Select Page

Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 1 & 4 Online (2019)

Pengenalan

Semakan keputusan tawaran MRSM sesi kemasukan tahun 2019 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Pelajar lepasan UPSR dan PT3 yang telah menghantar borang permohonan kemasukan ke MRSM boleh membuat semakan tawaran anda.

Maklumat:

Untuk calon yang telah membuat pendaftaran untuk program Ulul Albab dan Program MRSM Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)

  • Calon yang telah mendaftar untuk program Ulul Albab dan IGCSE akan menerima SMS/ emel.
  • Calon dikehendaki mengikuti ujian khas iaitu Ujian Kecendeungan Kemasukan MRSM Ulul Albab atau ringkasnya UKKM.
  • Calon dikehendaki memilih lokasi ujian. Kemudian, tarikh dan masa ujian akan ditunjuk untuk tindakan calon selanjutnya.

Panduan UKMM Ulul Albab

  • Semakan dan pendaftaran
  • Ujian tulisan jawi- 5 minit (Sila pastikan alat tulis dibawa bersama)
  • Hafazan kuarantin- Hafaz semua ayat-ayat hafazan yang akan diberikan dalam masa 25 minit. Aspek yang dinilai ialah hafazan tajwid dan kelancaran
  • Ujian Hafazan- Hafazan wajib (Ayat 1 – 12 Surah Al Mulk)

Maklumat tambahan:

  • MRSM Program Ulul Albab merupakan program yang menawarkan subjek tambahan seperti pengajian Al-Quran, Bahasa Arab, dan bahasa lain selain subjek teras sedia ada di MRSM.
  • MRSM Program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) ini pula diperkenalkan untuk menambah nilai SPMRSM sedia ada yang menawarkan pensijilan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Untuk calon yang telah memilih dan mendaftar untuk kemasukan ke MRSM Bentong dan MRSM Arau

  • Calon-calon yang telah memilih dan mendaftar untuk kemasukan ke MRSM Bentong dan MRSM Arau perlu merujuk kepada notis panggilan yang telah dihantar melalui alamat emel pemohon yang didaftarkan semasa permohonan MRSM yang lalu
  • Calon juga dikehendaki untuk menduduki ujian khas.
  • Calon hendaklah login pautan di bawah untuk semakan tarikh dan lokasi ujian khas.
  • http://online05.mara.gov.my/datamrsm/ujiankhas/tahun.asp
  • Paparan seperti di bawah akan dilihat

 

mrsm 1

  • Masukkan angka giliran UPSR anda untuk membuat semakan tarikh dan tempat ujian khas.

Semakan Keputusan Tawaran MRSM

Pemohon yang berjaya akan menerima makluman melalui Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS). Surat tawaran rasmi boleh dicetak dengan melayari pautan di bawah.

Pemohon yang tidak berjaya dan ingin membuat rayuan boleh membuat rayuan melalui pautan yang sama.

Pemohon yang berjaya dikehendaki sahkan penerimaan atau penolakan tawaran dalam tempeh tujuh (7) hari. Calon yang tidak mengesahkan penerimaan dianggap telah menolak tawaran kemasukan.

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2019 Tingkatan 1

Tarikh buka semakan: 21 Disember 2019

Tarikh tutup semakan:

Semakan keputusan tawaran MRSM Tingkatan 1 melalui SMS

  • Taip MARA <jarak>MRSM<jarak>ANGKA GILIRAN kemudian hantar SMS ke 15888

Semakan Keputusan Tawaran MRSM 2019 Tingkatan 4

Tarikh Semakan Dibuka: 28 Disember 2019

Tarikh Semakan Ditutup:

Semakan keputusan tawaran MRSM melalui SMS:

  • Taip MARA<jarak>MRSM<jarak>ANGKA GILIRAN kemudian hantar SMS ke 15888

Maklumat tambahan:

Keputusan tawaran kepada calon adalah muktamad. Calon tidak boleh membuat permohonan perubahan tempat.

Pemilihan MRSM adalah atas pertimbangan kedudukan status ekonomi calon.

Calon gagal mendapat tawaran

Calon yang gagal mendapat tawaran berhak untuk membuat rayuan untuk dipertimbangkan semula.

Walau bagaimanapun, penilaian dibuat berdasarkan merit pelajar dan kekosongan yang ada dalam MRSM tersebut.

Rayuan boleh dibuat setelah keputusan tawaran diumumkan.

Calon hendaklah mengemukakan surat rasmi dan dokumen-dokumen sokongan (inisiatif masing-masing) seperti sijil-sijil kegiatan sekolah kepada MRSM.

Rayuan yang dikemukakan akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan dan Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA.

Calon yang tidak mendapat maklum balas sehingga 30 April 2019 dianggap gagal untuk dipertimbangkan untuk kemasukan ke MRSM kali kedua.

Calon boleh hubungi talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766 sekiranya ingin mendapatkan kepastian berkenaan status rayuan.

Cara membuat rayuan

Seperti yang dinyatakan tadi, rayuan permohonan untuk calon yang tidak berjaya pada pengambilan kali pertama juga boleh dilakukan melalui pautan di bawah

Jika tiada butan pautan rayuan selepas membuat semakan keputusan, calon/ pemohon boleh menulis surat rasmi permohonan rayuan secara bertulis kepada pihak MARA.

Anda boleh menggunakan aplikasi google untuk menyemak atau mencari contoh surat rayuan kepada pihak MRSM sebagai panduan.

FAQ

Permohonan Dan Penempatan Pelajar Ke MRSM

Soalan: Bilakah rayuan saya akan dijawab dan bagaimanakah saya dapat tahu tentang keputusan rayuan saya?

Jawapan: Oleh kerana MARA selalunya menerima ribuan surat rayuan, ada kemungkinan rayuan pemohon tidak terjawab oleh MARA.

Calon diingatkan supaya merujuk kepada Kad jawapan yang jelas menerangkan bahawa pemohon yang tidak menerima jawapan sehingga akhir April pada tahun tersebut, adalah tidak berjaya.

Pemohon juga boleh berhubung dengan pihak kami melalui talian 03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.

Soalan: Bagaimanakah cara saya membuat surat rayuan yang terbaik dan adakah perlu saya mendapatkan surat sokongan daripada pihak tertentu?

Jawapan: Surat surat rayuan yang terbaik adalah surat yang resmi. Sokongan dari pihak tertentu adalah inisiatif masing masing.

Walau bagaimana pun, pertimbangan ke atas rayuan masih bergantung kepada merit yang dicapai oleh pemohon. Ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar peringkat Pengurusan MARA.

Sokongan rayuan adalah dialu-alukan dengan mengepilkan sijil sijil yang telah disahkan sebagai bukti penglibatan dalam mana mana aktiviti.

Soalan: Jika saya tidak berjaya, bolehkah saya buat rayuan dan adakah rayuan anak saya akan mendapat pertimbangan?

Jawapan: Ya, boleh. Setiap pemohon berhak membuat rayuan jika dia tidak menerima tawaran pada kali pertama. Walau bagaimana pun pemilihan pemohon rayuan masih berasaskan merit pemohon.

Hubungi MRSM

Talian:

03-26915111 sambungan 3331 / 3392 / 3394 / 3764 / 3765 / 3766.

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *