Select Page

Check Saman Online melalui MyEG, Portal Rasmi JPJ/PDRM (2019)

Pengenalan

Dunia kini sudah berubah, Malaysia sebagai negara membangun sedang mengadaptasi ke arah kemodenan dan signifikan dengan adaptasi ini, jabatan-jabatan di Malaysia telah mengusahakan kemudahan atas talian yang pelbagai demi rakyat.

Tahukah anda? Kini, Jabatan seperti PDRM (Polis Diraja Malaysia), JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Automated Enforcement System (AES) turut menyediakan kemudahan atas talian yang bukan sahaja terhad kepada semakan saman, malah pembayaran saman turut boleh dilakukan atas talian.

Terdapat juga cara lain untuk menyemak saman PDRM, JPJ dan AES, iaitu dengan menggunakan kaedah SMS.Sistem semakan atas talian dan perkhidmatan SMS ini membawa kebaikan kepada semua pihak terlibat sama ada pihak JPJ, PDRM ataupun rakyat.

Hal ini dikatakan demikian kerana, kedua-dua perkhidmatan ini memudahkan pembayaran saman lantas membantu rakyat mengelakkan diri daripada berbaris panjang di pejabat JPJ dan PDRM dan meringankan beban harian pegawai-pegawai di pejabat tersebut.

Selain itu, kemudahan ini juga boleh mengurangkan risiko perbuatan rasuah dalam negara memandangkan ada lagi sikap rakyat yang biasa melakukan perbuatan haram tersebut yang menjejaskan imej negara di persada dunia.

Glosari kata

AES – Satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

Maklumat tambahan

Diskaun bayaran saman

Untuk makluman,

  • PDRM sebelum ini ada menyediakan diskaun bayaran saman sehingga 50% sempena Hari Polis.
  • JPJ turut menyediakan potongan diskaun sehingga 70% sempena ulang tahun JPJ ke-72.

Namun lima kesalahan berikut tidak layak mendapat diskaun iaitu:

  • Saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS)
  • Saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES)
  • Saman Berat Dengan Muatan (BDM), saman Mahkamah dan saman membabitkan warga asing.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang diskaun saman tersebut, anda boleh terus ke cawangan PDRM / JPJ berhampiran.

Semakan saman secara online

Terdapat 4 cara untuk membuat semakan saman secara atas talian(Online)

  • MyEG
  • Portal rasmi JPJ
  • Portal rasmi PDRM melalui SSO
  • Sistem RILEK e-Services.

a)MyEG

Laman web MyEG menyediakan kemudahan menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM, JPJ dan AES.

  • Langkah pertamanya ialah layari laman web https://www.myeg.com.my/. Pilih Bahasa yang ingin digunakan dalam laman web ini di penjuru kiri atas krin komputer.
  • Pengguna baru perlu membuat pendaftaran.

Langkah pendaftaran MyEG.

  • Klik daftar akaun.

SAMAN 1

  • Pilih jenis akaun sama ada peribadi atau syarikat. Kemudian, Isikan maklumat akaun dan maklumat peribadi.

SAMAN 2

SAMAN 3

  • Klik hantar.

Setelah mendaftar, login menggunakan nama dan kata laluan yang telah diisikan sebagai maklumat dalam boring sebelum ini.

Pengguna sedia ada boleh terus login masuk dengan gunakan nama serta kata laluan sedia ada.

  • Seterusnya klik e-services pada menu. Pilih jabatan yang berkaitan sama ada JPJ atau PDRM. Untuk saman AES sila pilih JPJ.
  • Pilih pautan yang berkenaan untuk membuat semakan saman jika terdapat sebarang saman. Anda juga boleh membayar saman kenderaan anda.

MyEG juga menyediakan perkhidmatan menghantar peringatan ke email sekiranya terdapat saman baru buat pengguna.

b)Portal rasmi JPJ

Semakan saman juga boleh dilakukan di portal rasmi JPJ. Namun semakannya hanya terhad kepada saman JPJ dan AES, tidak termasuk saman PDRM.

Dalam laman web ini, semakan saman boleh dilakukan tanpa pendaftaran.

  • Pilih Bahasa yang ingin digunakan di pejuru kanan atas skrin computer sebelah butang menu yang berupa 3 garisan melintang.

SAMAN 4

  • Pada laman utama, klik ‘saman’
  • Pilih carian sama ada nombor ID sahaja atau nombor ID dan nombor kenderaan.
  • Pilih kategori ID
  • Isikan nombor ID sahaja jika anda telah pilih nombor ID sahaja.
  • Isikan nombor ID dan nombor kenderaan jika anda pilih nombor ID dan nombor kenderaan.
  • Isi kod sekuriti seperti yang dipaparkan di atas tempat mengisi.

Yang bertanda * wajib diisi

  • Kemudian klik butang semak.

SAMAN 5

  • Skrol ke bawah untuk melihat keputusan semakan. Paparan adalah di bawah tajuk hasil carian.

c)Portal rasmi PDRM

Portal rasmi PDRM turut menyediakan perkhidmatan menyemak saman melalui SSO iaitu Sistem Semakan Online.

Pendaftaran dengan menggunakan kod ID internet.

Jika mempunyai kod ID internet dalam laporan polis, klik butang pendaftaran pantas SSO.

SAMAN 6

  • Baca terma dan syarat. Kemudian isikan semua yang bertanda *

Kod internet hanya sah untuk pendaftaran pantas dalam tempoh 3 hari dari tarikh laporan polis. Klik aktifkan setelah selesai mengisi.

SAMAN 7

Pendaftaran tanpa kod internet

Jika tiada kod ID internet,

  • Klik pendaftaran baru

SAMAN 6

  • Paparan di bawah akan dilihat

SAMAN 8

SAMAN 9

Isikan semua yang bertanda *

  • Klik serah setelah selesai mengisi.

Pengguna sedia ada

Jika merupakan pengguna sedia ada,

  • Klik log masuk.
  • Setelah Berjaya log masuk ke dalam sistem SSO, anda perlu klik pada ikon status saman
  • Semakan saman boleh dibuat ke atas nombor kad pengenalan atau nombor kenderaan anda.

d)Sistem RILEK e-Services

Sistem RILEK e-Services menyediakan kemudahan menyemak saman yang dikeluarkan oleh PDRM dan JPJ. RILEK juga banyak menyediakan diskaun saman. Diskaun terbaru yang dikeluarkan ialah potongan diskaun sebanyak 10% untuk pembayaran saman PDRM melalui RILEK.

Semakan status insolvensi dan saman DBKL juga boleh dilakukan di RILEK.

SAMAN 10

  • Login masuk dengan nama dan kata laluan seperti biasa jika merupakan pengguna sedia ada, jika tidak klik register.
  • Kemudian klik pada menu search by dan pilih semakan saman JPJ/ PDRM
  • Isi maklumat yang diminta dan klik butang semak.

RILEK turut menyediakan pembayaran secara online melalui perbankan Internet termasuk M2U, CIMB Clicks, Public Bank dan sebagainya.

Semakan saman melalui SMS

Selain semakan saman online, anda juga boleh membuat semakan saman melalui SMS. Caranya:

Check Saman Polis SMS

  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kenderaan

Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN AKU8055

  • Taip POLIS SAMAN<jarak>No. Kad Pengenalan

Hantar ke 15888

Contoh: POLIS SAMAN 860511057812

Semak Saman JPJ SMS

-Taip JPJ SAMAN<jarak>No. KP

Hantar ke 15888

Contoh: JPJ SAMAN 860511057812

-Taip JPJ SAMAN<jarak>No. Kenderaan

Hantar ke 15888

Contoh: JPJ SAMAN AKU8055

Bayaran saman melalui kaunter trafik, kaunter pos Malaysia, mesin ATM Maybank, MyBayar, MyEG dan RILEK.com.my boleh dilakukan secara tunai, kad kredit, wang pos dan bank draft.

Hubungi JPJ

Ibu Pejabat

Jabatan Pengangkutan Jalan

Kementerian Pengangkutan Malaysia

Aras 3-5, No. 26, Jalan Tun Hussein, Presint 4

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 Putrajaya

Talian umum : 03 8000 8000

Faks : 03 8881 0194

Waktu bekerja:

Hari: Isnin – Khamis

Waktu: 7.45 pagi – 1.00 tengahari

Rehat:  1.00 petang – 2.00 petang

Waktu: 2.00 petang – 5.00 petang

Hari: Jumaat

Waktu: 7.45 pagi – 12.15 tengahari

Rehat:  12.15 tengahari – 2.45 petang

Waktu: 2.45 petang – 5.00 petang

Nota: Perkhidmatan kaunter bagi Ibu Pejabat ditutup pada waktu rehat.

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *