Select Page

SPA8i- Semakan Permohonan Kerja Kerajaan & Jawatan Kosong (2019)

Pengenalan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPAM) telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, yang bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu.

Seperti yang diketahui, semasa penjajahan orang British dahulu, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Bersekutu Melayu di bawah pentadbiran mereka.

Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 secara tidak langsung telah membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Maka, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam telah dibentuk secara rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

Fungsi SPA di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan

“Tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang ada dan kepada peruntukan Perlembagaan ini, maka adalah menjadi kewajipan sesuatu Suruhanjaya yang dimaksudkan oleh Bahagian ini melantik, mengesahkan, memasukkan ke dalam perjawatan tetap atau perjawatan berpencen, menaikkan pangkat menukar dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang diliputi oleh bidang kuasanya.”

Pelantikan

  • Menguruskan pelantikan anggota Perkhidmatan Awam secara tetap, sementara, kontrak, tukar sementara dan pinjaman.
  • Menamatkan perkhidmatan anggota Perkhidmatan Awam mengikut syarat-syarat pelantikan.
  • Kuasa diberi kepada Kementerian dan Jabatan Persekutuan, Pentadbiran Kerajaan-kerajaan Negeri yang berkenaan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

Pengesahan dalam perkhidmatan

  • Mengesahkan anggota Perkhidmatan Awam dalam perkhidmatan
  • Melanjutkan tempoh percubaan
  • Mengembalikan kakitangan ke jawatan asalnya atau menamatkan perkhidmatan kerana kegagalan disahkan dalam jawatan.
  • Memberi perwakilan kuasa kepada Kementerian, Jabatan Persekutuan dan Pentadbiran Kerajaan Negeri yang berkenaan untuk mengesahkan dalam perkhidmatan bagi jawatan-jawatan dalam Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK).

Pemberian taraf berpencen

-Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota Perkhidmatan Awam tidak termasuk anggota Kumpulan Sokongan (Kumpulan D JKK) yang telah disahkan dalam perkhidmatan dan telah berkhidmat dalam perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh diambilkira sebagai perkhidmatan berpencen untuk tempoh tidak kurang daripada 3 tahun.

Pertukaran perkhidmatan

  • Menukar tetap anggota Perkhidmatan Awam dari satu skim perkhidmatan ke satu perkhidmatan yang lain, dan dari satu perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain untuk skim perkhidmatan yang sama.
  • Menukar tetap pegawai-pegawai yang dilantik secara tukar sementara dan pinjaman.

Kenaikan pangkat

  • Berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat bagi kenaikan pangkat ke jawatan (promotion to post) pegawai-pegawai yang menjadi Ahli Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam serta kenaikan pangkat dari suatu gred ke suatu gred yang lebih tinggi (promotion to grade) bagi pegawai-pegawai di dalam Skim Perkhidmatan Bersepadu.
  • Berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

Kawalan tatatertib

  • Merupakan Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat ke atas pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional
  • Berfungsi sebagai Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam yang berkenaan.

Pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i)

Cara mohon kerja kerajaan dan semakan SPA8i telah dikemaskini pada 23 Januari 2019 dan boleh dirujuk pada portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Malaysia (SPA) pada laman web http://www.spa.gov.my/web/guest/home

SPA8i 1

Untuk makluman, pengguna boleh pilih bahasa yang ingin digunakan sepanjang proses menggunakan portal rasmi SPA

Pengumuman terkini dalam portal rasmi SPA juga boleh dilihat dibahagian kiri skrin komputer di samping jadual/ keputusan peperiksaan atau temuduga.

Calon-calon yang telah mendaftarkan permohonan SPA di Borang SPA8i dimohon untuk mengemaskini/memasukkan alamat e-mel yang tepat di borang permohonan masing-masing bagi mengelakkan kegagalan penerimaan e-mel mengenai panggilan Peperiksaan / Assessment Centre / Temu Duga dan sebagainya sekiranya berkaitan oleh calon.

Sekiranya calon tidak menerima e-mel urusan dari pihak SPA, calon adalah dikehendaki menyemak folder SPAM/Junk Email dan memastikan mailbox e-mel tidak penuh.

Maklumat Tambahan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

  • Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahuun kepada satu (1) tahun.
  • Permohonan jawatan telah dikurangkan daripada tanpa had kepada lima belas (15) jawatan sahaja (Tidak termasuk jawatan PDRM)
  • Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu

Contoh:

  1. Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja,
  2. Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM
  3. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melalui atas talian (online) sahaja.
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Urusan penerimaan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/ Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil untuk temu duga.

SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan di atas. Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini segala maklumat yang diperlukan.

Cara memperolehi MyID

Setelah mengetahui kriteria memohon jawatan yang telah dinyatakan di atas, pegguna boleh memulakan langkah pertama iaitu klik butang pemohon pekerjaan pada laman web http://www.spa.gov.my/web/guest/home dan skrin computer akan menunjukkan paparan seperti di bawah

SPA8i 2

  • Klik borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) server 1/ server 2

Paparan Akta Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan 1957 (semakan 1989) bawah seksyen 5 akan dilihat sebagai pop-up. Pastikan pengguna membaca kandungan akta sebelum meneruskan penggunaan portal rasmi SPA.

SPA8i 3

  • Seterusnya, klik butang ok dan paparan seperti di bawah akan dilihat

SPA8i 4

  • Bagi mengisi borang SPA8i secara online, anda perlu mendapatkan MyID maka langkah seterusnya ialah klik butang daftar MyID baru dan paparan berikut akan dilihat

SPA8i 5

  • Isikan borang di atas dan pastikan bahagian yang bertanda * diisi. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, klik butang daftar.
  • Log masuk SPA8i semula dengan MyID yang telah diperoleh.
  • Pemohon yang telah berjaya Log Masuk sudah boleh mengisi borang SPA8i

Pemohon juga dinasihatkan supaya membaca terlebih dahulu Maklumat Jawatan di Portal SPA sebelum memohon untuk mengelakkan pemohon memohon jawatan yang tidak bertepatan dengan kelayakan yang dimiliki.

Oleh itu, rujuk Maklumat Jawatan (Gaji / Syarat Lantikan / Deskripsi Tugas) sebelum mendaftar.

Cara mohon jawatan

  • Selepas borang SPA8i siap diisi, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong SPA8.

Anda diingatkan bahawa anda hanya dibernarkan membuat permohonan maksimum 15 jawatan kosong SPA sahaja tidak termasuk jawatan kosong PDRM.

  • Pastikan syarat kelayakan dibaca sebelum membuat permohonan. Pastikan anda membuat pengakuan permohonan setiap kali anda kemaskini jawatan kosong yang dipohon.
  • Klik pada pautan pengakuan pemohon dan semak kembali jawatan-jawatan yang anda mohon
  • Pastikan anda tick pada (Saya setuju) dan tekan butang simpan.
  • Untuk melihat semakan jawatan kosong yang telah anda mohon anda boleh lihat pada pautan semakan permohonan pada Laman web SPA8.

Selepas anda membuat permohonan jawatan kosong, pastikan tarikh daftar dan tarikh anda hantar permohonan anda adalah sama.

Maklumat yang perlu diisi dalam borang

  • Maklumat pemohon
  • Maklumat akademik (PT3, SPM, STPM dan sebagainya)
  • Maklumat Ko-Kurikulum
  • Maklumat tambahan seperti kebolehan Bahasa.

Setelah semua maklumat telah diisi, pastikan pemohon klik butang simpan sebelum ke peringkat seterusnya.

Bagi pegawai yang sedang berkhidmat, anda perlu

  • Mendapatkan pengesahan Ketua Jabatan (Lampiran A)
  • Membawa bersama ringkasan Kenyataan Perkhidmatan (Lampiran D) semasa temuduga.

Lupa kata laluan

  • Klik borang pendaftaran pekerjaan dalam perkhidmatan awam (SPA8i) server 1/ server 2.
  • Sebelah daftar akaun baru terdapat butang ‘lupa kata laluan’.
  • Klik butang tersebut dan isikann maklumat yang diperlukan

SPA8i 6

Semakan permohonan 

Pemohon yang telah berdaftar boleh menyemak status permohonan menggunakan pautan “Semakan Permohonan”.

Paparan “Tiada urusan pengambilan mulai tarikh pendaftaran permohonan jawatan” bermakna tiada urusan pengambilan jawatan tersebut dari tarikh daftar.

Paparan “Tidak melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh suruhanjaya” membawa maksud pemohon tidak melepasi tapisan yang disyaratkan oleh SPA iaitu kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan/Kementerian bagi tujuan mengimbangi bilangan kekosongan jawatan dan bilangan calon yang layak memohon jawatan berkenaan.

Antaranya adalah kredit dalam mata pelajaran tertentu. SPA telah menetapkan bahawa hanya calon-calon yang terbaik di kalangan pemohon akan dipanggil temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Persoalan yang selalu ditanya

Apa maksud status tiada urusan pengambilan

1. Ini kerana sepanjang tempoh tarikh daftar permohonan (1 tahun) tidak ada pengambilan jawatan.

Cara penyelesaian

Jika anda tidak mahu melihat masalah masalah ini anda hanya perlu padam semua jawatan yang anda mohon sebelum ini dan mohon semula jawatan-jawatan kosong terkini yang ditawarkan oleh pihak SPA8.

2. Anda tidak melepasi syarat-syarat semasa yang ditetapkan oleh suruhanjaya

Anda tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan atau jawatan yang dipohon telah diisi oleh mereka yang lebih berkelayakan daripada anda.

Untuk mendapatkan lebih maklumat pengguna boleh klik pada butang soalan lazim pada laman web http://www.spa.gov.my/web/guest/home

About The Author

Carmen Wong, Co-Founder

Saya pernah mengalami kesukaran semasa membuat permohonan dan semakan online dan itulah sebab saya mewujudkan tutorial-tutorial lengkap ini di eSemakan. Ibu saya tidak mahir sangat dengan komputer dan saya percaya terdapat banyak lagi individu yang sama seperti emak saya. Saya mahu menyenangkan proses mengakses maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *