Select Page

Semakan Matrikulasi 2019/2020 (Permohonan,Tawaran,Keputusan)

Pengenalan

Calon-calon (pemohon) yang telah pun membuat permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2019/2020 kini boleh membuat semakan status permohonan mereka.

Semakan status permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian (Online) melalui aplikasi permohonan program matrikulasi.

Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun ditutup pada 30 November 2018 lepas pada jam 11.59 malam.

Tarikh bukanya tahun lepas ialah pada 19 Julai 2018 jam 12.00 tengah hari

Tarikh mengemaskini borang permohonan program matrikulasi

Setakat ini tiada tarikh tetap buka dan tutup yang nyata untuk mengemaskini maklumat permohonan.

Namun demikian jika anda ingin mengemaskini maklumat permohonan anda, perkhidmatan tersebut masih disediakan. Berikut merupakan penjelasan tentang cara mengemaskini maklumat permohonan.

Cara mengemaskini maklumat permohonan

  • Layari portal rasmi sistem aplikasi permohonan matrikulasi

Laman web: https://matrikulasi.moe.gov.my/system/tawaran/index.cfm

Mat 1

  • Pada bahagian kiri skrin computer anda, terdapat bahagian menu. Klik pada “Kemas Kini Permohonan”. Paparan seperti di bawah akan dilihat.

Mat 2

  • Piih sama ada anda ingin mengisi No. Kad Pengenalan atau No. Lembaga Peperiksaan untuk mengemaskini maklumat.
  • Anda wajib mengisi Angka Giliran SPM anda untuk mengemaskini maklumat.
  • Setelah selesai mengisi, klik “Kemaskini”
  • Lakukan kemaskini maklumat yang telah anda isi semasa membuat permohonan.
  • Setelah selesai klik “Sahkan dan seterusnya”
  • Pastikan anda lakukan cetakan untuk dijadikan bukti ataupun rujukan pada masa depan.

Tarikh semakan keputusan permohonan dan tawaran matrikulasi

Sama seperti tarikh kemaskini maklumat, setakat ini tiada tarikh tetap buka dan tutup yang nyata untuk membuat semakan keputusan permohonan dan tawaran matrikulasi diumumkan.

Perbezaannya ialah, tarikh pengumuman keputusan permohonan dan tawaran matrikulasi ini akan dimaklumkan kemudian.

Berdasarkan corak tahun-tahun lepas, didapati bahawa Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (BMKPM) biasanya akan memilih satu tarikh pada bulan April untuk mengumumkan keputusan dan tawaran.

Namun jika ikutkan dasarnya, keputusan permohonan masuk ke Program Matrikulasi KPM akan diumumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan sebenar SPM diumumkan.

Namun semakan permohonan boleh dilakukan. Semakan permohonan ini biasanya dilakukan untuk memastikan semua maklumat yang telah diisi adalah tepat dan benar.

Jika terdapat apa-apa jua kesilapan, proses mengemaskini seperti yang dijelaskan tadi boleh dilakukan untuk membetulkan dan memastikan maklumat yang diberi adalah terkini dan benar.

Cara membuat semakan permohonan

  • Sama seperti tadi, lihat pada bahagian menu di sebelah kiri skrin computer anda.
  • Klik pada “Semakan permohonan”

Mat 3

  • Isikan Nombor Kad Pengenalan Baru/ Nombor Lembaga Peperiksaan
  • Klik “Semak” setelah selesai mengisi

Segala butiran yang telah anda isi semasa membuat permohonan boleh disemak.

Semakan tawaran program matrikulasi 2019

Semakan tawaran program matrikulasi tahun 2019 ini boleh dilakukan secara online atau pun melalui semakan SMS.

Jika secara atas talian (online)

  • Sama seperti tadi, lihat pada bahagian menu di sebelah kiri skrin computer anda.
  • Klik pada “Semakan tawaran”

Pelajar yang berjaya mendapat tawaran perlu membuat pra pendaftaran secara atas talian pada tarikh yang tertentu. Kini, tarikh tersebut belum diumumkan.

Dapatkan maklumat lanjut daripada portal rasmi program matrikulasi

Jika secara semakan SMS

  • Taipkan MOE (Jarak) MAT (Jarak) No. KP. Hantar ke 15888
  • Contoh: MOE MAT 990527031234 sms ke 15888

Maklumat tambahan

Pelajar yang ditawarkan Program Matrikulasi 2019/ 2020 yang masih belum mendaftar secara atas talian (Online) dan masih menunggu keputusan UPU pada tarikh yang akan dikemaskini masih boleh membuat pendaftaran secara manual di kolej tawaran masing-masing.

Sistem aplikasi semakan tawaran hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa yang dimaklumkan di Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia

Tarikh pendaftaran pelajar baharu akan dikemaskini.

Rayuan

Calon (pemohon) yang tidak berjaya menerima tawaran menerusi permohonan pertama Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sesi 2019/ 2020 boleh mengemukakan permohonan rayuan bagi ambilan kedua.

Bagi anda yang telah pun mengemukakan permohonan rayuan bagi ambilan kedua, anda boleh membuat semakan keputusan rayuan anda secara atas talian (Online)

Berdasarkan corak tahun-tahun lepas, didapati bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) biasanya akan memilih satu tarikh pada hujung Mei atau awal bulan Jun untuk mengumumkan permohonan rayuan.

Cara membuat rayuan

Calon yang ingin membuat rayuan boleh berhubung terus dengan bahagian matrikulasi bersama beberapa dokumen iaitu:

  • Salinan keputusan SPM
  • Salinan kad pengenalan diri
  • Salinan kad pengenalan ibu bapa
  • Salinan sijil aktiviti di peringkat negeri/ kebangsaan
  • Surat rasmi menyatakan alasan membuat rayuan.

Rayuan secara atas talian (online)

Rayuan kemasukan ke program matrikulasi SPM ini juga boleh dilakukan secara atas talian.

Layari portal rasmi matrikulasi KPM, pilih bahagian rayuan pada menu sebelah kiri dan ikut proses yang ditunjukkan.

Cara menulis Surat Rasmi Rayuan

Di bawah ini dikongsikan contoh surat rayuan permohonan Matrikulasi untuk dijadikan panduan.

Nama Pemohon

Alamat Surat Menyurat

…………………….

…………………….

_________________________________________

BAHAGIAN MATRIKULASI

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aras 6 & 7, Blok E 15, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

 

20 April 2019

 

Tuan,

PER: RAYUAN KEMASUKAN KOLEJ MATRIKULASI SESI 2019/2020

Merujuk perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………… (No. KP …………….) ingin membuat rayuan kemasukan ke Kolej Matrikulasi sesi 2019/2020. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Sains.

  1. Secara keseluruhannya, saya telah memperolehi …. A dan …..B dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keputusan ini merangkumi keputusan A+ dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Matematik. Selain itu, saya juga telah berjaya memperolehi keputusan A dalam mata pelajaran Kimia, Fizik dan Biologi dan B+ dalam Matematik Tambahan.
  1. Di samping itu, saya juga merupakan seorang yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah. Saya pernah menyertai …………. Saya juga pernah menyertai ………….. (Disertakan peringkat). Pada tahun kebelakangan ini, saya telah mencapai kejayaan dalam …………. (Disertakan peringkat).
  2. Pada tahun 2018, sewaktu saya di Tingkatan Lima, saya pernah memegang jawatan Pengerusi dalam ………….. dan memegang jawatan Naib Pengerusi dalam ……………… . Selain itu, saya juga pernah memegang jawatan dalam ………….. .
  1. Bersama-sama surat rayuan ini, saya sertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan untuk dijadikan rujukan Tuan/ Puan.
  1. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan/ Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini dan memberi peluang kedua kepada saya untuk memasuki mana-mana Kolej Matrikulasi. Segala pertimbangan daripada pihak tuan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

……………………………. (Tandatangan)

(NAMA PEMOHON)

Semak keputusan rayuan

Cara semak keputusan rayuan program matrikulasi KPM sesi 2019/ 2020 ambilan kedua

Tarikh semakan akan dikemaskini

Dibuka: –

Ditutup: –

Tarikh semakan akan dimaklumkan di portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sila membuat semakan mengikut tarikh dan tempoh yang ditetapkan supaya kesulitan yan gtidak diingini boleh dielakkan.

Permohonan rayuan berjaya

Perhatian kepada calon-calon permohonan rayuan yang telah berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sesi 2019/2020 ambilan kedua.

Anda perlu menetak senarai dokumen yang dinyatakan di bawah melalui sistem aplikasi semakan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran

Dokumen-dokumen yang dimaksudkan ialah:

  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akaun persetujuan ibu bapa/ penjaga dan kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Hubungi bahagian matrikulasi

Jika mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian telefon pejabat atau talian bantuan bahagian matrikulasi pada waktu pejabat mereka.

Waktu pejabat: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Nombor telefon:

  • 02-8884 40843/ 4036/ 4040

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *