Select Page

Semakan Keputusan UPU Online 2019/2020

Pengenalan

Setelah membuat permohonan pada portal rasmi UPU pasti anda ingin tahu tarikh semakan tawaran UPU bagi sesi 2019/2020. Terdapat 2 cara untuk menyemak status permohonan anda iaitu secara online dan juga secara SMS.

Untuk makluman, Semakan Keputusan UPU 2019 dijangka boleh dibuat pada bulan Mei 2019 bagi lepasan SPM/setaraf manakala bagi lepasan STPM/setaraf adalah pada Ogos 2019.

Pemohon yang gagal mendapat tawaran kemasukan masih berpeluang memasuki Institusi Pengajian tinggi yang dihajati dengan membuat permohonan rayuan UPU.

Pelajar disarankan melayari Portal Rasmi UPU dan Laman Facebook UPU BPKP JPT untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pengumuman tarikh rasmi keputusan kemasukan ke UA/ IPTA, Politeknik Premier/ Konvensional. Metro, ILKA dan Kolej Komuniti.

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan UPU secara online dan SMS: Maklumat lain yang dikongsikan termasuk tarikh penting ujian Medsi, rayuan UPU, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran UPU 2019.

Semakan permohonan UPU online

Laman web: http://jpt.umt.edu.my/upu/

UPU 17

Pemohon yang telah berjaya mengemukakan permohonan boleh membuat semakan permohonan melalui paparan Dashboard di laman utama UPUOnline yang mengandungi maklumat berikut:

  1. Tarikh dan Masa Hantar Permohonan
  2. Tarikh dan Masa Kemaskini Permohonan
  3. Pilihan Program.

Jika pemohon tidak menyimpan / mencetak Slip Permohonan ketika mengemukakan permohonan kali pertama, maklumat lengkap permohonan boleh dicetak melalui pautan “slip permohonan”

Nama yang layak dipanggil temuduga untuk program pengajian bertanda (#) boleh disemak di portal rasmi universiti berikut:

  • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  • UiTM
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Politeknik Malaysia

Keputusan Permohonan UA/ Politeknik Premier, Politeknik Konvensional Metro, Kolej Komuniti dan ILKA juga boleh disemak secara online pada pautan di bawah setelah keputusan telah dikeluarkan.

Pautan URL semakan keputusan UPU:

Maklumat tambahan semakan UPU Online 2019

Pautan URL Semakan Temuduga adalah seperti berikut:

  • UPSI: Temuduga Pendidikan

Sistem maklum balas UPU telah disediakan bagi membolehkan pelajar untuk membuat sebarang pertanyaan mengenai permohonan UPUOnline dan status permohonan.

Pelajar atau pemohon juga boleh mengutarakan pelbagai pertanyaan termasuk masalah yang dihadapi di Sistem ini yang dapat diakses di pautan berikut:-

https://online.mohe.gov.my/upu/maklumbalas

Talian helpline UPU di 03-8870 8200 (Waktu Bekerja : jam 8.00 pagi hingga 5:30 petang)

Semakan keputusan UPU 2019 melalui SMS Universiti Awam (UA) Dan Politeknik Premier

  • Taipkan: UPU (Jarak) RESULT (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA (TVET)

  • Taipkan: UPU (Jarak) TVET (Jarak) No Kad Pengenalan dan SMS ke 15888

Dasar dan Kriteria Pemilihan

Dasar pemilihan adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai:

  • 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum.
  • Kriteria pemilihan kemasukan adalah seperti berikut:
  1. Pencapaian akademik dalam peperiksaan SPM dan pencapaian dalam aktiviti kokurikulum
  2. Kombinasi mata pelajaran yang bersesuaian dengan program pengajian dipohon
  3. Gred mata pelajaran untuk tujuan pengkhususan
  4. Memenuhi syarat khas seperti yang ditetapkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
  5. Lulus temuduga / ujian bagi program bertemu duga / ujian
  6. Program pengajian pilihan pemohon mengikut keutamaan
  7. Bilangan tempat yang disediakan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Markah Kokurikulum

  • Markah kokurikulum 10% bagi calon sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibekalkan oleh Bahagian Seni dan Kokurikulum KPM kepada BPKP JPT.
  • Bagi calon persendirian, markah kokurikulum adalah berdasarkan maklumat kokurikulum yang diisi semasa anda mengemukakan permohonan.
  • Markah kokurikulum dikira berdasarkan purata 2 daripada 4 bidang yang terbaik.

Pengiraan Merit

Kemasukan ke universiti awam (UA), Politeknik, Kolej komuniti dan ILKA

Markah Akademik Nilai gred mata pelajaran bagi tujuan pengiraan markah adalah seperti berikut:

Gred Markah
A+ 18
A 16
A- 14
B+ 12
B 10
C+ 8
C 6
D 4
E 2
G 0

Kaedah Pengiraan Markah Akademik

  1. 90 markah bagi 5 mata pelajaran utama.
  2. 30 markah bagi 3 mata pelajaran terbaik yang lain

 

UPU 13 UPU 14 UPU 15 UPU 16

Proses Pemilihan jaya

  • Pemohon mengikut aliran akan disusun mengikut ranking berdasarkan Markah Merit  yang paling tinggi hingga yang paling rendah.
  • Proses penentuan pemilihan dilaksanakan secara berkomputer dengan pengesahan pemilihan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.

Pemakluman status permohonan

  • BPKP JPT menggunakan perkhidmatan SMS dan Internet untuk memaklumkan status permohonan dan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA.
  • Hebahan Status Keputusan Permohonan dijangkakan akan diumumkan pada Minggu Ke-2 Mei 2019 melalui saluran hebahan seperti berikut:

a) Internet

  •  https://jpt.utm.my
  • http://jpt.uum.edu.my
  • https://jpt.unimas.my
  •  http://jpt.ums.edu.my
  •  https://jpt.umt.edu.my

b) Hotline UPU: 03-8870 8200

c) SMS 15888

d) UPUPocket 2.0

Surat Tawaran

  • Surat tawaran rasmi akan dikeluarkan oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA mulai sehari selepas keputusan permohonan diumumkan melalui laman web masing-masing.
  • Pemohon dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran melalui laman web UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan permohonan diumumkan.

Surat Tawaran hanya akan dikeluarkan selepas pemohon membuat pengesahan setuju terima tawaran UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA tersebut.

Rayuan 

  • Permohonan rayuan hanya dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas hebahan keputusan permohonan kemasukan ke UA, Politeknik dan ILKA diumumkan.
  • Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran ke UA serta tidak mendapat tawaran Diploma di Politeknik dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan.
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan dua pilihan program pengajian semasa melakukan permohonan rayuan ke UA melalui UPUOnline Rayuan. Pemohon dibenarkan membuat pengemaskinian tanpa sebarang had sehingga tarikh tutup permohonan rayuan.
  • Permohonan rayuan ke Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh dibuat terus kepada agensi / institusi berkenaan.
  • Pemilihan bagi permohonan rayuan melalui UPUOnline Rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu di UA

Keputusan Rayuan UPU

  • Keputusan rayuan STPM/Setaraf:

Fasa 1: 27 Ogos 2019

Fasa 2: Akan dikemaskini

Semakan Keputusan Rayuan UPU 2019 Online

  • Selain sistem online UPU, anda boleh layari saluran alternatif di laman web university-universiti tempatan melalui pautan seperti berikut:

Bagi pemohon yang berjaya, anda perlu membuat pengesahan tawaran dan juga mencetak surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi UA/ IPTA pada tarikh yang telah ditetapkan.

Jika gagal dalam rayuan fasa 1 bagaimana? Jika gagal, pemohon secara automatik dikira membuat rayuan untuk fasa 2. Fasa 2 rayuan ini, pemohon tidak boleh lagi memilih program pengajian pilihan. Tawaran adalah berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat yang masih ada.

Kepada anda yang ingin membuat permohonan rayuan UPU, klik pada link berikut:

https://online.mohe.gov.my/upu/e-rayuan/.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat dipakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Dasar Privasi

Privasi anda

Merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar emel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.

Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

Apa yang akan Berlaku jika Saya Membuat Pautan kepada Laman Web yang Lain?

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja.

Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan tersebut akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari halaman ini dengan kerap, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang terkini, cara penggunaan laman ini dan bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain di dalam keadaan tertentu.

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *