Select Page

Semakan Keputusan Permohonan UPSI melalui Portal Online

Semakan keputusan permohonan UPSI

Panduan semakan kemasukan ambilan kedua ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk Program Ijazah Sarjana Muda UPSI sesi kemasukan Februari 2019 dan Program Diploma ambilan November 2018.

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSI sesi 2018-2019 secara online. Tahniah kepada para pemohon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI

Kepada anda yang telah hantar permohonan upsi secara online sebelum ini.

Berita baik untuk anda yang membuat permohonan sebelum ini, semakan upsi telah dibuka kepada umum untuk sesi kemasukan November 2018 dan juga kemasukan Februari 2019.

Di bawah akan diberikan panduan dan tarikh penting untuk semakan keputusan permohonan UPSI sesi ambilan 2018-2019 buat pemohon lepasan SPM & STPM dan setaraf.

Permohonan kemasukan ambilan kedua (second intake) ke UPSI telah dibuka untuk para pelajar lepasan STPM/ setaraf untuk program Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan juga dibuka untuk lepasan SPM untuk program Diploma.

Bagi mereka yang terlepas, permohonan UPSI 2018 ambilan seterusnya boleh dilakukan melalui permohonan UPU.

Semakan Keputusan UPSI Ambilan Februari 2019

Tarikh penting semakan keputusan tawaran UPSI ambilan Februari 2019 bagi Program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM atau setaraf.

  • Semakan Panggilan Temuduga bukan pendidikan dan Ujian MEDSI:

Bermula 5 hingga 13 Disember 2018.

  • Ujian MEDSI:

11 hingga 13 Disember 2018

  • Temuduga dan Ujian Khas Bukan Pendidikan:

11 Disember 2018 hingga 3 Januari 2019

  • Semakan panggilan temuduga dan ujian khas pendidikan:

26 Disember 2018

  • Temuduga dan Ujian Khas Pendidikan:

1 hingga 12 Januari 2019

  • Hebahan jaya kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda (ISM):

25 Januari hingga 4 Februari 2019

  • Pendaftaran pelajar baru:

11 Februari 2019

  • Permohonan rayuan UPSI dibuka:

25 hingga 30 Januari 2019

  • Hebahan Jaya calon e-rayuan:

15 Februari 2019

  • Pendaftaran Pelajar rayuan:

19 Februari 2019

  • Semakan Jaya Ijazah Sarjana Muda:

15 Februari 2019 (Jumaat) selepas jam 5.00 Petang

Semakan hanya dibuka sehingga 19 Februari 2019

  • Semakan jaya Diploma lepasan SPM:

13 November 2018 (Selasa) selepas jam 5.00 petang

  • Semakan jaya Diploma pendidikan lepasan ijazah:

30 Ogos 2018 (Khamis) selepas jam 5.00 petang

Semakan Keputusan UPSI Ambilan November 2018

Semakan keputusan tawaran ke UPSI untuk Program Diploma Lepasan SPM dan Setaraf akan diumumkan pada 22 hingga 31 Oktober 2018.

Permohonan e-Rayuan dibuka dari 22 hingga 26 Oktober 2018 buat pemohon yang gagal mendapat tawaran.

Hebahan jaya calon rayuan boleh disemak pada 13 hingga 19 November 2018.

Semakan UPSI Online

Semakan keputusan tawaran UPSI boleh dilakukan oleh pemohon melalui portal rasmi UPSI pada laman web di bawah,

Laman web: http://www.upsi.edu.my/kemasukan/tawaran/

Semakan Ujian Khas/ Panggilan Temuduga/ Ujian Medsi

Tarikh-tarikh yang dinyatakan sebelum ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dari masa ke semasa.

Sila layari http://www.upsi.edu.my/online/ untuk mendapatkan informasi terkini dan semasa yang berkaitan permohonan dan semakan UPSI.

Semakan keputusan permohonan UPSI juga boleh dilakukan melaului semakan permohonan UPU.

Hal ini kerana, permohonan ke mana-mana UA, US, Politeknik, Matrikulasi boleh dilakukan melalui permohonan UPU. Permohonan rasmi melalui portal web rasmi UPU bolehdisemak melalui langkah-langkah tertentu.

(Add link to semakan permohonan UPU)

Hubungi UPSI

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan Diploma UPSI, boleh diajukan kepada:-

Unit Kemasukan

Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

35900 Tanjung Malim, Perak

 

Tel: 05-340 6932/ 6930/ 6929

 

Email: akademik @upsi.edu.my

 

Tahniah diucapkan kepada mana-mana daripada anda yang berjaya ketika melakukan semakan upsi untuk siri ambilan Februari 2019 dan juga pengambilan pada November 2018 kali ini.

Diharapkan anda terus berjaya di tempat pengajian yang anda pilih kelak.

 

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *