan Syarat:

Nombor rujukan ini akan tamat tempoh dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh dikeluarkan.

Jika nombor rujukan yang dimasukkan telah tamat tempoh, sistem akan menjana nombor rujukan baharu dan akan dihantar ke e-mel berdaftar anda.

Nombor Rujukan Pendaftaran ini perlu didapatkan sebelulm mendaftar masuk ke mySIKAP kali pertama.

Bagi pemegang myKAD, anda boleh mendapatkan nombor rujukan pendaftaran ini di kaunter JPJ

Cara mendaftar mySIKAP

  • Layari portal rasmi JPJ

Laman web: http://www.jpj.gov.my/

  • Skrol ke bawah dan lihat pada bahagian penjruu kanan bawah skrin computer anda.
  • Menu Perkhidmatan mySIKAP akan dilihat

plat 4

  • Pada bahagian “Orang Awam”, klik pada “Daftar”. Paparan di bawah akan dilihat

plat 5

  • Masukkan No. Rujukan Pendaftaran

Anda diingatkan bahawa nombor rujukan ini akan tamat tempoh dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh dikeluarkan.

Jika nombor rujukan yang dimasukkan telah tamat tempoh, sistem akan menjana nombor rujukan baharu dan akan dihantar ke e-mel berdaftar anda.

  • Kemudian klik “Teruskan”
  • Ikuti langkah kedua dan ketiga seperti yang akan dibawa dan ditunjukkan dalam portal rasmi tersebut.

Setelah selesai mendaftar anda boleh mula melaksanakan apa-apa jua transaksi atas talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

 

Panduan Memohon Nombor Pendaftaran Kenderaan

Kategori Nombor Pendaftaran:

  1. Nombor-nombor Bernilai Utama

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

 

  1. Nombor-nombor Menarik

11

12

13

14

15

16

17

18

19

22

28

33

38

55

66

77

88

99

111

222

333

555

666

777

888

999

1111

2222

3333

5555

6666

7777

8888

9999

 

 

  1. Nombor-nombor Popular

20

21

23

24

25

26

27

29

30

31

32

34

35

36

37

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

78

79

80

81

82

83

84

85

86

87

89

90

91

92

93

94

95

96

97

98

100

200

300

400

500

500

700

800

900

1000

1001

1122

1221

1133

1331

1155

1551

1166

1177

1771

1188

1881

1199

1919

1991

2000

2002

2020

2211

2112

2233

2332

2255

25225

2552

2266

2662

2277

2727

2772

2288

2828

2882

2299

2929

2992

3000

3003

3030

3300

3131

3113

3322

3232

3223

3355

3535

3553

3366

3636

3377

3773

3388

3838

3399

3939

3993

4000

5000

5005

5515

5115

5522

5533

5353

5335

5566

5665

5577

5775

5588

5885

5599

5995

5000

5006

6611

6116

6622

6633

6336

6655

6556

6677

6776

6688

6868

6886

6699

6969

6996

7000

7007

7070

7711

7171

7117

7722

7227

7733

7373

7755

7557

7766

7667

7788

7878

7887

7799

7997

8000

8008

8811

8181

8118

8822

8228

8833

8383

8338

8855

8558

8866

8668

8877

8778

8899

8989

8998

900

9009

9911

9119

9922

9229

9933

9339

9955

9559

9966

9696

9669

9977

9779

9988

9898

9889

 

 

 

Dokumen yang diperlukan:

NOTA : Semua dokumen hendaklah diisi ke dalam sampul surat , ditulis di luar sampul surat : ” TEMPAHAN NOMBOR PENDAFTARAN ” dan dimasukkan ke dalam peti tempahan yang disediakan.

Permohonan Menyertai Tempahan Nombor Pendaftaran Secara Tawaran:

  1. M.V. 10 
  2. Bayaran perkhidmatan RM 10.00.
  3. Bayaran deposit 50% daripada harga tempahan dan dikemukakan dengan bank draf/ kiriman wang/ wang pos atas nama “Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia”.
  4. Salinan Kad Pengenalan Pemohon (individu / syarikat) yang disahkan.
  5. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan).
  6. Sampul surat bersetem dan beralamat sendiri

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran Secara Pilihan:

  1. M.V.10A 
  2. Slip Bayaran yuran perkhidmatan RM10.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (passport).
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan)

Permohonan Mendapatkan Nombor Pendaftaran (Kelulusan Khas):

  1. M.V.10B 
  2. Surat Permohonan.
  3. Salinan Kad Pengenalan Pemohon / identiti pengenalan diri (pasport)
  4. Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Syarikat (Borang 9 atau Borang 13) dan Borang 49 yang disahkan oleh Pendaftar Syarikat / Setiausaha Syarikat atau salinan Sijil Pendaftaran Perniagaaan).

Keputusan:

PERINGATAN : Pemohon yang berjaya dilarang sama sekali memberi/menjual nombor pendaftaran mereka kepada orang lain kecuali dengan pertimbangan khas dari Pengarah Negeri seperti kes pertukaran daripada ibu/bapa kepada anak, suami/isteri/anak dan individu kepada syarikat di mana ia menjadi Lembaga Pengarah.

  1. Surat keputusan akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya dan tidak berjaya.
  2. Bagi pemohon yang tidak berjaya,deraf bank/kiriman wang/wang pos akan dikembalikan.
  3. Senarai nama dan nombor identiti pengenalan diri pemohon yang berjaya akan dipamerkan di JPJ Negeri/Cawangan yang menawarkan nombor pendaftaran tersebut.
  4. Pemohon yang berjaya hendaklah menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat keputusan.
  5. Pemohon yang telah menjelaskan bayaran hendaklah mendaftarkan nombor tersebut dalam tempoh TIGA (3) bulan dari tarikh bayaran dijelaskan.
  6. Pemohon yang berjaya yang tidak menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan atau tidak mendaftarkan nombor pendaftaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan, maka nombor pendaftaran tersebut akan ditarik balik dan ditawarkan kepada pemohon lain yang berminat.
  7. Penangguhan pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
  8. Keputusan Jawatankuasa Pengurusan Nombor Pendaftaran adalah muktamad.

Harga Tempahan:

Harga tempahan minima bagi setiap nombor pendaftaran tertakluk kepada kategori nombor seperti berikut:

  1. Nombor Bernilai Utama RM10,000.
  2. Nombor Menarik RM 2,000.
  3. Nombor Popular RM 300.
  4. Nombor Semasa RM 300.

Maklumat Tambahan:

  1. Tempahan nombor pendaftaran boleh dibuat dimana-mana JPJ Negeri. Masukkan sampul surat permohonan ke dalam peti tempahan mengikut nama Negeri yang dipamerkan pada peti tempahan.
  2. Iklan tawaran tempahan nombor pendaftaran lain-lain Negeri akan dipamerkan di semua pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.
  3. Tempoh tempahan akan ditutup pada jam 12.00 tengahari pada hari terakhir tawaran dibuka.
  4. Bayaran yuran perkhidmatan RM10 boleh dibayar dimana-mana pejabat JPJ Negeri/ Cawangan.

Hubungi JPJ

No. Telefon:
+60 3 8000 8000 (Umum)
 
Faks
+60 3 8881 0194 (Faks)

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *